Resepi Air Kacang Soya & Cucur Soya (Homemade)

Assalamualaikum..

kali ini rasa nak berkongsi menu air soya! yeahh ramai yang suka minum air soya freshh maksudnya yang homemade, sebungkus RM1 yg kecil, yang besar RM2. Sebenarnya kita boleh dpt 3 bungkus besar air soya dgn beli kacangnya RM2.

Bahan-bahan:

Kacang Soya  RM2

Gula (secukup rasa)

Garam (secukup rasa)

Cara-cara: 

**Follow gambar-gambar yang saya uplod ini >>

Image

#1 Rendam kacang soya sehingga kulit luarnya boleh dibuang. Dalam gambar itu kulitnya dah ada yg tertanggal

Image

Saya mengambil masa 1 malam untuk merendam kacang soya ini supaya senang dibuang kulit.

Image

#2 Ramas-ramas kacang soya yang dah direndam 1 malam tu dengan tangan hingga kulitnya tangal. saya ulang dalam 3-4 kali utk ramas tu bg tanggal kulit. Kalau kulit masih banyak nnt air soya yg dibuat tak sedap..

Image

#3 lepas itu, masukkan kacang soya dan air dalam blender & blend sehingga halus. jumlah air yg digunakan agak2 blender boleh jalan je 😉

 

???????????????????????????????

 #4 Dah halus, masukkan dalam periuk. Tapi dipermukaan periuk itu letak kain kasa & cotton putih sebagai tapis untuk asingkan air & hampas soyanya dan perah (sory, sy tak ambil gmbr jelas. digmbr sblh kiri atas tu kain kasa nya)

???????????????????????????????

Inilah hasil nya, hampas soya yang dah tak ada soyanye hehe. *saya gunakan hampas ini untuk buat cucur. sedapp!

???????????????????????????????

Didihkan air soya yang dah siap diperah, semasa mendidih pastikan dikacau air itu supaya tak pecah minyak. Masukkan gula & garam ikut cita rasa sendiri.

???????????????????????????????

Nah, inilah air soya dan cucur soya! Jemput makan. Hehe tapi silalah cuba resepi ini untuk sarapan @ makan ptg2.. nyumm

~AOA homemade~

Advertisements