Titipan hati Ibu Ayah…

Bismillahirahmanirrahim…

Renunglah wahai sahabatku.

“Dalam hati ibumu berkata: Pergilah anakku, belajar bersungguh-sungguh, jangan kamu lemas dalam kebebasan yg ibu berikan, ibu tidak menghantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak ibu…..

“Dalam jiwa ayah pula berbisik: anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa dan harapan, moga kamu tak pernha lupa nama yang kamu bawa dihujung namamu itu. Hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan yang membawa erti kejayaan di Dunia dan Akhirat…

p/s: kenangilah mereka dlm setiap ape yang kita lakukan..

kasih&sayang

rantai-rantai perjuangan…

Advertisements

Cerpen: Tak terjangka pemikiran itu…

valdt1a

Di suatu malam yang suram,ketika dalam perjalanan dari Pagoh ke BP selepas menghadiri kursus kecemerlangan SPM di Taiping, aku yang dalam kepenatan termenung jauh dalam kereta yang dipandu laju oleh ayah. Tiba-tiba adikku, Anah yang duduk bersebelahan mencetuskan sebuah persoalan, persoalan yang memang aku tidak jangka akan keluar dari mulutnya yang ketika itu baru berusia 5 tahun…

“akak, nanti bila Anah dah besar, mak dah meninggal dunia, Anah tinggal dengan akak kan?”

seorang adik berusia 5 tahun dengan petahnya bertanya, aku terdiam seketika mendengar persoalan itu, sebak rasa dihati, tak terkata apa-apa. Bertanya lagi si adik kecil ini,

“lepas itu, kalau akak dah kahwin, Anah nak tinggal dengan siapa?”

Sekali lagi aku tidak dapat menjawab persoalan itu. Hampir-hampir menitik air mata aku mendengar luahan hati seorang adik bongsuku yang petah berbicara tentang masa depannya, terdetik di hati rasa kasihan melihat raut muka adikku yang mengharapkan suatu jawapan yang dapat memuaskan hatinya, tapi aku yang hendak berkata-kata bagi menjawap persoalan itu terkedu, terpana seketika. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk diperkatakan…Akhirnya aku mendapat satu idea yang aku rasa cukup sekadar memenangi hatinya.

“Anah jangan risau ya, insyaAllah apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik buat kita, insyaAllah akak akan jaga Anah dengan sebaik-baiknya, Anah jangan risau tau”,

melunjur laju air mataku yang memang sudah bertakung di kelopak mata. Apakah ini merupakan suatu janjiku terhadapNya untuk menjaga Anah dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah, selagi kudrat yang diberikan Tuhan ini masih bernafas, akan kupastikan Anah mempunyai sebuah kehidupan yang diwarnai oleh cahaya-cahaya Islam yang akan membawanya kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Kereta merah ayah terus laju menjalar untuk pulang ke rumah, Anah sudah lena tidur dibahuku…

Ilmu + Keredhaan Allah…

HATI_REDHA-ALLAH
Kata-kata Azimat buat kawan-kawan semua…

Ulama salaf bekata, “Ilmu itu tidak akan memberikan sebahgian hakikat kepadamu sehingga engkau memberikan sepenuh dayamu, sepenuh masamu dan seluruh nafasmu untuk memilikinya”, Maksudnya, belajar ni bukan suatu perkara yang mudah, tidak ada orang yang boleh jadi pandai hanya dengan melepak atau berehat. Mereka berusaha bermati-matian untuk mendapatkan ilmu. Memang begitulah ketetapan Allah. Nway, belajar mestilah diniatkan untuk mencari redha Allah. Tak ada gunanya kalau kita pandai, dapat 4 flat, dapat masuk Universiti hebat, dapat kerja bagus tapi Allah tak redha dengan semua itu. Kita hidup di dunia paling lama pun 100 tahun, sedangkan hidup di alam baqa’ adalah kekal buat selama-lamanya. Perbandingan hidup kita ialah 1000 tahun dunia, 1 tahun di akhirat. So, fikir-fikirlah amalan kita selama ini adakah mencukupi untuk hidup di alam yg kekal abadi?

Mudah-mudahan nikmat Iman, Islam dan kehidupan di dunia yang fana ini membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, bukan sebaliknya. Sekarang ini ramai manusia yang pandai, tapi tak ramai yang pandai menjadi manusia. Pada zahirnya manusia, tetapi perangai lagi teruk dari haiwan. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua mendapat kejayaan yang abadi di dunia dan di akhirat.

Apabila kamu sudah berusaha, janganlah ragu-ragu dengan ketentuan Allah. Allah Maha Adil terhadap hambanya “ Allah tidak membebankan seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan…” (Surah al-Baqarah :286)

Artikel shbt ana…

Hadiah yang tak ternilai….

Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh, memang ungkapan kata-kata itu merupakan hadiah yang tak ternilai, tak ada bandingannya sempena ulangth kelahiran sy. Alhamdulillah segala puji bagi Allah,  sekian lama menanti akhirnya terjawab juga persoalan itu, suatu nikmat yang tak mungkin diperolehi jika tidak bersabar..

Memang yang benar itu tetap menjadi jawapannya, sampai suatu masa manusia akan sendiri faham jalan mana yang patut diikut, pendapat mana yang patut ditegakkan, walaupun yang benar itu pahit, yang benar itu yang susah, bak kata pepatah BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Syukran sahabatku, Farah Mardiana yang banyak memberi inspirasi dan dorongan untuk ana terus survive di Kolej KE-6 ini. Smoga setiap langkah kita sentiasa dlam lingkungan dan penjagaan Allah SWT.

Jadi, sahabat semua… untuk mengukuhkan lagi ikatan hati kita bersama rakan seperjuangan yang masih baru dikenali, jangan tergesa-gesa, jangan mengongkong pemikiran dan tindakannya, tapi perlu menegur jika ada yang tak kena. Bagi pendapat kita dgn cara yang paling berhemah sekali. Buatlah terowong hati dengan dia, fahami perasaannya, fahami cara pemikirannya, fahamilah latar belakang  hidupnya, fahamilah…fahamilah dan fahamilah dia dengan sebaik-baiknya. Jika dia seoarang yang sensitive, cuba jagailah hatinya. Jika dia seoarang yang panas, jadilah kita sedikit sejuk. Ambillah setiap cebis perkataan dia dengan hati yang lapang, jika dia menegur kita, terimalah dgn tenang dan fikirkan apa sebenarnya yg hendak dia sampaikan..sungguh sahabat semua, kesabaran+keyakinan kpd Allah akan memudahkan urusan kita. PERCAYALAH DAN TERUS PERCAYA, walaupun kita sendiri yang banyak lompongnya berniat untuk memberi nasihat kepada orang lain, tapi berusahalah untuk kearah itu. Sebagi panduan, ingatlah firman Allah yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!  Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.(surah as-Saff :2-3)

Akhir kalam, kak ja ada berkata…

“Keyakinan pada Allah adalah air kerohanian yang tak pernah kering, menjadikan seseorang mukmin tetap teguh ketika orang lain berguguran dan tetap tenang ketika orang lain keresahan”

Hadiah-hadiah dari sahabat tersayang..syukran jazillah

IMG0407A

IMG0409A

‘Couple’ & Makanan halal

Couple dan Makanan Halal

Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal.

Tetapi adakah batas halal dan haram hanya sekadar terhadap makanan dan minuman?

Ini merupakan persoalan yang penting untuk kita jawab kerana inilah bentuk berfikir yang ada dalam masyarakat kita.

Umum mengetahui rahsia di sebalik perintah Allah terhadap Babi yang hukumnya memang jelas haram di makan. Dan banyak lagi rahsia yang terdapat dalam perintah Allah ini contohnya haram memakan makanan hasil curian atau yang bukannya bukan milik kita.

Dan sesungguhnya ruang lingkup halal dan haram ini juga terdapat di dalam pelbagai lagi sudut dalam kehidupan kita seorang muslim. Dalam komik kali ini kita bercerita tentang couple – halal @ haram. Ada yang halal dan ada yang haram. Dan sememangnya hakikat pengabdian kepada Allah ini semestinya ada rahsia-rahsianya yang melindungi manusia daripada kerosakan.

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

diambil dari http://komik.dakwah.info/

Perjalanan itu…

pengembara

“Melangkah memang mudah, namun mencari arah itu terkadang payah.

Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah.

Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

Dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah.

Namun Dia amat faham, bagi hambaNya, Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada kepadaNya, lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.

~~semoga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah~~