gelagat di petang aidilfitri

3947104776_05aecb4a3e

my cousin, iman….

3944746150_d6eb0c67bf_m

anak kak long, fatimah insyirah malu2 org amik gmbr dy..

3943500612_fd074b692e

my family…Gambar diambil masa petang raya pertama, macam2 gelagatnyer.

3940727055_983cd88d22yang ni plak gmbr couple2,dari kiri

kak nora & suami dy (juz married)

kak Fatimah & suami (kak fatimah tgh mengandung)

Nenek & pak mail (mak & anak)

Kak lina & Abg faiz (mase raya kak lina mengandung, tp dah bersalin dah dapt anak perempuan)

Kak  Ila &  suami (juz married)

Kak long & Abg Azrol ( have one son)

my family

Gabungan 5 family, yg geng pink family mak irah, geng oren family sy, geng coklat family pak mail, geng biru family mak salbiah..tapi adikku yg paling kecil pakai baju biru, sbb dy degil + ngade2 dah nak basuh baju oren sebelum g rumah makcik ni…

Sekian je coretan kali n….

Advertisements

sahabatku, usahlah kau masih dibuai mimpi indah …

Fitrah manusia itu sendiri yg mmg dicipta menyukai belaian kasih sayang, disayangi, dicintai dan menyintai. Ia perlu di kawal, digunakan pada tempat yg betul, cintai dan penuhilah rasa cinta dihatimu pada pencipta kita, Allah Tuhan sekalian alam, carilah cintaNya InsyaAllah kau akan menemui cinta hakiki yg sejati. Janganlah kau mudah terpesona dan terleka dek keindahan dunia yg hanya sementara ini, semua itu hanya pemusnah hidup kau sahaja! Jadikanlah pengalaman yg lepas sebagai sempadan dlm hidupmu. Aku sayang sangat kat kau, sebab tu aku selalu menghalang kau buat tu, buat ni. Aku nak kau sentiasa berada pada landasan yg benar, walaupun aku tahu diriku ini tidak sebaik mana,  aku tak nak dipersoalkan di Akhirat sana kenapa aku tak memberitahu, dan aku juga perlukan nasihatmu jika aku kekeliruan.

1_908610868l

alz2

*titipan dari sang peniup visel  kepada pendengarnya, itupun kalau pendengar itu mendengar ape yg dia dengar dengan pendengaran yg benar-benar seorang pendengar yg memang pendengar.

Menjelajah Dunia Makanan

Baru-baru ini, sy berkesempatan berbual-bual dengan Dr Mad Rofa, penuh dengan pengisian dan maklumat baru yg sy dpt. Sebenarnya sy menemani sahabat yg ingin bertanya pendapat tentang pelbagai mazhab sebab dia ade kenalan foreigner. Secara kebetulan Dr menyentuh tentang pandangan pelbagai mazhab terhadap pemakanan, huh ape lagi sy sgt teruja. Banyak ilmu baru yg sy dapat, sy akan cerita satu persatu.

Pertama sekali yg sy ingat, orang Arab makan siput babi!! wah, pelikkan? tapi itulah kenyataannya. siap ade Restoran Siput, orang Arab menganggap makanan siput itu makanan yg mewah dan sangat lazat! kita kat Malaysia ini melata-lata siput babi, tak de siape yg peduli. Ha, satu cabaran, siapa yang sanggup makan siput babi???? tapi siput babi Arab dan Malaysia lain.

Kedua, ade mazhab yang membenarkan makan tupai, reasonnya ialah tupai lagi bersih berbanding ayam, hurmm betul gak, tupai lompat-lompat atas pokok, bersih berbanding ayam yg kadang-kadang makan tahi kat tanah, tapi yg menjadi persoalannya ialah tupai ade gigi yg tajam, haiwan yg ade gigi tajam tak boleh makan. Marilah kita mengkaji! tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.
Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.‏
‏حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وإسحق بن إبراهيم ‏ ‏وابن أبي عمر ‏ ‏قال ‏ ‏إسحق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏الآخران ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏عن ‏ ‏أبي إدريس ‏ ‏عن ‏ ‏أبي ثعلبة ‏ ‏قال ‏
‏نهى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن أكل كل ذي ‏ ‏ناب من ‏ ‏السبع ‏
‏زاد ‏ ‏إسحق ‏ ‏وابن أبي عمر ‏ ‏في حديثهما قال ‏ ‏الزهري ‏ ‏ولم نسمع بهذا حتى قدمنا ‏ ‏الشام ‏
Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring
(Hadith riwayat Muslim)
Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119)
Maksudnya “dziinaab” yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).
Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I’lamul Muwaqqi’in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.
Imam Ibnu Abdil Barr juga mengatakan dalam At-Tamhid (1/127): “Saya tidak mengetahui perselisihan pendapat di kalangan ulama kaum muslimin bahawa kera tidak boleh dimakan dan tidak boleh dijual kerana tidak ada manfaatnya. Dan kami tidak mengetahui seorang ulama’ pun yang membolehkan untuk memakannya. Demikian pula anjing, gajah dan seluruh binatang buas yang bertaring. Semuanya sama saja bagiku (keharamannya). Dan hujjah adalah sabda Nabi saw bukan pendapat orang….”.

Ketiga, anda semua pernah makan ulat sagu tak? Ape ye rasenye? Sedap tak? Orang Srwk n Sabah makan. Ade seorang lecturer foreigner ni bile ditanya ape makanan yang paling sedap di Malaysia, beliau menjawab ulat sagu! wah, betul ke?? Reason kenapa ulat sagu boleh dimakan adalah kerana ulat itu bersih, dijumpai di sagu yang bersih, jadi kenapa tak boleh makan? dan siapa yang sanggup makan?? sila angkat tangan! saya orang first,,keh2

Konklusinya, setiap ape yang kita nak lakukan hendaklah mempunyai ilmu, contohnya, nak makan siput babi mcm org Arab makan, kite terlebih dahulu hendaklah mengkaji adakah ia memudaratkan? Apakah pandangan al-Quran? Apakah kebaikannya dan keburukannya? Carilah dan kajilah dari perlbagai sudut. Saya mengingati diri sendiri juga.

Wa’alam

Ana perlukan enti

Bismillahirrahmanirrahim..330867175l[1]

AKU dan MEREKA  perlukan perhatian,

sahabat seperjuangan…..

“Dalam menerus hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan
yg kadang kala menggoda iman kita utk terus berdiri teguh,
kadang cemerlang gagal di capai,
kadang sahabat tak sehaluan
kadang silap dalam gerakan,
kadang sakit yang mendatang…..

Namun itulah yang harus di hadapi,
Lumrah kehidupan….
Kita tak boleh hidup selamanya dalam keselesaan

Firman Allah: “dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, ttpi bleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi itu tidak baik bg kamu” ( al-Baqarah:216)

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA. Biar hilang kawan kerna BERJUANG, tapi JGN HILANG KAWAN SEPERJUANGAN!!

MATLAMAT YANG TERSASAR.

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, rosak segalanya. Pohon yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi buruk tuaiannya. Kerap kali saya lari dari matlamat Mardhatillah. Datang kelas bukan mencari hambatan redha ilahi, tapi kerana nak jumpa si dia. Selak buku bukan kerana Allah, tapi dek sibuk kejar silibus.

Gagal jawabnya. Sia-sia.

Penat yang kerugian. Hasilnya tiada berkah.

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kitab-kitab, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.
ALLAH!

http://kalam-puncak.blogspot.com/