7 Panduan Bawa Anak Ke Masjid

Assalamualaikum wbt..

RIndu. Rindu yang amat utk menari-nari di keyboard pc arwah pak usu ini utk menukilkan sesuatu.

Seakan hilang sedikit potensi diri bila lama menyepi dari dunia maya ini tanpa mengarang sesuatu utk perkongsian.

Ok, alhamdulillah saat menulis ini anak-anak sudah lena tidur. Lega. Sebenarnya tadi baru sampai rumah lepas Iftar dan solat tarawih di Masjid Putra. Tapi tak sempat habiskan lagi pun tarawih, dapat buat 4 aja. Arissa menagis tak berenti. huhu.

Panduan ini adalah hasil post mortem dan perbincangan dgn suami macam mana nak handel anak kecil yg dibawa ke Masjid,

1. Keadaan persekitaran Masjid. Pilih masjid yang luas, sejuk, selesa dan ada geng dia. Kenapa pilih yg luas? Nantikan susah nak kejar! Sabar, sebenarnya masjid yg luas akan beri anak keselesaan, kurang menggangu jemaah lain sebab anak ada space utk dia bermain dan gema bunyi kalau anak bising lagi kurang. Sebagai contoh, kami selalu pergi Masjid Putra, Putrajaya. Ada aircond dan mesra kanak-kanak (ada pegawai yang pantau dan tegur anak-anak yg bising).

Lagi satu, kalau dia nak tidur ada ruang yang selesa dan penting juga kena ada geng mcm budak sebaya anak supaya dia tak bosan. Sebab Humaira’ jenis berkawan, dia akan duduk diam dgn kawan2 sambil bermain. Cuma Ibu kenalah sentiasa mengawasi agak anak tidak membuat bising. Jangan biarkan sahaja!

2. Sokongan Suami. This point i give to my husband credit. Thanks abg support 200% untuk isteri dan anak ke masjid. Melatih anak mengenal masjid. Biarlah anak puas bermain* di Masjid supaya bila dah besar dia akan rindu pergi ke rumah-rumah Allah ini. Bila dah besar moga-moga kaki mereka selalu melangkah ke tempat-tempat yang baik. insyaAllah. Tambahan lagi, isteri akan mendpt terapi rohani bila dia berada di Masjid, bila mendengar tazkirah isteri akan lagi dekat dgn Allah.

3. Solat bergilir. Untuk memudahkan kawal anak lebih baik solat bergilir, lebih afdal berilah laluan kpd suami utk dia solat berjemaah. Contoh keadaan di Masjid Putra akan solat dulu then habis solat beratur amik makanan. So suami solat dulu, isteri pegang anak dan bila org habis solat je dan kaunter makanan buka je aku terus serbu. Hehe. lepas tu letak anak kt suami dan isteri pula yg solat, habis solat makan sama2. Tiba ke solat isyak dan tarawih pun mcm tu. Bg suami solat dulu sampai tarawih 8 rakaat dan isteri terus solat dan sambung tarawih. Tadi plan cmtu, tp hari ni Arissa menagis tak renti, so cari suami ajak balik terus lepas buat tarawih 4 rakaat huhu…terima kasih kak asma’ td kebetulan jumpa, dia tlng jagakan Arissa masa aku amik wuduk.

Pinjam telekung kakak sat. hehe

4. Bawa buku dan alat tulis anak. Bawa buku lebih baik dari bawa mainan sebab mainan akan lebih interesting utk attract kawan-kawan anak yg lain utk berebut. Kalau buku dia akan sama-sama conteng tulis dsbg dlm keadaan yg lebih senyap. Tapi tadi tertinggal jawapanya mmg tak reti duk diam la Humaira’. Last last choice, keluarkan Hp dan aku tutup wifi bg dia tgk video tanpa suara. Last2 dia dok berselfie pulak daa

4. Spare air dan makanan ringan dan kering. Penting sgt2 spare air sebab anak mudah haus. Budak-budak suka mengunyah. Humaira’ suka makan kismis. So kena bawakan simpan dalam beg supaya dia tak minta yg bukan-bukan.

5. Kelengkapan anak. Pastikan kelengkapan anak lengkap. Pampers, baju spare, selimut, bantal kecil, susu dll supaya tidak menganggu kelesaan kita dan anak ketika dimasjid.

6. Komunikasi dengan anak. Sentiasa bagi tahu anak yg dia harus sopan, senyap dan tidak berlari-lari di Masjid. Walaupun anak belum pandai bercakap tp dia mendengar apa yg kita bagitahu.

7. Betulkan niat. Niatkan bawa anak ke masjid utk dia mengenal Allah. Dan untuk kita mendekatkan diri pada Allah, dekatkan diri pada Allah dengan mengasuh dan mengenalkan masjid kpd anak juga adlh ibadah. Tidak mengapa tidak dapat solat berjemaah atau tidak dpt buat tarawih bersama imam krn tanpa ilmu pengenalan indahnya Islam kpd anak, kita juga bakal dipersoal.

Wallahu’alam..ini adlh panduan yg ada kurangnya. Jika ada kebaikan jadikan panduan, jika ada kelemahan mhn maaf. Okk. Selamat meneruskan perlumbaan ibadah di bulan Ramadhan kareem ini!

Leave a comment