Selamat datang ‘Amanah Baru’

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia
wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Alhamdulillah..

Majlis Pertunangan yang simple dan yang sebenarnya UNEXPECTED 😉

Tapi,

Itulah yang dimahukan, tidak menyusahkan, cukup sekadarnya, sederhana

“Azizah, mak cik datang ini meminang awak untuk anak mak cik, Hazim” … 

maka bermula secara rasmi episod baru seterusnya yang harus ditempuhi..

maka semakin banyak Allah mahu memberi diri ini peluang kebaikan..

mahukan kematangan dalam pelbagai aspek..

 

Mentah lagi untuk menerima amanah baru, masih dalam pengajian lagi, seorang yang lincah kesana sini untuk diikat dengan amanah baru..

Tapi,

keyakinan atas petunjuk Allah dalam istikharah  itu dan perbincangan bersama keluarga terus membina keyakinan,

“Hasil istikharah yang baik ialah apabila kita diuji dengan pelbagai ujian hasil keputusan itu kita tidak pernah menyesali malahan kita semakin positif bahawa itulah jalan yang harus ditempuhi, terus yakin yang Allah itu sedang merencanakan yang terbaik utk hambaNya..”

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Persetujuan yang dicapai antara dua keluarga ini membawa kepada satu keputusan

ijab qabul pada 24 Jun 2012 ini…

Mak, abah, ibu dan abah semua setuju walaupun hakikatnya mak sangat berat untuk melepaskan puteri sulungnya..

Allah, kau yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaMu

 

Dengan ini, selamat datang ‘amanah baru’ dalam hidup ini..

Ahlan wasahlan..

Semoga Allah merahmati..

 

—————————————————————————

 

Advertisements

Cite budak2 di dalam hati ade Taman Main2 :p

…ape benda la yg kakak ni dok pegang, lepas tu arah kt muke aku pulak….
#itu dia DSLR :p

untuk gambar2 kt bawah ni nk view lagi besar, klik je kt gambar2 tu 🙂