Bismillah..dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.
Hari khamis 7 Mac 2019,
Banyak sangat perkara yang berlaku pada hari ini dan minggu ini.
Asy Syubrowi Team sedang focus mengejar target semasa yang perlu dicapai sebelum Ramadhan yang hampir tiba. Kami juga sebagai leader bertukus lumus dalam misi #SolusiPandaiNgaji. Kami mahu membantu masyarakat membaca Quran dengan lancar dan betul.
Bukan itu sahaja, kami sebagai leader mahu membina satu legasi untuk menjaga survival hidup lebih ramai orang. Kami mahu taraf hidup, kualiti kesihatan orang dalam team kami meningkat. Menjadikan punca rezeki mereka ada di legasi ini, #AsySyubrowiGroup
Itula adalah tujuan saya berada sebagai leader dalam AsySyubrowiGroup. Wahai Allah, aku mohon agar kau pegang erat kuat kuat tanganku, hatiku menuju redhaMu agar aku mampu membawa orang disekelilingku menuju SyurgaMu..
Berbalik pada cerita Khamis 7 Mac ini, haritu ‘Aisyah ada appointment dengan Doc Pakar Pergigian Kanak Hospital Serdang sebab bawah lidahnya ada bubble besar 3cm semenjak CNY haritu walaupun dah makan antibiotik, antiRadang dll yang doc klinik kesihatan bagi. Masih tak ada effect apa apa langsung.
Doc di Hospital Serdang kata kena buat ultrasound, dan doc bagi tarikhnya 15 Mei which is around 2 months to go. 2 week after that baru junpa doc semula untuk follow up. Lamanya. Ok lepas tu saya pun teringat yang kami ada ambil Takaful AIA. Maka saya pun terus ke Hospital Putra Kajang. (InsyaAllah pengalaman berurusan di Hospital Putra Kajang serta proses claim Takaful AIA saya akan share kemudian)
Waktu itu lebih kurang jam 5ptg saya sedang uruskan kemasukkan Aisyah ke Wad dapat wapp makluman dari staff saya anaknya sudah dijemput Allah. Saya terkejut sangat sangat. Sudahlah memikir tentang Aisyah apa akan jadi lepas ni, dapat berita adik Abdurrahman dijemput Allah…saya amat terasa sebab adik rahman ini macam anak saya, sebaya. Kecil lagi. Belum puas lagi memegangnya. Tapi anak adalah pinjaman Allah…
Malam itu ‘Aisyah kena tahan ward, suami yang temankan sebab saya masih bf Amru. Tapi kami request untuk keluar sebentar bagi menziarahi Arwah Abdurrahman, anak syurga..dia sudah menunggu ummi abahnya di Syurga..ya inilah ganjaran buat Syahidah sekeluarga..
Sejurus tiba di Bahagian Kecemasan Hospital Serdang, saya terus ke zon merah, bilik mayat. Saat itu, ada owner taska tempat Adik Rahman meninggal dan syahidah serta suami dan umar, abang kepada Rahman. Semuanya dalam keadaan sugul tapi saya masih melihat ketenangan dan kesabaran dalam diri syahidah serta suaminya..syahidah team saya ini memang cekal gigih orangnya. Pagi khamis itu sewaktu morning booster, giliran syahidah memberi tazkirah,

Inilah kata katanya. Allahuakbar, Allah lebih tahu.
Sewaktu saya dibilik mayat arwah adik rahman, sayu yang amat melihatnya. Waktu itu teringat semasa adik rahman datang office sebab demam. Sangat chubby, badan yang semangat. Peramah sangat, saya agahnya terus terketawa kecil. Tapi…Semuanya ini pinjaman Allah..
Post mortem ditangguh keesokkan hari dan hasilnya akan diberitahu 2 bulan lagi. Pengasuh Rahman bagitau waktu nak tukar pampers lepas asar kejutkan adik rahman tapi dah tak bergerak. Tunggu result nnt mcm mana apa sebab sebenar.
Berbalik kepada cerita ‘aisyah, malam tadi warded semula dan doc pasang drip air.
Video ini dirakam lepas masuk bilik dan ahmad ambil alih makan spagetthi kakak. Pantang jumpa 😂
Alhamdulillah pagi ini doc dah buat ultrasound dan didapati air liur sahaja dalam gelembung bawah lidahnya.

Tunggu official result tghr ni then next planning utk minor operation..
Semua kesakitan, kedukaan adalah hadiah dari Allah kerana selepas itu ada nikmatnya. Dia memberi sesuai dengan kemampuan hambaNya.
Tenang dan berusaha sebaiknya untuk menjadi hamba yg beriman kpd Allah.
Berkilaunya permata kerana tingginya tekanan yang diterima…
Berita dari Syurga buat hamba yang bersabar dan bertaqwa..
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
-Surah Al-Waqi’ah, Ayah 62
Tulisan ini buat ingatan apa yang kita buat didunia ini untuk kita kembalikan ke pencipta kita.
Ini kisah saya dan AsySyubrowi.
Journey towards Jannah.
Like this:
Like Loading...