TAQDIR

TAQDIR kadangkala mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tak dirancang, membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan dan TAKDIR juga membuatkan kita rasa kehilangan, namun TAQDIR memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabata dan memberi erti keakraban, memberi peluang menilai siapa sebenarnya sahabat, kawan dan teman

;) :)…

Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan
Gundah perjuangan bukan satu ancaman tapi satu didikan
mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan
Walau perit mana pun perjuangan, sesukar mana pun perjalanan, kita pejuang, tabahkan hati, kita mujahid,kuatkan diri, kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam…

Berita baik : Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI) telah ditubuhkan

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca.

Baru-baru ini, ana ada attend satu Kongres Perubatan Komplimentari Islam 2009 di UTM, Skudai dengan bertemakan “Islam sesuai Sepanjang Zaman” anjuran Institut Komplimentari Islam (IP-KI) dan Koperasi Usahawan Komplimentari Muslim Johor (KUSKOM). Niat dihati memang hendak pergi, akhirnya Allah permudahkan jalannya. Mula-mula ana tau ada rawatan ini melalui Ustaz Kamal, pengetua SMA(Arab) Kluang, Johor sebab temankan mak cik yang pergi buat rawatan.

Nak dipendekkan cerita, melalui cara perubatan komplimentari ini, kita mempelajari cara merawat sakit sekali gus mengetahui perkaitan setiap sesuatu kejadian dengan diri kita sendiri seperti rahsia disebalik warna spektrum alam dalam mengubat penyakit, rahsia pemakanan dengan tubuh badan kita dan macam-macam lagi, ana melihat inisiatif menubuhkan Institusi Perubatan Komplimentari ini merupakan satu perkembangan yang bagus kerana kita sering mendengar rawatan komplimentari Cina dan India, memang tidak dinafikan rawatan komplimentari Islam juga popular tapi kebanyakkan masyarakat hanya mengamalkannya untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir dsgnya, tanpa menyedari bahawa Islam juga mengajar umatnya untuk mengubat penyakit luaran menggunakan al-Quran dan Sunnah serta rahsia alam ciptaan Allah yang sangat luas ini. Maka, Rawatan Komplimentari Islam ini memulakan inisiatifnya untuk membuka mata masyarakat tentang cara rawatan sakit dengan cara Islam yang merangkumi seluruh cara keidupan kita. InsyaAllah

Salah satu matlamat Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i ) ialah Melahirkan masyarakat/ummah yang mempunyai kefahaman tentang kehidupan melalui Siri Pengajaran dan Pembelajaran yang sistematik berdasarkan kepada Seni Sains Insaniah melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi yang berkonsepkan praktisi Islamik. Berdasarkan matlamat ini, pengasasnya Dr NorHissam Mustafa berkata kita bukan sahaja merawat pesakit secara luaran atau fizikal, tapi kita juga merawat secara dalaman atau rohaniah pesakit

Dengan visi untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan mengaktifkan dan menggabungjalinkan keilmuan dalam satu aplikasi kehidupan kepada masyarakat awam dalam serba-serbi urusan ummah, mengasuh, mengasah dan mendidik peribadi umat yang mantap iman, tinggi akhlak, manfaat ilmunya, taat beribadah termasuk membentuk sistem kesihatan yang mencakupi aspek kerohanian serta jasmani sebagaimana munculnya tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam terdahulu seperti Ibnu Sina (Ahli Perubatan dan Falsafah), Ibnu Rushd (Ahli Fiqh, Perubatan, Falsafah, Falak dan Nahu), At-Tabari (Ahli Perubatan, Falsafah, Astronomi dan Matematik) serta lain-lain lagi. Sila layari web site rawatan ini http://www.kuskom.net/ untuk penerangan lagi lanjut

~~my role model avicenna~~

koleksi SMS…

Maksud hadis:”Umatku ibarat hujan lebat. Kesemua memiliki keistimewaan sama ada generasi terdahulu mahapun generasi kebelakang” Wahai shbt2, kita umat optimis! Janji Allah Islam kan menang tapi sangat rugilah jika tidak menjadi salah satu batu-bata kemenangan Islam yg dijanjikan ganjaran syurga yg dk ada bandingannya…

Wanita cantikmenurut Allah adalah:
~melukis kekuatan melalui masalahnya
~tersenyum di saat tertekan…
~tertawa di saat hati menangis
~tabah di saat terhina
~mempesona kerana memaafkan
~mengasihani tanpa meminta balas
~bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi…
-sajidah

Sesungguhnya wanita itu cantik dalam 3 perkara
Cantik selagi mana ia patuh kepada penciptaNya
Cantik selagi mana ia patuh yang berhak dia patuh…
Cantik apabila apabila ia dijadikan ketua bidadari di syurga…
Jadilah Fatimah al-Zahra sebgai akhlakmu
Khadijah sebagai sifat pemurahmu
Aisyah sebagai kasih sayangmu
Rabiatul Adawiyah sebagai hatimu.
-Farah

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata,
apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya,
apabila di letak di tempat mulia akan disanjung sebagai permaisuri,
apabila dibekalkan dengan ilmu akan menjadi cendekiawan bestari.
Seseorang muslimah akan di kenang sebagai suri sang jejaka menjadi
ibu kepada putri dan putra dan menjadi pertiwi seisi buana.
-kak rahimah

Tidah ada suatuoun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh ( Umar R.A)

Di antara fitnah org yang berilmu ialah suka berkata-kata dari mendengar…padahal mendengar itu lebih selamat drpd berkata-kata krn dlm berkata-kata, org cenderung utk mengisi, menambah dn mengurangi ( Yazid B Abi Habib )

Bagaimanakah agaknya rasa kita jika menerima sepucuk surat drpd seorag kekasih, tapi kita tidak faham apa yg tlh dituliskan…Allah ‘Kekasih’ org briman itu telah mengutus 114 surahnya, berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya & perjuangkan tuntutannya??
‘kita dilimpahi jutaan nikmat ,
tapi kita melupakan Pemberi nikmat
sepatutnya kita hitung kesyukuran
sebaliknya kita hitung kesukaan
BENARKAH KITA CINTA ALLAH JIKA SURAT CINTANYA ( AL QURAN ) KITA TIDAK USAHAKAN UTK MEMBACA??fikirkan2lah -kak im

sekian dulu buat kali ni…
wallahu’alam

Sedikit catatan semasa Konvensyen Pendakwah Muda ( WEHDA H’ 09)

Alhamdulillah pd 22-25 November yg lalu, ana dan beberapa orang sahabat dapat menghadiri WEHDAH’ yang dibuat di USIM, ana akan meringkaskan pengisian yang diperolehi dari konvensyen ini supaya sahabat semua yang tak dapat hadir tahu serba ringkas tentang pengetahuan hasil pembentangan dari pendakwah-pendakwah yang hebat dan pekembangan dakwah di alam kampus berdasarkan bengkel-bengkel yang disediakan.
Pada pagi 23 November ada satu ucaptama konvensyen, tapi ana tak dapat hadir sebab baru bertolak ke sana, sampai-sampai je dah nak masuk slot wacana satu bertajuk ‘Sikap sosial’ di sidang pleno 2, ada tiga orang pembentang untuk perbincangan ini, Ust Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed dari pendakwah JAIS, membawa tajuk ‘Kesedaran Berdakwah kepada Yang Belum Islam’. Pembentang Kedua ialah Pn Romawati Zainal, pengurus Raudhatus Sakinah membawa tajuk ‘cabaran : Mehnah & Tribulasi Dakwah’. Pembentang ketiga pula ialah Ust Abd Haris Bain, pengarah World Assembly of Muslim Youth ( WAMY) membawa tajuk ‘Persiapan para pendakwah muda’.
Sebenarnya, dakwah dan islah mempunyai takrifan yang berbeza, dakwah ialah seruan al-Haq kpd yg belum Islam, mengajak orang masuk Islam, manakala Islah adalah memperbaiki diri dan masyarakat menjadi muslim sejati, membentuk insan kearah soleh wa musleh. Kewajipan berdakwah itu jatuh wajib dari sudut prinsip ( al-Hasyr:7) Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Wajib juga disebabkan perintah nas syarak ( Al-maidah 5 : 67) Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. Berdakwah dan Islah jatuh wajib atas dasar darurat kerana umat Islam hari ini terlalu kritikal dan mendesak kedua-dua kegiatan ini dilakukan. WAKE UP OH UMMAH! keadaan umat mengikut statistik dari 1999-2001 menunjukkan sejumlah 53 309 org anak luar nikah menjadi rebutan pihak gereja. Bangunlah dari tidur yang mamai-mamai wahai ummah!

Ketahuilah sahabat semua, ganjaran berdakwah itu sangat besar, rujuk surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Mari kita buat kira-kira,
1 biji benih = 7 tangkai = 700 biji
RM 1 = cukup haul = RM 700
% Keuntungan = 700 x 100 % = 70 000 %
Maka, JOM HEBOH!!! HEBOH BERDAKWAH.
blum habis lagi,, bersambung

Pantun Orang Jawa

salam, sape org jawe?? ana pon org jawa, tapi tak reti ar cakap jawa…ni pantun jawa, sapa yg faham bleh la tlng terjemahkan skit2 ya..

Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong’e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh’e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin….

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng nang taun ngarep

Buko poso lawuh’e gereh
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 – 0 lah yo

Hurm, sebenarnyer ade bnyk yg nak dikongsi, tp terlarat nak taip…insyaAllah nnt ana postkan skit tntng WEHDA’ 09. Ana ondeway wt ringkasan sepanjang prgm tuh, supaye sahabat yg x gi dpt tau serba skit…isyaAllah