Dekatilah adik-adik anda…

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesibukan dengan kehidupan seharian di kampus seringkali membuatkan kita terlupa seketika perihal adik-adik dirumah. Membahagi masa utk mereka merupakan satu kepentingan, kenapa?? seringkali sy terfirkir, aku dok buat keje kat luar, tapi adik2 kat rumah ape nak jadi?? Jadi, sy menyeru kepada kakak dan abang yang mempunyai adik-adik dirumah, selidiklah ape yang mereka buat, dengan siapa mereka berkawan, bukan niat untuk menyibukkan diri, tapi itu merupakan peranan kita terhadap mereka.

Mereka merupakan aset yang berharga utk Islam, kita sebagai kakak/abang harus mendekati mereka dengan cara yang paling sesuai dengan cara dan gaya mereka. Jika adik kita itu jenis yang otai-otai, kite buat otak gile-gile skit, bak kata kawan sy, jadilah ikan dilautan yg masin, tp isinya tidak masin. Cubalah cari jalan, terowong hati yang membolehkan kita masuk dgn mereka, cubalah korek seberapa banyak yang mungkin rahsia mereka, pasti anda akan mendengar cerita-cerita yang diluar jangkaan kita. Contoh pengalaman sy sendiri, ada adik sy pernah bercerita pd sy yg dia pernah join budak-budak gengster sekolah. huh, terperanjat gak. Dia ckp, “aq dulu ikut budak-budak gengster kat sekolah, tp sekarang aq dah baik lah,”
“Kalau ade budak2 cari gaduh dgn geng korang, korang buat ape?” sy bertanya
“kiteorg larilah!”
Tapi alhamdulilllah, sekarang dia dah makin ok..macam-macam lagi cerita yg sy dgr, cubalah anda korek2 rahsia dan cerita-cerita mereka, yg lucu pun ade..
yang penting apa yg sy nak sampaikan kat sini, betapa pentingnya kita mengetahui rahsia dan cerita hidup mereka, sbb kalau mereka dah masuk dgn kita dan mereka mempunyai rasa kepercayaan terhadap kita utk meluahkan masalah mereka secara tdk langsung, kita dpt mengawal mereka. Jadikan adik2 kita sebagai sahabat yg dlm susah dan senang.

w’alam

Tabahlah…

Alihkan matamu ke laut,
airnya catik membiru dan penuh ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya,
begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa…..
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya,
jika kau rasa kecewa,
pandanglah pandanglah ke arah sungai,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
jika kau rasa sedih,
pandanglah langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu…

p/s: kadang-kadang kita melihat sahabat kita itu ceria dan riang sentiasa, tetapi jauh dalam lubuk hatinya tersimpan kesedihan dan kedukaan…hanya instict seorang sahabt yang memahami saja yang dapat mengetahui masalah apa yang dia alami. Ukhuwah itu tidak dapat diungkap melalui kata-kata, ia tidak dapat dinilai melalui pandangan mata, tidak dapat dirasai dengan hanya berjumpa, ia hanya dapat diungkap, dinilai dan dirasai melalui kasih sayang dalam bersahabat bertunjangkan keikhlasan berjuang kerana Allah…semoga Nad sentiasa dalam linkungan penjagaan Allah dalam menempuh cabaran kehidupan ini…