TANDA-TANDA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

Is not Allah sufficient for his servant? - II

Is not Allah sufficient for his servant?

“Aku cuba redha, tp tak tahu betul ke aku betul-betul dah redha..jd, apa tanda kita redha sebenarnya….?” sahabat baikku menghantar SMS ringkasnya..

Salam mahabbah buat semua..
r.e.d.h.a

selalu diungkapkan kata-kata ini tatkala ditimpa kesusahan, tapi untuk bersikap redha atas kesusahan yg menimpa bukannya senang. Tapi, yakin! teruslah optimis bahawa Dia sedang memberi dan mencaturkan yang terbaik untuk kehidupan kita. Yang pasti, Allah akan menguji kita sesuai dengan tahapnya.. kat bawah ini adalah tanda-tanda redha & kasih sayang Allah yg sy jumpai, boleh dijadikan panduan bersama..

Ayuh sahabat, terus optimis akan ketentuan Allah!

Image

TANDA-TANDA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

 1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.
2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha, inilah golongan yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Dan orang-orang yang berjuang pada jalan Kami, akan Kami beri petunjuk kepada mereka dengan jalan kebenaran menuju Kami (Islam)’ (al-Ankabut:69)
3- Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta memelihara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.
4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar.
5- Mempertahankan kesucian agama Islam dengan mendalami ilmu-ilmu Islam yang menjadi wajib untuk dipelajari.
6- Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.
7- Sentiasa berakhlak mulia
8- Memelihara waktu dengan baik serta pendengaran dan pandangan hanya untuk perkara-perkara yang baik juga seperti yang dikehendaki Allah.
9- Redha dengan segala qada dan qadar Allah.
10-Bersikap berlapang dada dan suka kepada perkara yang
memperkukuhkan iman kepada Allah.
11-Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya.
12-Bertindak sesuatu yang positif hingga disukai oleh Allah.
13-Mengikut petunjuk Rasulullah saw.
14-Kasih kepada semua kaum Muslimin dan berendah hati terhadap
mereka.
15-Bertindak tegas terhadap orang-orang kafir tanpa tunduk kepada
arahan mereka yang boleh menimbulkan fitnah sesame Islam.
16-Berjihad pada jalan Allah dengan penuh keikhlasan yang meliputi
harta,tenaga dan nyawa.
17-Tidak rasa takut kepada manusia yang mahu menakutkannya
dari menyokong kebenaran agama.
18-Melaskanakan segala kewajipan agama di samping perkara-
perkara yang sunat seperti membaca al-Quran,menziarahi
perkuburan, berzikir,membantu orang susah dan sebagainya
19-Kasih kepada saudara seagama kerana Allah.
20-Menghubungkan silaturrahim sesame Islam.
21-Menasihati saudara seagama meneganai kebenaran Islam dan
memperjuangkannya hingga ke akhir hayat.
22-Saling dan sering menziarahi saudara seagama bagi memperelokkan hubungan serta mengambil berat urusan harian hidup mereka.
23-Rindu untuk bertemu Allah dengan segala bekalan dan persiapan yang mantap.
24-Suka untuk menyendiri bagi tujuan berzikir kepada Allah serta indafi segala kesalahan yang dilakukan.
25-Rasa lazat dengan amalan dan ketaatan kepada Allah.
26-Rasa takut untuk menunjuk-nunjuk amalan ketika berada di
khalayak ramai.

Apapun tetaplah istiqamah walau ditimpa kesusahan mahupun kesenangan…

Advertisements

Tanda-tanda Ketewasan Jiwa

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati
manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia
telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka
terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam
dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam
sebagaimana pengaliran di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah
runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya
sebagaimana firman Allah, maksudnya: “Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa
kepada Allah”
. (Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)

Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karim
yang menyatakan yang bermaksudnya: Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17- Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (Surah Al-A’raf 7: Ayat 16-17)

Sebenarnya selain dari penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek-moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah.Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga”. (Hadis riwayat Al-Nasa’i)

Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16. Yang bermaksudnya: “Pujukan orang-orang munafik itu) samalah dengan (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Kufurlah kamu. Maka tatkala manusia itu telah kafir dia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam”.


Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan.
Bagi membantu manusia bagi menghadapi hasutan syaitan dan
serangan-serangan Iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia
berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi
pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh
ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para
salihin dengan katanya:

“Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah
syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri
melalui sepuluh pintu:

Pertama:
Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat
menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:
Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku
menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut
yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga:
Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya
dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan
buruk pasti menanti.

Keempat:
Kagum terhadap diri sendiri (‘Ujub), lantas aku menghadapinya
dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat
yaburuk.

Kelima:
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati
mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta
menghormati mereka secara wajar.

Keenam:
Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada
(qana’ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.

Ketujuh:
Riya’ dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan
ikhlas.

Kelapan:
Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari
bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang
kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:
Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan
rasa tawaduk.

Kesepuluh:
Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai
ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap
apa yang ada di sisi manusia.

*sedikit perkongsian dari buku Maza Yakni (Apa Erti Saya Menganut Islam) – Fathi Yakan

Madrasah Cintaku

Ada satu keajaiban dunia terhebat yang ingin saya nyatakan disini, iaitu IBU..

Dalam perjalan hidup seorang ibu, apa yang paling dinanti seorang wanita selain dari kehamilan. Meskipun berat, tiada yang lebih penting kecuali benih dalam kandungannya. Menangis, tertawa, sedih dan bahagia tak berbeza baginya, kerana dia lebih mementingkan apa yang dirasa si kecil didalam perutnya. Seringkali dia bertanya; menangiskah ia? Tertawakah ia? Sedih atau bahagiakah ia di dalam sana?

Bahkan ketika waktunya tiba, tiada yang mampu menandingi cinta yang pernah diberikannya, walau mati pun akan dipertaruhkannya asalkan generasi penerusnya itu lahir ke dunia. Rasa sakit lenyap sekejap mendengar tangisan pertama si buah hati, tak peduli darah dan keringat yang terus bercucuran. Detik itu, sebuah episod cinta baru sahaja berputar.

Tiada yang lebih membanggakan untuk dibincangkan selain anak-anak. Tak satu pun tema yang paling menarik untuk dibincangkan bersama rakan sekerja, teman sejawat, mahupun keluarga, kecuali anak-anak. Si kecil baru sahaja menyebut “Ma…” segera ibu mengangkat telefon untuk mengkhabarkan ke semua yang ada didalam list telefon.

Saat baru pertama kali berdiri, ibu berteriak histeria, antara haru, bangga dan sedikit takut si kecil terjatuh dan luka. Hari pertama sekolah adalah saat pertama kali matanya menyaksikan langkah awal kejayaannya. Meskipun disaat yang sama, fikirannya terusmelayang dan bibirnya tak lepas berdoa, berharap suami tidak terhenti rezekinya. Agar langkah kaki kecil itu pun tidak terhenti di tengah jalan.

Dia menjadi guru yang tak pernah digaji, menjadi pembantu yang tak pernah dibayar, menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai, dan menjadi babby sitter yang paling setia. Sesekali dia menjelma menjadi puteri salju yang menyanyi merdu menunggu lamaran sang putera.

Tidak satu pun yang paling ditunggu kepulangannya selain suami dan anak-anak tercinta. Serta merta kalimat, “sudah makan belum?” tak lupa dilontar saat baru saja memasuki rumah. Walaupun si kecil yang dulu yang ditimang dalam dakapannya itu sudah menjadi orang dewasa yang boleh membeli makanan sendiri

Hari ketika si anak yang telah dewasa itu mampu mengambil keputusan terpenting dalam hidupnya, untuk menentukan jalan hidup bersama pasangannya, siapa yang menangis? Siapa yang lebih dulu menitikkan air mata? Lihatlah sudut matanya, telah menjadi samudera air mata dalam sekejap.

Langkah beratnya ikhlas mengantar buah hatinya ke kerusi pelamin. Dia menangis melihat anaknya tersenyum bahagia dibalut pakaian pengantin. Di saat itu, dia pun sedar buah hati yang bertahun-tahun menjadi kubangan curahan cintanya itu tak lagi hanya miliknya. Ada satu hati lagi yang tertambat, yang dalam harapannya dia berdetik, “Masihkah kau anakku?”

Saat senja tiba. Ketika kedut di tangan dan wajah mulai berbicara tentang usianya. Dia pun sedar, bahawa sebentar lagi masanya kan berakhir. Hanya satu pinta yang sering terucap dari bibirnya, “bila ibu meninggal, ibu ingin anak-anak ibu yang memandikan. Ibu ingin dimandikan sambil dipangku kamu semua”.

Tidak hanya itu, imam solat jenazah pun diminta dari salah seorang anaknya.“Agar tidak percuma ibu mendidik kalian menjadi anak yang soleh sejak kecil,” ujarnya.

Oh ibu. Sejak dari kecil ibu telah mengajarkan erti cinta sebenarnya.

Ibulah madrasah cinta saya, sekolah yang hanya punya satu mata pelajaran: cinta. Sekolah yang hanya ada satu guru: pencinta. Sekolah yang semua murid-muridnya diberi satu nama: yang dicintai.

Maka tidak hairanlah jika Rasulullah bersabda:<em>” Syurga berada dibawah tapak kaki ibumu”.

Barakallahufikum

#hari2 adalah hari ibu…
.

Sumber: Madrasah Cintaku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/madrasah-cintaku/#ixzz1Lgl4Pwo1

KITA DAN IBU

• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

• APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

• MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

• KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

• BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

• SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

• APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

• MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

• KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

• BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

• APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

• MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

• KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

• BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

• MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

• KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

• BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

• SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

• APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

• MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

• KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

• PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

• KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

• APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

• DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.


Ya, aku masih ada mak..abah.. syukur ya Allah pinjaman ini.. smga aku dpt membahagiakan mereka semampunya.
Syg mak.. syg abahh jugak… =’)

Healing…simple acts kindness..

Salam,

“Hai jiwa yang tenang,

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya,

Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba Ku,

Masuklah ke dalam syurga-Ku” Surah Al-Fajr 89:27-30

It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق
Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

Tenang mndgr lagu ini, syukran buat Syera, http://penakumenari109.blogspot.com/

Hati insan mukmin

Dalam satu ayat, Allah menyebut, maksudnya: “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28). Bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang. Dalam ayat yang lain, Allah menceritakan bahawa: “Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2).

Tenang krn dari Allah kita dtg dan kpd Allah kita kembali,
Gementar krn takut akan azabNya….

Dan di atas dunia ini tiada bejana atau bekas yang Allah lebih cintai melainkan hati yang paling bersih dalam keyakinan, paling lembut dengan saudaranya dan paling keras dengan musuh Allah. Jadi proses tarbiyah dan pembersihan hati ini perlu kita lakukan sentiasa….supaya hati kita dapat hidup sihat sejahtera! Hati yang sejahtera inilah yang merasai hakikat kebahagiaan sebenarnya!!

Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya; qadha dan qadarNya; serta sentiasa sabar.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan dan bermohon kepada Allah SWT.
Sentiasa berzikir kepada Allah SWT adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

“Hati membutuhkan sesuatu yang menjaganya agar tetap kuat. Dan itu adalah iman dan ketaatan. Juga membutuhkan pemeliharaan dari gangguan yang membahayakannya yaitu dengan menjauhi dosa-dosa, maksiat dan berbagai hal penyimpangan. Perlu juga dihilangkan setiap hal yang rusak daripadanya. Dan hal itu dengan taubat nashuha dan memohon ampun kepada Dzat Yang Maha Mengampuni dosa-dosa.”
— Ibn-ul-Qayyim

9 Tentang RAMADHAN yang Wajib Diketahui??

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam untuk Rasulullah, keluarganya, dan para sahabatnya dapat aku mencatitkan sedikit perkongsian, ni hanya lah copy and paste dari http://www.voa-islam.com/
Tapi, tak mengapa, ilmu itu perlu disampaikan,,ilmu yg tdk dikongsi umpama air dalam longkang yg tdk mengalir..busuk baunya..Jom, kite mendalami seketika apa itu RAMADHAN…

Apa itu bulan Ramadhan?

Pertama, bulan Ramadhan adalah bulan kesembilan dari urutan 12 bulan yang di sisi Allah sejak Dia menciptakan langit dan bumi, juga sesuai urutan yang telah ditetapkan oleh Umar bin al-Khathab radliyallaahu ‘anhu.

Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu,” (QS. Al-Taubah: 36)

Kedua, bulan yang Allah pilih untuk menurunkan Al-Qur’an di dalamnya. Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنْ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).” (QS. Al-Baqarah: 185)

Ketiga, bulan di mana Allah mulai mengutus Nabi dan utusannya, Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam.

Keempat, bulan yang Allah jadikan darinya sampai Ramadhan berikutnya sebagai penghapus dosa di antara keduanya.

Imam Muslim telah membuat satu bab dalam kitab al-Thaharah, “Bab Shalat lima waktu, satu Jum’at ke Jum’at lainnya, satu Ramadhan ke Ramadhan laiannya sebagai penghapus (kesalahan) di antara keduanya, selama dosa besar dijauhi.” Di dalamnya, beliau menyebutkan hadits dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“(Antara) shalat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar.” (HR Muslim, no. 233)

Kelima, bulan yang apabila sudah masuk malam pertamanya terdapat banyak kebaikan. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab al-Shaum, dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ

“Apabila telah datang Ramadhan, maka pintu-pintu surga dibula.” (HR. Bukhari, no. 1898)

Dan dalam satu riwayat lain, masih dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

“Jika telah datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu Jahannam, serta dibelenggulah para syaithan.” (Muttafaq ‘alaih)

Jika telah datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu Jahannam, serta dibelenggulah para syaithan. (al-hadits)

Keenam, Bulan yang Allah jadikan sebagai solusi bagi pelaku pelaku dosa dan kesalahan, juga bagi pemburu surga dan derajat tinggi dalam beragama.

Imam Bukhari dalam kitab Al-Tauhid, dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, dan berpuasa Ramadhan, maka wajib bagi Allah untuk memasukkannya ke dalam surga, baik dia berhijrah fi sabilillah atau duduk (tetap tinggal) di bumi kelahirannya.” Mereka bertanya, “Ya Rasulallah, bolehkah kami memberitahukan hal itu kepada manusia?” Beliau bersabda,

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Sesungguhnya di dalam surga itu ada 100 derajat (tempat) yang telah dipersiapkan oleh Allah untuk para mujahid di jalan Allah, antara dua derajat seluas langit dan bumi. Dan apabila kalian memohon kepada Allah maka mohonlah surga Firdaus, karena sungguh dia terletak di surga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya adalah ‘Arsy Allah Yang Maha Pemurah dan dari situlah terpancarnya sungai-sungai di surga.” (HR. Al-Bukhari)

Dalam riwayat Muslim, Kitab Shalah al-Musafirin, dari Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yang berpuasa Ramadhan didasari iman dan hanya berharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘alaih)

Ketujuh, bulan yang Allah jadikan umrah di dalamnya seperti haji. Bukan itu saja, bahkan seperti haji bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitab Al-Hajj, dari ‘Atha berkata, Aku mendengar Ibnu Abbas radliyallaahu ‘anhuma mengabarkan kepada kami, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang wanita dari Anshar (Ummu Sinan), “Apa yang menghalangimu untuk berhaji bersama kami? Lalu wanita tadi menyampaikan alasannya karena kendaraannya dipakai jihad fi sabilillah. Kemudian Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِي فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ

“Apabila telah datang Ramadhan, berumrahlah. Karena umrah pada bulan Ramadhan (pahalanya seperti) haji.” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat lain, “Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain lagi, “Karena sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan menjadi pengganti (dalam pahala-red) haji atau haji bersamaku.” (Muttafaq ‘alaih)

Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam, “Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji” adalah dalam pahala, bukan pelaksanaannya menempati kedudukan haji yang bisa menggugurkan kewajiban haji berdasarkan ijma’ bahwa umrah belum cukup dan tidak bisa menggantikan kewajiban melaksanakan haji.

Ibnu al-Arabi berkata, “Haji tentang umrah ini adalah shahih dan merupakan karunia dan nikmat dari Allah. Dan umrah menyamai haji karena digabungkan dengan Ramadhan.”

Ibnu al-Jauzi berkata, “Di dalamnya, bahwa pahala amal akan bertambah dengan kemuliaan waktunya seperti bertambahnya pahala dengan kehadiran hati dan tujuan yang ikhlas.”

Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji adalah dalam pahala, bukan pelaksanaannya menempati kedudukan haji yang bisa menggugurkan kewajiban haji . .

Kedelapan, Bulan yang di dalamnya Allah adakan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dalam urusan dien dan amal hamba yang shalih.

Allah Ta’ala berfirman,

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadar: 3)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Kitab Shalah al-Tarawih, dari Aisyah berkata, “Adalah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam apabila sudah masuk di sepuluh hari terakhir dari Ramadhan bersabda,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Dan dalam riwayat Muslim disebutkan pendapat Ubay bin Ka’b tentang keyakinannya bahwa Lailatul Qadar terjadi pada malam ke 27. Pada saat itu, Rasulullah memerintahkan para sahabatnya untuk menghidupkannya. Beliau juga menyebutkan tanda-tandanya, yaitu pada pagi harinya langit terlihat putih terang, tidak ada cahaya matahari yang berserakan.

Kesembilan, bulan Ramadhan adalah bulan terbaik baik kaum mukminin dan menjadi bulan terburuk dirasakan kaum munafikin.

Kalau kita perhatikan, maka orang-orang mukmin melaksanakan beberapa amal kebaikan dan menyiapkan zakat hartanya untuk dia infakkan di bulan Ramadhan. Mereka menyiapkan keuangan untuk memenuhi kebutuhan keluarganya sekaligus menyiapkan juga untuk membantu fakir miskin. Mereka juga berlomba-lomba memberi santapan berbuka bagi shaimin.

Pada ringkasnya, bahwa bulan Ramadhan menjadi nikmat bagi orang mukmin dan bencana bagi orang fajir dan munafik. Wallahu a’lam.

Sebaliknya, orang-orang munafik, mereka menyiapkan tontonan-tontonan film, hiburan, dan berbagai permainan. Pada ringkasnya, bahwa bulan Ramadhan menjadi nikmat bagi orang mukmin dan bencana bagi orang fajir dan munafik. Wallahu a’lam. (PurWD/voa-islam.com)

Oleh: Badrul Tamam

koleksi SMS…

Maksud hadis:”Umatku ibarat hujan lebat. Kesemua memiliki keistimewaan sama ada generasi terdahulu mahapun generasi kebelakang” Wahai shbt2, kita umat optimis! Janji Allah Islam kan menang tapi sangat rugilah jika tidak menjadi salah satu batu-bata kemenangan Islam yg dijanjikan ganjaran syurga yg dk ada bandingannya…

Wanita cantikmenurut Allah adalah:
~melukis kekuatan melalui masalahnya
~tersenyum di saat tertekan…
~tertawa di saat hati menangis
~tabah di saat terhina
~mempesona kerana memaafkan
~mengasihani tanpa meminta balas
~bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi…
-sajidah

Sesungguhnya wanita itu cantik dalam 3 perkara
Cantik selagi mana ia patuh kepada penciptaNya
Cantik selagi mana ia patuh yang berhak dia patuh…
Cantik apabila apabila ia dijadikan ketua bidadari di syurga…
Jadilah Fatimah al-Zahra sebgai akhlakmu
Khadijah sebagai sifat pemurahmu
Aisyah sebagai kasih sayangmu
Rabiatul Adawiyah sebagai hatimu.
-Farah

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata,
apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya,
apabila di letak di tempat mulia akan disanjung sebagai permaisuri,
apabila dibekalkan dengan ilmu akan menjadi cendekiawan bestari.
Seseorang muslimah akan di kenang sebagai suri sang jejaka menjadi
ibu kepada putri dan putra dan menjadi pertiwi seisi buana.
-kak rahimah

Tidah ada suatuoun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh ( Umar R.A)

Di antara fitnah org yang berilmu ialah suka berkata-kata dari mendengar…padahal mendengar itu lebih selamat drpd berkata-kata krn dlm berkata-kata, org cenderung utk mengisi, menambah dn mengurangi ( Yazid B Abi Habib )

Bagaimanakah agaknya rasa kita jika menerima sepucuk surat drpd seorag kekasih, tapi kita tidak faham apa yg tlh dituliskan…Allah ‘Kekasih’ org briman itu telah mengutus 114 surahnya, berapa surah yang kita telah tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya & perjuangkan tuntutannya??
‘kita dilimpahi jutaan nikmat ,
tapi kita melupakan Pemberi nikmat
sepatutnya kita hitung kesyukuran
sebaliknya kita hitung kesukaan
BENARKAH KITA CINTA ALLAH JIKA SURAT CINTANYA ( AL QURAN ) KITA TIDAK USAHAKAN UTK MEMBACA??fikirkan2lah -kak im

sekian dulu buat kali ni…
wallahu’alam

‘Couple’ & Makanan halal

Couple dan Makanan Halal

Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal.

Tetapi adakah batas halal dan haram hanya sekadar terhadap makanan dan minuman?

Ini merupakan persoalan yang penting untuk kita jawab kerana inilah bentuk berfikir yang ada dalam masyarakat kita.

Umum mengetahui rahsia di sebalik perintah Allah terhadap Babi yang hukumnya memang jelas haram di makan. Dan banyak lagi rahsia yang terdapat dalam perintah Allah ini contohnya haram memakan makanan hasil curian atau yang bukannya bukan milik kita.

Dan sesungguhnya ruang lingkup halal dan haram ini juga terdapat di dalam pelbagai lagi sudut dalam kehidupan kita seorang muslim. Dalam komik kali ini kita bercerita tentang couple – halal @ haram. Ada yang halal dan ada yang haram. Dan sememangnya hakikat pengabdian kepada Allah ini semestinya ada rahsia-rahsianya yang melindungi manusia daripada kerosakan.

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

diambil dari http://komik.dakwah.info/

Jangan putus asa!!!!

Just Revise……..

jihad  Ketahuilah olehmu sahabatku…

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya…
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja …
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk  menghubungimu…
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak  membuat  keputusan …
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan…
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap…

Allah SWT TAHU

Makin Betul Kata Makin Salah Makna ???

Makin Betul Kata Makin Salah Makna

Ini tajuk artikel yg ana amik dr blog Saiful Islam….kalau tak baca lagi, bacalah di blog http://saifulislam.com/

sungguh menarik! ini merupakan suatu realiti hidup dr kecil hingga kite membesar

realiti tentang sikap kita terhadap ibu bapa.  Dulu mase kecil-kecil kite uweeekk skit, mak dah tgk ape yg x kene dgn kite.  Tapi kite bila dah besar ni, kadang-kadang mak abah panggil kali kedua baru kite sedar dan jawab..kenapa ye?

Dan mugkin salah satu reason ialah

  • Sikap kite tatkala mendengar azan berkumandang…Bagaimana sikap dan adap anda?

Huraiannya,  azan adalah seruan utk kita menunaikan perintah Allah yg sgt penting iaitu solat 5 waktu, rasenyer semua orang tahu bahawa apabila mendengar Azan, kite perlu berhenti seketika, bagi yang makan, berhenti mengunyah, bagi yang menjahit, stop dulu mesinnye, bagi yang menonton tv, matikan atau perlahankan sikit suaranye. Selepas itu, cepat-cepatlah kite segerakan tanggungjawab kita itu.

Kenapa sikap kita tatkala mendengar azan berkumandang ana kaitkan dgn menjawab panggilan mak ayah kita?

Sebab, setiap kali azan kedengaran ianya melatih  dan menjadikan kita supaya lebih peka terhadap tanggugjawab kita. Jadi, apabila kita sudah terbiasa menghormati azan, maka secara tidak langsung diri kita sebenarnya sudah ditarbiyah untuk sentiasa menyahut panggilan ibu bapa. InsyaAllah….

Ana nak sentuh sedikit tentang ‘bercakap ketika azan tidak boleh mengucap’ yang telah dibincangkn dalam iluvislam, sebenarnya tiada dalil yang sahih mengatakan sedemikian, cuma kita sebagai umat ISLAM harus menghormati kalimat azan yang dilaungkan, tidak elok dan tak manis jika azan berkumandang kite buat don’t know je…yang penting sekali tolong hormati Azan kerana azan melaungkan kata-kata kebesaran memuji Allah..