Apa itu Ulul Albab?

always be used to zooom....

let’s zoomm

“Pada hari ini saintis yang bertakwa kepada Allah dikategorikan sebagai ulul albab”
-Dr Danial Zainal Abidin

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji  sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-‘Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-‘Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis  yang mengingati Allahdi mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik.  Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu mampu membuat andaian dan  konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan dan dalil. Dalam surah al-Israk ayat 36 Allah  menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai  pengetahuan mengenainya.”

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.

5 thoughts on “Apa itu Ulul Albab?

  1. Petikan: ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah al-Imran:190-191)

    -Tidak ada surah al-Imran, yang ada surah Aali Imran.
    Harap perbetulkan.

  2. Assalamualaikum,

    Ayat-ayat berkaitan Ulul-Albab ini selain di dalam Surah Ali-Imran ada juga terdapat di surah-surah lain Al-Quran, tetapi penerangan di dalam Surah Ali-Imran adalah lebih detail dan terperinci.
    Ayat Ulul-Albab ini bukan hanya terhenti pada ayat 3:190,ia bersambung sehingga ayat 3:195.

    Dengan sedikit kajian/telaah kita akan mendapati bahawa;

    1. Alquran sangat menganjurkan berzikir samada di dalam keadaan berdiri, duduk atau baring.
    2. Memikirkan hal-hal kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang sebagai ‘tanda’ kebesaran Allah swt lantas bertasbih (seperti di dalam Ayat ini Subhanaka).
    3. Jangan pula kita memikir hal Allah swt, tetapi memikir ciptaan Nya. Kita hanya berzikirkan Allah (Zikrullah) dan tidak dianjurkan berfikir tentang Allah swt,dan bagaiman keadaan Zatnya sebab tiada siapa yang mampu memahami Allah swt melainkan seperti apa yang tertera di dalam Surah Al-Ikhlas.
    4. Kenapa Ulu-Albab mendapati bahawa cipataan langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang sebagai tidak sia-sia, jawapannya ada digariskan di dalam firman Allah di dalam ayat 195, bahawasanya Allah swt telah memperkenankan doa-doa mereka dan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu…. ‘
    Maksudnya Ulu-Albab sudah menyedari tentang hakikat.akhirat, jika ada bumi ada langitnya, ada siang maka malamnya, ada dunia maka ada akhiratnya, ada hidup maka ada matinya. Dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan dan diadili atas segala amal perbuatan mereka.
    Ini jelas terungkap di dalam doa2 dan harapan mereka sepertimana yang tertera dari Ayat 191-194; (1), selamatkan mereka daripada azab api neraka. (2), menyedari bahawasanya sesiapa yang Allah masukkan ke dalam neraka akan terhina, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong. (3),mereka telah beriman pada seruan seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman lantas mereka memohon Allah swt mengampunkanlah dosa-dosa, dan menghapuskanlah segala kesalahan-kesalahan dan agar dimatikanlah mereka bersama orang-orang yang berbakti. (4), Mereka memohon agar diberikanlah kepada mereka pahala seperti yang dijanjikan melalui para rasul, dan mohon dijauhkan daripada kehinaan hari kiamat kerana sesungguhnya.
    5. Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan syarat dan ciri-ciri seperti firmanNya “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; (1) maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), (2) dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, (3) dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, (4) dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), (5) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil)….
    – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

    Jadi boleh disimpulkan, walaupun kedudukan Ulu-Albab mendapat pujian ia masih lagi melalui proses iman, amal dan taqwa. Disamping sering melakukan zikrullah dan berdoa agar diampunkan dosa dan kesalahan dan dijauhan api neraka, mereka menyedari bahawasanya mereka perlu segera menyahut seruan iman, melakukan amalan soleh, melakukan hijrah, hadapi ujian terusir, ujian sakit, berjuang/berperang dijalan Allah ataupun gugur, lantaran itu mereka akan beroleh ganjaran sepertimana yang telah dijanjikanNya.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai ulul al-bab, supaya kamu berjaya.
    (Al-Maaidah 5:100)

    Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s