Bernafaslah dlm redhaNya…

Bismillah wal hamdulillah..

Ujian dan pengalaman sepatutnya membuatkan kite menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu tindakan dan lebih berhati-hati dalam pekerjaan.

Tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. Segalanya.. segalanya yg berlaku pasti ada sesuatu yg Allah tunjukkan. Jika diberi nikmat maka bersyukurlah, jika diberi kesusahan maka bersabarlah. Memang sukar untuk mempraktikalkan rasa SYUKUR dan SABAR itu..

Adakah kite bersyukur dikala senang dan adakah kite sabar dikala susah. Makanya, koreksilah diri kite selalu. Muhasabah diri.

Ya, muhasabahlah cintamu.. adakah kecintaan kamu terhadap dunia menjadikan kamu leka atau kecintaan kamu kpd dunia juga menjadikan sedih. Jadi, letaklah rasa cinta itu ditempat yg betul krn cinta itu suci… cinta agung hanya satu. cinta kepadaNya. maka, bernafaslah dalam redhaNya.

Waspadalah dgn patukan syaitan yg melobangi hati-hati manusia, Sabda Muhammad Rasullullah:”Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya”(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Peliharalah hati sebaik-baiknya.. Jangan dibiarkan nafsu menguasai hati.. Jangan jadi hamba kepada dunia.
Kerana kita adalah hamba kepada-Nya yang satu, yg maha esa.

Gunakan akal dalam memacu perbuatan. Gunakan hati dalam menghayati keadaan. Gunakan nafsu dalam kesedaran.

ya Allah, peliharalah hati ini yang mendambakan cintaMu, dakaplah aku dikala aku kesedihan, sambutlah tanganku dikala aku terkapai-kapai, jangan Kau biarkan aku terus tanpa redhaMu. Aku hanya mahu redhaMu. Aku mahu bernafas dalam redhaMu ya Allah. Maka, janganlah Kau tinggalkan aku walau seketika cuma..amin..

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,
tetapi kita harus mencuba untuk mengetahui,
kerana kita tahu Allah itu maha mengetahui,
maka, cubalah untuk menjadi yang terbaik.

Sekadar coretan tanpa contengan.
Mencetuskan sesuatu difikirkan..

Dah tau jatuh, BANGUNLAH!

Di suatu petang damai, selesai masak makan malam, kami bersama-sama makan. Sedap betul masakan hasil air tgn sahabat-sahabat. Lama tak makan beramai-ramai, disempatkan juga walaupun musim peperiksaan.

Lauk daging masak sambal, sayur bayam masak lemak dan sayur labu air masak bening sudah cukup buat aku terjilat jari. Memang sedap. Dah lama aku tak makan nasi tambah2x, nih sampai tiga kali time aku tambah, dahsyat btul.

Seronoknya hidup berjemaah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”

.-Riwayat Bukhari-

Bersama-sama disaat susah mahupun senang, menegur dan ditegur, memahami dan difahami

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

” SAHABAT YANG BAIK BUKAN MEMBENARKAN KATA KATA TEMANYA TAPI BERKATA BENAR UNTUK TEMANYA “

ya, itulah sahabat yang baik, berkata benar untuk kita. Menegur andai ada yang salah, bukan hanya membenarkan kata-kata kita.

Tengah riuh rendah berbual, tiba-tiba ika terjatuh makanannya dari atas pinggan ke atas lantai. “Alamak, jatuh la daging ni,”. “Eh, boleh amik cepat sebelum 7 saat, sbb bakteria tak lekat lagi,” aku berkata ala-ala Profesor tak cukup ilmu. Hehe, nak jadi Food Technologists la katakan.

…dan aku tambah lagi, kalau budak-budak kecik ambil semula makanan yang terjatuh dan dia makan, biarkan. Ya, biarkan. Kenapa? Ni fakta saintifk, bila makanan yang jatuh, akan ada bakteria yang lekat dan bila kanak-kanak yang makan makanan tu, dia akan jadi kebal dgn penyakit, sebab dlm badan kanak-kanak akan ada satu metabolisma yang akan react dgn bakteria itu utk menjadikan imun body bagi menguatkan metabolisma badan yang dapat menghalang penyakit bila dia dah besar nanti. Ni fakta betul dari Profesor kuliah aku, bkn aku sendiri tau.

Tapi, tiba-tiba aku jadi terdiam seketika bila ade sorang kak senior ni ckp, “Ha, macam tu la jugak hidup ni, dah tau jatuh, BANGUNLAH. Bukan asyik nak tunggu shbt tolong bangunkan,” Dushhh, mcm bola-bola api melantun ke muka aku. Huh, betul gak tu. Dia cakap lagi, asyik nak tolong je, jadi manja sangat lah dai’e ni. Memang benar dalam berjemaah, tolong menolong adalah diperlukan tapi cubalah kita jadi berdikari sendiri, cabaran dakwah diluar sana, di alam pekerjaan lagi mencabar, tidak semestinya kita akan berkerja dengan orang yang faham Islam dan nanti sudah pasti dugaan yang menanti lagi mencabar! Ni baru di kampus, dah lembik, nnt kat luar dah habis belajar bagaimana?

Jika anda tersenyum setelah gagal, anda sukar untuk mencari laluan lain untukk berjaya, tetapi jika anda menderita di hati setelah gagal anda ada harapan untuk muncul sebgai orang yang berbeza kemudian hari -HM Tuah Iskandar

Ya, ayuh!! bangunlah jika anda merasakan anda terjatuh.
Jadikan masalah dan halangan yang dihadapi sebagai satu batu lonjakan untuk lebih berjaya.