BERKORBAN…sanggupkah???

usaha

Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah janji….

Begitulah bait lagu yg sgt famoust yg di dendangkan oleh Allayarham Sudirman

________________________________________________________________________________________

Dengan nama Allah yang maha pengasih
Terima kasih saya ucapkan kpd barisan pembangkang
Rakan kerajaan serta para hadirin sekalian.

Gegak gempita guruh di langit,
Berselang seli dengan petirnya,
Gegak gempita di dewan ini,
Berselang-seli dengan bicara saya!

Dan yang itu pula adalah bicara pembukaan sahabat sy dalam memulakan sparing perdebatan dia
sebagai menteri pertama. Sungguh hebat dia berbicara, tapi diri ini mampukah??
HUrm, belum cuba belum tahu. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih!
Pasti ada jalan penyelesaiannya! Berpegang pada moto,
“HAMMASA dalam berbuat kebaikan”, kita menyelusuri maksud HAMMASA itu sendiri yang sy fahami
daripada perbincangan dalam satu program di Ulu Tiram. InsyaAllah ini lah yang sy fahami.

HAMMASA merangkumi KEFAHAMAN, SEMANGAT dan ISTIQOMAH

Dengan adanya kefahaman, ape yang kita lakukan akan menjadi lebih
jelas matlamatnya agar setiap ibadah yg dilakukan adalah sahih,
mempunyai semangat dalam setiap perkara yg dilakukan merupakan
satu bonus yg sgt lumayan! Sebab jika kita lihat, org yg sgt bersemgat, atau
senang dikatakan dia sgt ‘excited’ dalam melakukan sesuatu dia akan membuat
tugasn itu dengan sepenuh hatinya, dengan menyelami suasana tugasan itu dan
sangat memberi sepenuh komitmen, tapi disini diingatkan bahawa semangat
tanpa kefahaman, sesuatu perkara yg kita lakukan itu akan nampak terlalu
‘extrem’, sebab ape? Sebab kita seolah-olah memperjuangkan sesuatu yg kita sendiri
tak tahu ape, sikap kita hanya membuat kerja macam robot yg tlh disetkan oleh
manusia, mahukan kita menjadi hamba kpd manusia yg sama taraf dgn kita!

KITA ADALAH HAMBA KEPADA ALLAH. Takbir!! Allahuakbar!!

Seterusnya, istiqomah. Istiqomah membawa maksud berterusan melakukan
sesuatu kebaikan, bukan berterusan keburukan ye. Harap maklum!
Apabila kita telah faham dan ditambah serta digandakan lagi
dengan semangat,  ia sebenarnya masih lagi lompang kerana tidak
dimasukkan lagi dengan ISTIQOMAH. Sahabat2ku, ana rase perkara ini
tdk perlu dipanjang lebar lagi, krn ana pasti sahabat semua sudah
jelas ttng ISTIQOMAH, sudah di peringatkan banyak kali dalam
usrah,  tazkirah, serta prgm2 yg tlh kita pergi. Jadi, ape yang ana tekankan disini.
HAMMASA dlm setiap perkara kebaikkan, biarlah sedikit amalan kita itu
yg penting, istiqomah! Ana mengingatkan diri sendiri dan
sahbat2 semua.

Jadi ape pulak kene mengena dgn bait lagu kat atas tuh??hurmmm..
diri ini dlm usaha untuk fokus pada satu-satu komitment.
Untuk fokus pada satu komitment, banyak benda yg terpaksa dikorbankan..wawawawaaa
Tak pelah, kita tak boleh dapat semuanya dalam satu2 masa. Betulkan!
Cukuplah dengan perancangan yg mampu kita lakukan….cayok!!!!

rancanglah dengan ape yg ade ditangan
bukan yg kita angan-angankan….

Gantunglah impian mu setinggi bintang dilangit!
Pasakkanlah dalam dirimu dengan keyakinan kepada Allah
Hanya kpd Allah lah tempat kita bergantung
Tiada lagi tempat pergantungan selain Allah!

Sepupu ana pernah berkata
Anda hendak jadi yang bagaimana?
BAGAIMANA????
Fikir-fikirkan lah…

sekian dulu jari jemari ini bernari-nari di keyboard pada kali ini, maaf  kalau ade yg merapu…

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong BETULKAn.

Pergi Masjid Shah Alam..

indahnyer seni bina islam_1

Alhamdulillah, weekend ni terisi dgn melawati rumah Allah

sungguh tenang dihati

damai terasa

melihat pelbagai program yg sedang berlansung

melewati gerai-gerai yg menjual pelbagai barangan, maka membelilah buku MIsteri Aneh dan Ganjil-Bukti keagungan Tuhan..insyaAllah isi nyer akan dikongsi bersama

Walaupun perancangan awalnyer tak dapat dilaksanakan, tp ana bersyukur sbb dpt menziarahi rumah Allah…

Alhamdulillah

Jangan putus asa!!!!

Just Revise……..

jihad  Ketahuilah olehmu sahabatku…

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya…
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja …
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk  menghubungimu…
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak  membuat  keputusan …
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan…
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap…

Allah SWT TAHU

Ziarah Blog…Xplore Blog…mmg hobiku

khas_untuk_wanita

gamba khas untuk wanita dr http://ms.esanstudio.net/

Assalamualaikum….

Hari ni sgt free, langsung x de kelas…so port biase ialah di depan laptop + internet..

Mula-mula bukak satu blog ni…terjumpe ownernyer rupenye  same kolej…patut pun macam pernah nampak..

Buka blog sepupu pula, web dia yg bertemakan “not wasting time, always product out”…sgt berkembang dan bertambah maju…

Dan coretan kali ini, ana nak promote blog-blog yg sgt memberi manfaat

link to them kat  ‘rangkaian blog’ kt widget sebelah tuh…

Semoga setiap ape yg kita lakukan memberi manfaat.

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya….

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong kh abarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana Allah
tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia
menjaga hubungan dengan
Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri…

tolong smpaikan kpd si dia

ditujukan buat sahabatku yg dlm dilema,
buat insan yg menyintai sahabatku ini……
jgn menjadikan alansan, enta menyukai seseorang menjadikan enta sentiasa bersemangat…                  nawaitulah kerana Allah
buat sahabat yg disayangi…..
jagalah hati enti,
ujian ini insyaAllah akan mendekatkan diri enti kpd Allah
itulah yg diri ini mengharapkan…

dari sahabat yang menyangimu…
~~~persahabatn ini kerana Allah~~~

Nak Jadi Food Technologist.

Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan

Bidang teknologi makanan ini cukup luas dan saya masih ingat kata-kata pensyarah saya yang mengatakan selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah Pegawai Teknologi Makanan atau lebih glamour di kenali sebagai Food Technologist, diperlukan.

Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi.

Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.

Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana ‘siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.

Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.

Bagi saya, lulusan ini perlu berpengetahuan luas, bukan sekadar menelan apa sahaja yang diajar di universiti ataupun kolej !. Perlu ditingkatkan keterampilan, bahasa dan pelbagai pengetahuan dan yang paling penting minat yang mendalam dalam bidang teknologi makanan ini. Jangan fikir sahaja nak kerja kilang, lab , makmal itu sahaja skopnya !. Think big !.

Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP, jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju…yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..

Diambil dari http://teknologimakanan.blogspot.com/

Terowong Hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Dah lama tak update entry,  dek kepadatan minggu orentasi pelajar baharu,

then sekarang ni bersambung plak minggu ramah mesra…

rase malas, tapi layan je lah

pastu kene buat persembahan opera..

ni sdikit sebnyk ttng opera

“Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikandi dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600dan kebiasaannya dihubungkaitkan dengan muzik klasikal tradisi Eropah ataupun dikenalisebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti permandangan(untuk pentas dan latar belakangnya), kostum yang bersesuaian dengan tajuk opera, dan juga seni lakonan. Walau bagaimanapun, dibandingkan dengan pementasan drama biasa, opera pada secara umumnya dikenali ramai dengan kepentingan lagu-lagunya dan teknik nyanyian vokal.Penyanyi opera menyanyi bersama kumpulan muzik yang boleh merangkumi kumpulan muzik yangsederhana besar sehingga ke kumpulan muzik yang besar seperti simfoni penuh ataupun lebihdikenali sebagai orkestra. Opera juga disampaikan dalam bentuk tarian

Kirenyer opera ni macam koir, agaknyer lah..

sebenarnya diri ini memang teramat sangat2 tak suka buat benda2 macam ni…

tapi bile difikirrkan semula, dengan aktiviti ini kite boleh mengenal kawan-kawan dan membuat terowong hati dengan mereka supaya senang utk berdakwah, bak kata dalam Saifulislam.com, Jiwa dai’e, otak faqih. Kalau tak bile lagi nak merapatkan ukhuwah antara kawan-kawan dalam kolej kita. Jadi dai’e kenalah fleksibel, dan yang paling penting niat kita untuk menyebarkan islam perlulah ikhlas kerana Allah, bacalah dalam artikel yg ditulis dalam blog al-Zikr bertajuk Dai’e Tidak Perlu Memilih mad’u, pandang yg bernas!

Sebab sebnyak 40 jiran kiri kanan atas bawah bilik kita adalah JIRAN kita, dan kita ada tanggungjwb

terhadap mereka, lebih-lebih lagi tggjwb terhadap saudara semuslim.

Lirik lagu mustika

Tidak sempurna iman jika kau tidur dlm kekenyangan,

sedang jiran tetangga mu menangis dlm kelaparan……..

Adakah kau tahu siapa jiran tentangga mu,

pernah kah kau melihat apakah dalam sendu atau sendawa

kenalilah dan bertegurlah sapa dgn akhlak yg mulia

hidup berjiran susah dan senang, suka dan duka dirasa bersama

Jadi diri ini berusaha memberi kerjasama agar saling kenal antara kawan2 dan senior kolej….

Sahabat ana yang sentiasa cool ada berpesan, “enti, tak baik merungut-rungut, mugkin ada hikmahnya Allah mencampakkan kita dalam situasi sebegini, ia menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan hati kita dalam memperjuangkan Islam, minggu orentasi ini kite untuk  menyesuaikan diri kita dengan mad’u kite”, ana terfikir….betul juga ye..

P/S dari ulul albab: Ikhlas kepada Allah, dari situ kita akan menemui betapa bahagianya hidup ini……Selamat brjuang sahabat-sahabatku yang sedang bertebaran di bumi Allah ini… Salam Perjuangan dari hamba yang hina ini.

~~~~~Sabar itu indah dan sangat beruntug kpd yg bersabar~~~~