The Beginning of The Chapter

Dengan Nama Allah yang Maha Hebat. InsyaAllah ummi akan memulakan coretan perjalanan ‘Aisyah, Arissa, ahmad dan amru dalam misi #RoadToHafizHafizahSyahadah dan mukmin professional.

Ummi Abah tidak kisah apa pun impian minat dan cita cita kalian tapi kami amat berharap kalian mampu menjadi ‘Penjaga Al Quran’.

Moga inilah usaha yang ummi abah boleh bentangkan di Akhirat nanti tentang usaha mendidik kalian mengenal Allah..

Ini buku hafazan ‘aisyah disek yang dah koyak bawahnya.. alhamdulillah tanda aisyah selalu menghafaz disekolah. Yg dirumah dah selamat ummi laminate, dia bawa yg kat rumah, tinggalkan yg koyak ni. Maka ummi mulakan laminate buku hafazan nadi al baghdadi yang kedua ini 💪

Aisyah bila ummi start serious pantau hafazan dirumah. Perubahan situasi dia menghafaz. Selalu dengan kawan di APC. Bulan Dis 2019 ini ummi pecahkan kebiasaan sebab 2020 dia perlu masuk ke darjah 1 dan masuk sek keb sesi ptg. Paginya masuk transit hafazan di office kami, ALC Serdang.

InsyaAllah, mulakan dengan niat, buat story telling tentang kelebihan para huffaz.. pujuk slowly day by day.

Allahummafaqihnafiddin wa alim na fi takwil..

Dengan penuh kasih dan sayang,

Ummi

4.54pm

4 Dis 2019

Jua Sokongan Padu,

Abah

Yang berada di Meeting pergerakan Legasi AsySyubrowi

Perbaharui ‘budaya keluarga’

Bismillah..

Alhamdulillah semalam 2 Mac 2019, adalah hari ulangtahun mak yg ke-60. Genap 60 tahun, kami adik beradik cuba membuat sesuatu kelainan dalam keluarga.

Dari dulu, abah cakap pada saya jika saya menuntut hadiah bithday, bukan kau yang kena dapat hadiah patutnya mak yang beranakkan kau tu yang patut dapat hadiah..

Jadi, saya dididik begitu. Pada hari kelahiran abah juga saya pernah belikan hadiah, tanda ingatan. Tapi abah refuse terima hadiah dan abah suruh bagi pada arwah atok saimah..

Budaya ini menjadikan saya jenis tak kisah akan apa apa wish atau sambutan ulangtahun. I just ignore and in the same time, i don’t know how to give others a gift. No feeling at all because i already kill that feeling. Saya bunuh perasaan itu agar hati saya tidak memberontak.

And i know, Sebab abah hidupnya susah. Buat apa nak membazir beli hadiah, yang susah susah membesarkan kau ialah mak ayah kau. Jadi emak ayah itulah terlebih dahulu diraikan sebab melahirkan kau.

But Until now, when i have my own family and my people in my company. I’m realised that what was abah said is a process. Proses kehidupan yang membentuk diri saya agar lebih bernilai.

Ia bernilai kerana perasaan ketika itu kanak kanak mahukan hadiah. Tetapi abah didikan yang tegas agar saya tidak mengada menjadikan saya hati lebih kental menhadapi hidup.

Tak perlu tunggu orang lain meraikan kita, kita seharusnya yang memulakan untuk meraikan orang.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Jadi pada 2 Mac 2019 ini saya amat bahagia kerana berjaya mengumpulkan semua adik beradik dan belanja makan dan paling special kami semua berkongsi duit untuk diberikan kepada Abah dalam jumlah yang agak besar. Pecah rekod. Saya wakil kepada adik beradik menyerahkan duit itu kepada abah.

Saat ini saya menyedari bahawa bukanlah abah tidak suka memberi hadiah pada waktu ulangtahun tetapi abah mengajar utk meraikan orang yang lebih tua.

Wahai Allah yang Maha Pemurah, limpahilah mak abah serta ibu abah dengan rahmat dan keberkatanMu..

Next, hari meraikan anak anak buah. Tahun ini keluarga kami semakin besar. Kami bakal menerima anak anak buah. 4 orang sekali gus. 3 anak buah dari kluang. 1 orang dari BP. Meriah! Alhamdulillah

Khabar dari Syurga

Bismillah..dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Hari khamis 7 Mac 2019,

Banyak sangat perkara yang berlaku pada hari ini dan minggu ini.

Asy Syubrowi Team sedang focus mengejar target semasa yang perlu dicapai sebelum Ramadhan yang hampir tiba. Kami juga sebagai leader bertukus lumus dalam misi #SolusiPandaiNgaji. Kami mahu membantu masyarakat membaca Quran dengan lancar dan betul.

Bukan itu sahaja, kami sebagai leader mahu membina satu legasi untuk menjaga survival hidup lebih ramai orang. Kami mahu taraf hidup, kualiti kesihatan orang dalam team kami meningkat. Menjadikan punca rezeki mereka ada di legasi ini, #AsySyubrowiGroup

Itula adalah tujuan saya berada sebagai leader dalam AsySyubrowiGroup. Wahai Allah, aku mohon agar kau pegang erat kuat kuat tanganku, hatiku menuju redhaMu agar aku mampu membawa orang disekelilingku menuju SyurgaMu..

Berbalik pada cerita Khamis 7 Mac ini, haritu ‘Aisyah ada appointment dengan Doc Pakar Pergigian Kanak Hospital Serdang sebab bawah lidahnya ada bubble besar 3cm semenjak CNY haritu walaupun dah makan antibiotik, antiRadang dll yang doc klinik kesihatan bagi. Masih tak ada effect apa apa langsung.

Doc di Hospital Serdang kata kena buat ultrasound, dan doc bagi tarikhnya 15 Mei which is around 2 months to go. 2 week after that baru junpa doc semula untuk follow up. Lamanya. Ok lepas tu saya pun teringat yang kami ada ambil Takaful AIA. Maka saya pun terus ke Hospital Putra Kajang. (InsyaAllah pengalaman berurusan di Hospital Putra Kajang serta proses claim Takaful AIA saya akan share kemudian)

Waktu itu lebih kurang jam 5ptg saya sedang uruskan kemasukkan Aisyah ke Wad dapat wapp makluman dari staff saya anaknya sudah dijemput Allah. Saya terkejut sangat sangat. Sudahlah memikir tentang Aisyah apa akan jadi lepas ni, dapat berita adik Abdurrahman dijemput Allah…saya amat terasa sebab adik rahman ini macam anak saya, sebaya. Kecil lagi. Belum puas lagi memegangnya. Tapi anak adalah pinjaman Allah…

Malam itu ‘Aisyah kena tahan ward, suami yang temankan sebab saya masih bf Amru. Tapi kami request untuk keluar sebentar bagi menziarahi Arwah Abdurrahman, anak syurga..dia sudah menunggu ummi abahnya di Syurga..ya inilah ganjaran buat Syahidah sekeluarga..

Sejurus tiba di Bahagian Kecemasan Hospital Serdang, saya terus ke zon merah, bilik mayat. Saat itu, ada owner taska tempat Adik Rahman meninggal dan syahidah serta suami dan umar, abang kepada Rahman. Semuanya dalam keadaan sugul tapi saya masih melihat ketenangan dan kesabaran dalam diri syahidah serta suaminya..syahidah team saya ini memang cekal gigih orangnya. Pagi khamis itu sewaktu morning booster, giliran syahidah memberi tazkirah,

Inilah kata katanya. Allahuakbar, Allah lebih tahu.

Sewaktu saya dibilik mayat arwah adik rahman, sayu yang amat melihatnya. Waktu itu teringat semasa adik rahman datang office sebab demam. Sangat chubby, badan yang semangat. Peramah sangat, saya agahnya terus terketawa kecil. Tapi…Semuanya ini pinjaman Allah..

Post mortem ditangguh keesokkan hari dan hasilnya akan diberitahu 2 bulan lagi. Pengasuh Rahman bagitau waktu nak tukar pampers lepas asar kejutkan adik rahman tapi dah tak bergerak. Tunggu result nnt mcm mana apa sebab sebenar.

Berbalik kepada cerita ‘aisyah, malam tadi warded semula dan doc pasang drip air.

Video ini dirakam lepas masuk bilik dan ahmad ambil alih makan spagetthi kakak. Pantang jumpa 😂

Alhamdulillah pagi ini doc dah buat ultrasound dan didapati air liur sahaja dalam gelembung bawah lidahnya.

Tunggu official result tghr ni then next planning utk minor operation..

Semua kesakitan, kedukaan adalah hadiah dari Allah kerana selepas itu ada nikmatnya. Dia memberi sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Tenang dan berusaha sebaiknya untuk menjadi hamba yg beriman kpd Allah.

Berkilaunya permata kerana tingginya tekanan yang diterima…

Berita dari Syurga buat hamba yang bersabar dan bertaqwa..

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

-Surah Al-Waqi’ah, Ayah 62

Tulisan ini buat ingatan apa yang kita buat didunia ini untuk kita kembalikan ke pencipta kita.

Ini kisah saya dan AsySyubrowi.

Journey towards Jannah.

Prosperity With Responsibility

Feb 2019 ini bahang misi yang perlu dicapai begitu terasa.. meskipun baru memasuki bulan kedua..

Kami start memberi jumlah yang agak consistant kepada parents RM500 kepada mak dan RM500 kepada ibu pada 2017..sebelum ini tidak consistant. Jadi 2018 pun masih amount yg sama kadang-kadang ada bagi extra.

Hasil penambahan yang kami beri itu perubahan hidup kami amat ketara…Alhamdulillah. perniagaan semakin, taraf hidup semakin bagus. Betullah, orang selalu kata bahagiakan orang tua..rezeki akan melimpah ruah

Kelmarin semasa AMC5.0, Us Pahrol pesan, “Kekayaan itu akan datang jika kita mempunyai tanggungjawab untuk ditanggung..” Hari ini saya akui perkara itu. Bila kita rasa bertanggungjawab untuk memberi lebih kepada orang tua kita, Allah Maha Rahman itu pasti membuka jalanNya. Sama ada bisness kita semakin maju, dinaikkan pangkat dan gaji ataupun dari rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan saya dah rasa pengalaman itu. Kerana orang yang paling layak dibantu ialah orang tua kita.

Cubalah anda bermula untuk berimpi memberi lebih banyak kepada orang tua anda. Walaupun secara mata kasar, dalam akaun bank itu tak ada pun duitnya!

Sebab niat membuat baik, Allah pasti membantu kita sebagai hambanya. Cumanya bila dah berimpi, usahalah sebaiknya! 😍

Nikah awal: nak anak awal tak?

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi Penyayang…

Alhamdulillah dgn nikmatNya yg masih diberi pinjam ini, menyempatkan juga jari jemari ini utk berkongsi tentang Anak | Bayi | baby. Perkara yg sy kira penting bagi kawan-kawan yg mahu nikah awal @ dah nikah awal.

Nikah awal: nak anak awal tak?

Antara matlamat utama perkahwinan dlm Islam ialah melahirkan zuriat, banyak lagi matlamat utama yg lain tp kali ini nak sentuh yg tentang anak dulu.

“Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat.” (Riwayat Al Baihaqi)

Persoalan ini adalah perkara yang menjadi topik PALING PENTING dalam menimbang rasa utk bernikah awal ketika masih belajar. Banyak situasi dan permasalahan yg menjadi persoalannya.

“Macam mana nnt kau masih belajar, nak nikah awal nanti mengandung, bersalin, nak jaga anak tu mcm mana?”

“Sakit-sakit nak bersalin nanti dengan study kau mcm mana tu? Kang nanti dah tak sambung belajar…bla bla bla”

Okay, itulah persoalan-persoalan yang menghujani saya saat mengutarakan hasrat nak nikah awal pd mak, tapi abah jawab lain, senang je.

“Asalkan kau bahagia ikutlah”

haha, sporting lah abah ni.

Berbalik semula pada persoalan tadi, sy mahu berkongsi beberapa tips utk pembaca semua, pengetahuan umum yg perlu diketahui, lagi-lagi kpd yg berniat nak nikah awal ketika belajar. Alhamdulillah lepas kami nikah, dipertemukan dgn makcik-makcik dan kakak-kakak yang mereka juga berkahwin diawal usia, ada seoarang makcik yang bekerjaya ini dia menyambung Ijazah disaat anaknya masuk dua orang dan ketika itu suaminya pula sakit, tapi dia berjaya grad dgn cemerlang.

Ada satu kisah lagi, kakak ini dia pun nikah di tahun akhirnya dan menyelesaikan Final Year Project dengan sarat mengandung tapi akhirnya dia berjaya dapat grad dengan anugerah dekan. Tapi nasib tak menyebelahi kakak itu, anaknya lahir tak cukup bulan dan terkena jangkitan kuman, akhirnya anak dia masuk Syurga dahulu…innalillah..tak mengapalah, anak itu sudah menunggu ibunya diSyurga.

Dan kisah terakhir saya nak kongsi bersama, kisah ini adalah kisah sy dan suami semasa balik kampung nenek tempoh hari. Maklumlah, orang tua-tua ini banyak pengalaman dari jauhnya perjalanan hidup mereka. Diringkaskan, kami berpeluang sembang panjang dengan kumpulan rewang makcik-makcik, kami berdua jadi tumpuan bahan cerita. Dari awal hingga akhir kena jadi bahan, huh jenuh gak tapi seronok. Huhu. Dari situ sy semakin memahami ilmu tentang wanita. Berkenaan merancang keluarga.

‘Merancang keluarga’

Merancang keluarga adalah salah satu jalan bg mereka yang mahu nikah awal tapi belum sepenuhnya bersedia menyambut kelahiran anak. Perbincangan antara suami isteri pasangan muda adalah sangat penting, harus ada persetujuan bersama. Jika mahu anak awal, perancangan jangka masa pendek sprt kewangan sudah ada sedia tersusun, perancangan pengajian dll. Jika tidak mahu anak awal pula, lain ceritanya.

Berdasarkan pengetahuan cetek ini, mengutip pengalaman dari orang tua, adalah sangat tidak digalakkan untuk ‘merancang keluarga’ menggunakan kaedah makan pil, tanam IUCD dll. Sebab jika niat memang rasa anak itu menyusahkan kita…risau nanti Allah tarik nikmat ada anak. Tapi its ok, depends pada masing2. Yang penting niat kena betul.

Maka, jika nak merancang nikah awal sila rancang bukan setakat nak buat majlis kahwin je..rancang sampai tahap nak fikir duduk mana, nak anak bila dan kewangan macam mana.

P/s: ini tulisan 2012 tapi baru post 2018 sebab rupanya terperuk kat Draf haha

Rewards My Self After 4th pregnancy

Alhamdulillah today i spend some my money just to treat my skin properly. I got facial cleanser, oil balanced toner & gel cream for moisturied my skin’s face. The very basic skin care bak kata my lil sis, adibah ani. Oh iyeke? I pun baru tau sebab i jenis pakai cuci muka dan tepek bedak jee before this. Itupunn kalau rajin+sempat. Biasanya pakai wudhuk jelah. Yakin je kan?

Because it’s not me to have sooo many such thing

But after got deliver my 4th baby. Feel like oh no i have to be consider about my skins. Nak nampak muda kan walaupun anak dah empat. Yelah baru 28tahun this year. 😋

Another fact for me to have all such things is because alhamdulillah i can spend my money to buy these things. Thanks Allah for all that you gave. Alhamdulillah…

So next post will be review on these The Body Shop Skin Care SEAWEED. Oh ya, Drops of Youth tu dapat free sample. Sebab tadi consultant Body Shop pergi upsell beli sekali Serum tuh untuk rawat muka sebab set Seaweed ini untuk menjaga & mencegah sahaja. Hahaa its ok guys, bagi i try dulu basic skin care routines ini. Itupun dah berjumlahhh

RM159.50 ok bye, tadi guna kad kredit husband hiiii. Tapi i dah janji nak bayar balik semula. 😃 Semoga i istiqomah dengan daily skin care routines ini dengan 4org anak ok. Doakan huu

7 Panduan Bawa Anak Ke Masjid

Assalamualaikum wbt..

RIndu. Rindu yang amat utk menari-nari di keyboard pc arwah pak usu ini utk menukilkan sesuatu.

Seakan hilang sedikit potensi diri bila lama menyepi dari dunia maya ini tanpa mengarang sesuatu utk perkongsian.

Ok, alhamdulillah saat menulis ini anak-anak sudah lena tidur. Lega. Sebenarnya tadi baru sampai rumah lepas Iftar dan solat tarawih di Masjid Putra. Tapi tak sempat habiskan lagi pun tarawih, dapat buat 4 aja. Arissa menagis tak berenti. huhu.

Panduan ini adalah hasil post mortem dan perbincangan dgn suami macam mana nak handel anak kecil yg dibawa ke Masjid,

1. Keadaan persekitaran Masjid. Pilih masjid yang luas, sejuk, selesa dan ada geng dia. Kenapa pilih yg luas? Nantikan susah nak kejar! Sabar, sebenarnya masjid yg luas akan beri anak keselesaan, kurang menggangu jemaah lain sebab anak ada space utk dia bermain dan gema bunyi kalau anak bising lagi kurang. Sebagai contoh, kami selalu pergi Masjid Putra, Putrajaya. Ada aircond dan mesra kanak-kanak (ada pegawai yang pantau dan tegur anak-anak yg bising).

Lagi satu, kalau dia nak tidur ada ruang yang selesa dan penting juga kena ada geng mcm budak sebaya anak supaya dia tak bosan. Sebab Humaira’ jenis berkawan, dia akan duduk diam dgn kawan2 sambil bermain. Cuma Ibu kenalah sentiasa mengawasi agak anak tidak membuat bising. Jangan biarkan sahaja!

2. Sokongan Suami. This point i give to my husband credit. Thanks abg support 200% untuk isteri dan anak ke masjid. Melatih anak mengenal masjid. Biarlah anak puas bermain* di Masjid supaya bila dah besar dia akan rindu pergi ke rumah-rumah Allah ini. Bila dah besar moga-moga kaki mereka selalu melangkah ke tempat-tempat yang baik. insyaAllah. Tambahan lagi, isteri akan mendpt terapi rohani bila dia berada di Masjid, bila mendengar tazkirah isteri akan lagi dekat dgn Allah.

3. Solat bergilir. Untuk memudahkan kawal anak lebih baik solat bergilir, lebih afdal berilah laluan kpd suami utk dia solat berjemaah. Contoh keadaan di Masjid Putra akan solat dulu then habis solat beratur amik makanan. So suami solat dulu, isteri pegang anak dan bila org habis solat je dan kaunter makanan buka je aku terus serbu. Hehe. lepas tu letak anak kt suami dan isteri pula yg solat, habis solat makan sama2. Tiba ke solat isyak dan tarawih pun mcm tu. Bg suami solat dulu sampai tarawih 8 rakaat dan isteri terus solat dan sambung tarawih. Tadi plan cmtu, tp hari ni Arissa menagis tak renti, so cari suami ajak balik terus lepas buat tarawih 4 rakaat huhu…terima kasih kak asma’ td kebetulan jumpa, dia tlng jagakan Arissa masa aku amik wuduk.

Pinjam telekung kakak sat. hehe

4. Bawa buku dan alat tulis anak. Bawa buku lebih baik dari bawa mainan sebab mainan akan lebih interesting utk attract kawan-kawan anak yg lain utk berebut. Kalau buku dia akan sama-sama conteng tulis dsbg dlm keadaan yg lebih senyap. Tapi tadi tertinggal jawapanya mmg tak reti duk diam la Humaira’. Last last choice, keluarkan Hp dan aku tutup wifi bg dia tgk video tanpa suara. Last2 dia dok berselfie pulak daa

4. Spare air dan makanan ringan dan kering. Penting sgt2 spare air sebab anak mudah haus. Budak-budak suka mengunyah. Humaira’ suka makan kismis. So kena bawakan simpan dalam beg supaya dia tak minta yg bukan-bukan.

5. Kelengkapan anak. Pastikan kelengkapan anak lengkap. Pampers, baju spare, selimut, bantal kecil, susu dll supaya tidak menganggu kelesaan kita dan anak ketika dimasjid.

6. Komunikasi dengan anak. Sentiasa bagi tahu anak yg dia harus sopan, senyap dan tidak berlari-lari di Masjid. Walaupun anak belum pandai bercakap tp dia mendengar apa yg kita bagitahu.

7. Betulkan niat. Niatkan bawa anak ke masjid utk dia mengenal Allah. Dan untuk kita mendekatkan diri pada Allah, dekatkan diri pada Allah dengan mengasuh dan mengenalkan masjid kpd anak juga adlh ibadah. Tidak mengapa tidak dapat solat berjemaah atau tidak dpt buat tarawih bersama imam krn tanpa ilmu pengenalan indahnya Islam kpd anak, kita juga bakal dipersoal.

Wallahu’alam..ini adlh panduan yg ada kurangnya. Jika ada kebaikan jadikan panduan, jika ada kelemahan mhn maaf. Okk. Selamat meneruskan perlumbaan ibadah di bulan Ramadhan kareem ini!

Resepi Air Kacang Soya & Cucur Soya (Homemade)

Assalamualaikum..

kali ini rasa nak berkongsi menu air soya! yeahh ramai yang suka minum air soya freshh maksudnya yang homemade, sebungkus RM1 yg kecil, yang besar RM2. Sebenarnya kita boleh dpt 3 bungkus besar air soya dgn beli kacangnya RM2.

Bahan-bahan:

Kacang Soya  RM2

Gula (secukup rasa)

Garam (secukup rasa)

Cara-cara: 

**Follow gambar-gambar yang saya uplod ini >>

Image

#1 Rendam kacang soya sehingga kulit luarnya boleh dibuang. Dalam gambar itu kulitnya dah ada yg tertanggal

Image

Saya mengambil masa 1 malam untuk merendam kacang soya ini supaya senang dibuang kulit.

Image

#2 Ramas-ramas kacang soya yang dah direndam 1 malam tu dengan tangan hingga kulitnya tangal. saya ulang dalam 3-4 kali utk ramas tu bg tanggal kulit. Kalau kulit masih banyak nnt air soya yg dibuat tak sedap..

Image

#3 lepas itu, masukkan kacang soya dan air dalam blender & blend sehingga halus. jumlah air yg digunakan agak2 blender boleh jalan je 😉

 

???????????????????????????????

 #4 Dah halus, masukkan dalam periuk. Tapi dipermukaan periuk itu letak kain kasa & cotton putih sebagai tapis untuk asingkan air & hampas soyanya dan perah (sory, sy tak ambil gmbr jelas. digmbr sblh kiri atas tu kain kasa nya)

???????????????????????????????

Inilah hasil nya, hampas soya yang dah tak ada soyanye hehe. *saya gunakan hampas ini untuk buat cucur. sedapp!

???????????????????????????????

Didihkan air soya yang dah siap diperah, semasa mendidih pastikan dikacau air itu supaya tak pecah minyak. Masukkan gula & garam ikut cita rasa sendiri.

???????????????????????????????

Nah, inilah air soya dan cucur soya! Jemput makan. Hehe tapi silalah cuba resepi ini untuk sarapan @ makan ptg2.. nyumm

~AOA homemade~

Salam sinar Islam buat semua. Moga hati-hati kita terus ditetapkan dalam kebaikkan.. Senyumlah walau hati duka, senyumlah tanda kesyukuran atas kenikmatan ^_________________^~

Hari ini suami sy kongsi apa yg beliau dengar dalam khutbah di Masjid Mardi tadi, tentang kata-kata hikmah Erdogan khas untuk Malaysia. Selepas kemenangan Parti Islam di Tunia, Syria, Tukri dan Mesir. Erdogan menunggu dan memandang negara seterusnya di Timur iaitu Malaysia untuk kebangkitan disini.

Rajab Tayyip Erdogan berkata jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini maka beliau bercadang akan mula membentuk kembali jaringan negara-negara Umat Islam di bawah Empayar Othmaniah seperti ketika di zaman keagungan empayar tersebut suatu ketikan dahulu..

anwarturkierdoganDari kiri Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdoğan (Perdana Menteri Turki)  dan Abdullah Gul (Presiden Turki)

Esok penamaan calon utk PRU 13. Saya siswi marhen yang mahu turut serta untuk melihat dengan kaca mata sendiri aksi dan gelagat Politikus tanah air, maka analisis terus dibuat dan keputusan diambil atas kebaikkan. Seorang muslim itu wajib membuat pilihan kearah kebaikkan untuk diri, keluarga, masyrakat dan seterusnya negara.

Yess, so let’s shine your way with Islam. layan lagu Yuna ini. walaupun xde unsur Islamik, tp lirik lagunya sungguh memberi inspirasi! 

Shine Your Way with Islam!