Shine Your Way with Islam!

Salam sinar Islam buat semua. Moga hati-hati kita terus ditetapkan dalam kebaikkan.. Senyumlah walau hati duka, senyumlah tanda kesyukuran atas kenikmatan ^_________________^~

Hari ini suami sy kongsi apa yg beliau dengar dalam khutbah di Masjid Mardi tadi, tentang kata-kata hikmah Erdogan khas untuk Malaysia. Selepas kemenangan Parti Islam di Tunia, Syria, Tukri dan Mesir. Erdogan menunggu dan memandang negara seterusnya di Timur iaitu Malaysia untuk kebangkitan disini.

Rajab Tayyip Erdogan berkata jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini maka beliau bercadang akan mula membentuk kembali jaringan negara-negara Umat Islam di bawah Empayar Othmaniah seperti ketika di zaman keagungan empayar tersebut suatu ketikan dahulu..

anwarturkierdoganDari kiri Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdoğan (Perdana Menteri Turki)  dan Abdullah Gul (Presiden Turki)

Esok penamaan calon utk PRU 13. Saya siswi marhen yang mahu turut serta untuk melihat dengan kaca mata sendiri aksi dan gelagat Politikus tanah air, maka analisis terus dibuat dan keputusan diambil atas kebaikkan. Seorang muslim itu wajib membuat pilihan kearah kebaikkan untuk diri, keluarga, masyrakat dan seterusnya negara.

Yess, so let’s shine your way with Islam. layan lagu Yuna ini. walaupun xde unsur Islamik, tp lirik lagunya sungguh memberi inspirasi! 

Advertisements

Aku wanita, Aku istimewa…

Aku wanita
Aku istimewa dalam cinta
Dengan cinta yang tumbuh bagaikan kuku
Perlahan namun utuh

Aku istimewa dalam cinta
Meski cinta memenuhi ruang hati
Mengalir bersama darah
Namun mampu tersembunyi
Bagai mutiara di dasar lautan

Aku istimewa dalam rasa
Warna warni yang tak terhingga
Kau bilang aku bahagia
Sebenarnya hati kini menghalau duka

Aku wanita dan aku istimewa
Beban yang menggelayut qalbu
Tak akan nampak dalam laku

Aku wanita
Aku istimewa
Kekuatanku adalah kelemahanku
Mandiri namun tak ingin sendiri
Mencintai dan ingin dicintai

Aku wanita dan aku istimewa
Aku mampu menaklukkan dunia
Di tanganku kejayaan bangsa mampu terwujud
Di tanganku pula mampu membinasakannya

Aku wanita bagai sekuntum mawar
Keindahanku tiada ternilai seisi dunia
Keshalihanku mampu menyaingi bidadari surga

Aku wanita dengan mudah menuju surga
Tapi neraka pun mudah pula ku masuki
Dengan taatku, dengan ingkarku

Aku wanita dan aku istimewa

p/s: jom layan sat video First Lady Michelle Obama’s Remarks 

Istimewanya wanita seperti bunga menjadikan dunia indah

menyediakan madu penguat kepada sang kumbang

Disebalik kelembutan dan kelemahannya

ada kekuatan luar biasa tiada tandingannya

Menjadi isteri,

mempunyai suami,

harus kuat hatinya,

Cergas tindakannya,

Tegar jiwanya,

dan

Setia kepada suaminya…

Bukan mudah seperti indahnya dalam lakaran gambar,

namun kita jualah yg mengindahkan,

tapi kita jugalah yg menghodohkannya..

-azi’s art-

Intel’s House

13 September 2012

12.05pm

TANDA-TANDA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

Is not Allah sufficient for his servant? - II

Is not Allah sufficient for his servant?

“Aku cuba redha, tp tak tahu betul ke aku betul-betul dah redha..jd, apa tanda kita redha sebenarnya….?” sahabat baikku menghantar SMS ringkasnya..

Salam mahabbah buat semua..
r.e.d.h.a

selalu diungkapkan kata-kata ini tatkala ditimpa kesusahan, tapi untuk bersikap redha atas kesusahan yg menimpa bukannya senang. Tapi, yakin! teruslah optimis bahawa Dia sedang memberi dan mencaturkan yang terbaik untuk kehidupan kita. Yang pasti, Allah akan menguji kita sesuai dengan tahapnya.. kat bawah ini adalah tanda-tanda redha & kasih sayang Allah yg sy jumpai, boleh dijadikan panduan bersama..

Ayuh sahabat, terus optimis akan ketentuan Allah!

Image

TANDA-TANDA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

 1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.
2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha, inilah golongan yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Dan orang-orang yang berjuang pada jalan Kami, akan Kami beri petunjuk kepada mereka dengan jalan kebenaran menuju Kami (Islam)’ (al-Ankabut:69)
3- Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta memelihara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.
4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar.
5- Mempertahankan kesucian agama Islam dengan mendalami ilmu-ilmu Islam yang menjadi wajib untuk dipelajari.
6- Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.
7- Sentiasa berakhlak mulia
8- Memelihara waktu dengan baik serta pendengaran dan pandangan hanya untuk perkara-perkara yang baik juga seperti yang dikehendaki Allah.
9- Redha dengan segala qada dan qadar Allah.
10-Bersikap berlapang dada dan suka kepada perkara yang
memperkukuhkan iman kepada Allah.
11-Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya.
12-Bertindak sesuatu yang positif hingga disukai oleh Allah.
13-Mengikut petunjuk Rasulullah saw.
14-Kasih kepada semua kaum Muslimin dan berendah hati terhadap
mereka.
15-Bertindak tegas terhadap orang-orang kafir tanpa tunduk kepada
arahan mereka yang boleh menimbulkan fitnah sesame Islam.
16-Berjihad pada jalan Allah dengan penuh keikhlasan yang meliputi
harta,tenaga dan nyawa.
17-Tidak rasa takut kepada manusia yang mahu menakutkannya
dari menyokong kebenaran agama.
18-Melaskanakan segala kewajipan agama di samping perkara-
perkara yang sunat seperti membaca al-Quran,menziarahi
perkuburan, berzikir,membantu orang susah dan sebagainya
19-Kasih kepada saudara seagama kerana Allah.
20-Menghubungkan silaturrahim sesame Islam.
21-Menasihati saudara seagama meneganai kebenaran Islam dan
memperjuangkannya hingga ke akhir hayat.
22-Saling dan sering menziarahi saudara seagama bagi memperelokkan hubungan serta mengambil berat urusan harian hidup mereka.
23-Rindu untuk bertemu Allah dengan segala bekalan dan persiapan yang mantap.
24-Suka untuk menyendiri bagi tujuan berzikir kepada Allah serta indafi segala kesalahan yang dilakukan.
25-Rasa lazat dengan amalan dan ketaatan kepada Allah.
26-Rasa takut untuk menunjuk-nunjuk amalan ketika berada di
khalayak ramai.

Apapun tetaplah istiqamah walau ditimpa kesusahan mahupun kesenangan…

Selamat datang ‘Amanah Baru’

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia
wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Alhamdulillah..

Majlis Pertunangan yang simple dan yang sebenarnya UNEXPECTED 😉

Tapi,

Itulah yang dimahukan, tidak menyusahkan, cukup sekadarnya, sederhana

“Azizah, mak cik datang ini meminang awak untuk anak mak cik, Hazim” … 

maka bermula secara rasmi episod baru seterusnya yang harus ditempuhi..

maka semakin banyak Allah mahu memberi diri ini peluang kebaikan..

mahukan kematangan dalam pelbagai aspek..

 

Mentah lagi untuk menerima amanah baru, masih dalam pengajian lagi, seorang yang lincah kesana sini untuk diikat dengan amanah baru..

Tapi,

keyakinan atas petunjuk Allah dalam istikharah  itu dan perbincangan bersama keluarga terus membina keyakinan,

“Hasil istikharah yang baik ialah apabila kita diuji dengan pelbagai ujian hasil keputusan itu kita tidak pernah menyesali malahan kita semakin positif bahawa itulah jalan yang harus ditempuhi, terus yakin yang Allah itu sedang merencanakan yang terbaik utk hambaNya..”

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Persetujuan yang dicapai antara dua keluarga ini membawa kepada satu keputusan

ijab qabul pada 24 Jun 2012 ini…

Mak, abah, ibu dan abah semua setuju walaupun hakikatnya mak sangat berat untuk melepaskan puteri sulungnya..

Allah, kau yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaMu

 

Dengan ini, selamat datang ‘amanah baru’ dalam hidup ini..

Ahlan wasahlan..

Semoga Allah merahmati..

 

—————————————————————————

 

Cite budak2 di dalam hati ade Taman Main2 :p

…ape benda la yg kakak ni dok pegang, lepas tu arah kt muke aku pulak….
#itu dia DSLR :p

untuk gambar2 kt bawah ni nk view lagi besar, klik je kt gambar2 tu 🙂

Ramadhan 1432H + Aidilfitri 1432H + Kemerdekaan ke54 = Adunan Hebat!

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi penyayang..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jari jemari ini menari di keyboard setelah kesekian lamanya dibiar blog ini bersawang. Jadi sempena Hari Raya ni sy nk bersihkan la sawang-sawang kt sini pula setelah kepenatan bersihkan sawang di Baitul Rahman 😉

*my "hero" at home 😉

Ramadhan 1432H

Buat pertama kalinya setelah 3 tahun semenjak dari zaman SPM dulu sampai Ramadhan kali ini, sebulan berpuasa di tempat belajar, atau dalam erti kata lain hanya beberapa hari berpuasa di rumah bersama keluarga.

mak 🙂

Alhamdulillah kali ini diberi kesempatan untuk berbakti kpd ahli keluarga tapi dalam masa yang sama gerak kerja dakwah tidak ditinggalkan. Mak yang ketika ini sakit-sakitnya menyerang menyebabkan banyak perkara di rumah harus dibuat oleh sy dan adik-adik dimana kami sedikit-dikit belajar berdikari sendiri.

Bermulalah di Lorong Takwa...

Teratak abah yang unik ini di Lorong Takwa merupakan sebuah madrasah yang banyak mengajar erti kehidupan. Disinilah bermula segala-galanya. Usrah. Tarbiyah. Kehidupan. Politik. Usrah Lrg Takwa banyak mengawal kehidupan dalam perjalanan pentarbiyahan diri, hanya sahaja kadang-kadang kami malas-malas. Tika itu mungkin kami tidak memahami kepentingan usrah itu sendiri. Sebab itu, jika anda sebagai naqib/ah terapkan dalam diri adik2 usrah akan kepentingan yang usrah itu sangat-sangat penting! 🙂

Ya Allah, berkatilah Ramadhan kami…


Syawal 1432H

Smga kita semua terus Istiqamah 😉

Baru 4 jam melangkah ke Syawal, takbir raya bergema dimana-mana. Deringan mesej Mohon Maaf bertubi2. Status FB update-update mengucapakn selamat hari raya. Sibuk semuanya dengan baju raya mana nk pakai esok. Sibuk juga dengan kuih raya. Tapi berapa ramai kah yang terus istiqamah melafazkan, menzahirkan rasa kesyukurannya dalam meraikan kemenangan di bulan Syawal ini? Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan untuk memproses melatih diri supaya lebih baik, maka jgnlah sia-siakan usaha-usaha itu..jom sama2 semua terus istiqamah dalam amalan2 kita, bukan setakat istiqamah. Tetapi penambahbaikkan harus dilakukan. Ya, ISTIQAMAH dan ILTIZAM!

Sambutlah raya dengan penuh tanda kesyukuran dengan nikmat-nikmat yang Allah hidangkan.

Ya Allah ya latif, lembutkanlah dan tetapkanlah hati-hati ini dalam terus melaksanakan perintahMu dan terus meninggalkan laranganMu.. sambutlah tangan kami, jangan Kau biarkan kami terkapai-kapai dalam dunia fana ini..

Kemerdekaan Malaysia ke-54

Bebas bagimanakah yang dimahukan?

Kebebasan. Freedom. atau seumpamanya. Semua orang mahu bebas. Mahu keseronokan. Tahu dosa tahu pahala, tapi masih terus melakukan dosa. Nauzubillah… ramai yang belum bebas dari menjadi hamba kepada dirinya dan dunianya. Iman dihati wajib diperbaharui setiap masa, takutlah kita akan azab Allah..

Kemerdekaan adalah satu nikmat, maka ramai yang hanyut dengan nikmat. Tidak mampu untuk terus bersyukur dengan nikmat. Selalu sahaja manusia mudah lupa. Lupa Diri. Lupa asal usul yang hanyalah dari air yang tidak punyai erti apa, manusia lupa yang dia hanyalah dari sekumpal tanah lalu ditiupkan roh..tanah yang dia pijak hari-hari.

Ya, dari situlah kau berasal..Allahu rakbi, aku sedih dengan apa yang telah ditinggalkan, aku sedih meninggalkan Ramadhan. Tapi! aku lagi sedih andai Kau tidak mengampuni kami… aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang sia-sia.

* * * * * * *
Janganlah rasa kau sudah hebat, kau sudah besar. Heh, hebat sangat kah? Makan minum tempat tinggal pun masih ditanggung mak ayah, hebatkah kau hidup didunia ini, jika Allah tidak mengizinkan kau bernafas di ruang udara ini, tak ada maknanya kau boleh terus bernafas? Ha, terdiam kau. Kau tau perkara itu salah, kau dah janji pada ayah yang kau akan jadi anak yang baik. Tapi, mengapakah kau mengingkarinya? Tak takut kah? Tak takut kah? Tak takut kah? dengan azab Allah?

“Ya, aku tak takut pun! Yang kau sibuk kacau hidup aku kenapa?”…..pergi lah!! sibuk je!

Hey2, kau ingat aku tak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kau buat? Kau saudara seislam aku, aku bakal disoal nanti! Andai aku tidak masuk campur terhadap kemaksiatan yang kau buat, kau akan menarik aku masuk neraka! Kau nk bertaubat tak? Cepat! Bangun sekarang!!

* * * * * * *

Nah, Janganlah rasa kebebasan dalam melakukan maksiat
janganlah rasa kebebasan dalam perkara larangan
Inilah kebebasan untuk anda BEBAS..BEBAS menemui jalan ke neraka jahaman..
Nauzubillah..

Ambillah, ambillah nikmat kebebasan ini dalam syaritNya.
Kemanisan abadi dan hakikat fitrah sebenar manusia pasti kau kecapi..
Maka kau akan BEBAS..BEBAS dari dikawal, dijajah oleh apa-apa sahaja yang menganggumu untuk mencari ke jalan-jalan ke syurgamu…

Sudah-sudahlah kemerdekaan Malaysia kali ke-54,
jangan ada yang terus berselindung disebalik kecanggihan teknologi,
jangan ada yang terus berselindung disebalik kehebatan media!
Muak sudah aku.

Hanya sahaja mereka yang masih tidak membutakan mata hati mampu untuk menilai semua yang berlaku..
Marilah semua, kita menjadi orang yang beruntung hasil Ramadhan, orang yang berjaya di bulan Syawal dan orang yang merdeka jiwa dan raga dari dijajah dan dikawal oleh anasir-anasir yang menghalang kau untuk terus bebas dalam mencari keredhaanNya…

Semoga adunan Ramadhan 1432H + Aidilfitri 1432H + Kemerdekaan ke54 mampu menjana diri kita semua ke arah yang lebih baik! -Creating New Future With This Formulae!-

Allah..Allah, hanyalah Dia yang berhak kau sembah. Dia sahajalah yang berhak atas segalanya..

Aku hamba Allah
Yang sentiasa mencari keredhaan Allah
-kubin ulul albab…
-1.40am

ATOK, insan berjiwa besar..

salam mahabbah buat semua, terutamanya sepupu2ku..



buat tatapan korang semua..

Bismillahirrahmanirrahim, smoga Allah menempatkan atok dlm kalangan org2 yg beriman..
tibe2 pg ni lancar jari-jemari ini menulis perkongsian ini, mesin yg Allah berikan pun cepat shj berfikir…

Sedang lepak2 kat katil atok, xtw knapa suke duduk stu.

Imam Ali as berkata kepada Hammam: “Khalik, agung dalam jiwa mereka dan kecil selain Khalik” (Nahjul Balaghah, khotbah 193). Maksudnya, karena Allah pada jiwa mereka adalah agung dan selain-Nya, apa pun itu, adalah kecil.

Berjiwa besar, impian yang tinggi, dan usaha yg bersungguh-sungguh. Inginku mencontohi sikap2 atok, cme kemalasan yg menebal shj yg memyebabkannya tehalang. Sudah tiada didepan mata, baru menyedari kehilangannya….

Kisah silam yg pahit mengajar erti kesusahan, di jadikan pengajaran buat anak cucunya. Di sini diri ini ingin berkongsi serba skit tntang atok, mungkin tak ramai yg tau, diri ini yg pandai2 korek rahsia, pada mase tu memang tertunggu2 cerita dari atok, menangis mdgrnya..dekat dgn Allah bila duduk dgn atok. alhamdulillah…

Arwah atok Saimah Urip mempunyai seorang suami namanya atuk sulaiman bin mohd amin. Arwah atok sulaiman meninggal dunia dgn izin Allah krn org mendengkinya, atok sulaiman ketika itu menjadi iman di surau kampungnya, disebabkan perasaan PHD (Perasaan Hasad Dengki) yg ade dlm diri manusia menapak dlm diri org itu..

oleh itu, marilah kite renung kembali apa yg Syeikh Abdulkadir Al Jailani berikan tentang beberapa panduan tentang bagaimana untuk menghindari “PHD”. Dibawah adalah panduan dari beliau:

Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik dari kita.

Ucapkanlah di dalam hati :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika kita bertemu anak kecil,

Ucapkanlah di dalam hati :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika kita bertemu orang yang lebih tua,

Ucapkanlah di dalam hati :

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika kita bertemu dengan seorang yang berilmu,

Maka ucapkanlah di dalam hati:

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika kita bertemu dengan seorang yang bodoh,

Maka katakanlah di dalam hati :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika kita bertemu dengan orang kafir,

Maka katakanlah di dalam hati :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Dek krn ada org kampung yg hendak akan kuasa dan perasaan dengki sesama manusia menyebabkan nafsu menguasai diri, perantaraan menggunakan makhluk lain dijadikan bahan utk melepaskan dendam, smoga org itu diampunkan Allah. Tak nak bercerita lagi detail, biarlah yg lepas berlalu, ambillah sebagai pengajaran. Akhirnya, atuk sulaiman meninggal dunia pada malam hari semasa anak bongsunya baru berumur 6 bln (pak usu sabirin). Sewaktu tu menitik air mata ni, tp atok tetap tenang dan org yg buat perkara itu pada akhirnya menangis melihat atuk sulaiman meninggal dunia. x tau knapa..mungkin rasa bersalah..

Tidak berakhir disitu ceritanya, ada pula org lain yg dengki dgn arwah atok saimah, mcm2 dibuat. Fitnah dll…dgn kesusahan hidup menanggung 9 org anak yg masih belajar dan kecil2. atok tabah menghadapinya, dan sampai sekarang teringt2 kata-kata atok

” Azizah, atok ni mendoakan supaya anak-anak, cucu cicit atok tak diuji mcm atok ni”..nmpak gayanya ketika itu bnyk lagi perkara yg tidak diceritakan, redup wajahnya, tabah jiwanya.

gmbr dari abg taqi, (http://www.flickr.com/photos/masterpiecestudios/) thanks..

Dan sedikit pesanan atok, selalulah amalkan surah al-kahfi, krn surah al-kahfi menjadi pendinding diri kita dari sebarang buatan manusia, atok kata mase tu, dah xtau nk berubat mcm mana, macam2 dah buat… yg igt salah satunya, ‘alin’ ( satu kaedah mengeluarkan benda tak baik dari badan dgn menggunakan tepung ubi, digaul sedikit dgn air dan selawat) keadah itu kalu dibuat pada org yg betul2 ‘sakit’, tepung itu akan menarik benang2 dlm badan si pesakit, warna warni benang tu, benang2 itu dikatakan benda2 yg tak baik yg menyebabkn badan jd lemah. w’alam….dan atok kata, semenjak dia mengamalkan surah al-kahfi, gangguan2 itu sudah berkurangan, maka marilah kita amalkan surah al-Kahfi..

banyak amalan atok yg bermanfaat utk dirinya dan org lain, suka buat usrah..dan dialah org yg paling suke bile nak berusrah. Buku yg selalu digunakan, nasihat agama dan wasiat iman yg di tulis oleh Imam Habib Abdullah Haddad hadiah dari makcik tengku di MATRI..smoga bahagia atok disana…walaupun lemes* (penat) tetap dia nk buat. Suka ikut abah pergi dgr kuliah di markas…rindu disaat itu

Baru sebentar tadi, mak biah bercerita yg dia sgt rindu dgn arwah atok, dan terlampau rindu sekali dgn perasaan ralat tak berada bersama-sama disaat-saat nafas-nafas terakhir atok.

“smlm cik bi berehat sambil terfikir, mak aku di sana tu mcm mana la keadaannya, perilah petunjuk kpdku ya Allah” mak biah bermonolog.

akhirnya, mak biah bercerita menggambarkan betapa tenang dan sejuknya perasaan..mak biah mcm terlena sekejap kat atas kerusi, tapi tak tidur. Tenang sgt perasaan katanya, seolah-olah dia berada dekat dgn atok..Allah memberi petunjuk…alhamdulillah

akhir sekali, sebelum jari berhenti menari. atok ni pandai buat org tertnya2..
terigt pesanan atok, mase tu atok ckp serious, diri ni je buat tak tau dan main2, je la bdk2 lg kot..


“Lepas solat jgn lupe mintak berdoa kpd Allah supaya dikurniakan jodoh yang baik lagi beriman”

keh2, skarang baru tau kenapa.. (^_^)~
terima kasih atok

smoga bermanfaat utk semua, maaf atas kekurangan dan segala kebaikkan itu milik Allah, maka kpd Allah lah kembalinya…

Sedikit catatan semasa Konvensyen Pendakwah Muda ( WEHDA H’ 09)

Alhamdulillah pd 22-25 November yg lalu, ana dan beberapa orang sahabat dapat menghadiri WEHDAH’ yang dibuat di USIM, ana akan meringkaskan pengisian yang diperolehi dari konvensyen ini supaya sahabat semua yang tak dapat hadir tahu serba ringkas tentang pengetahuan hasil pembentangan dari pendakwah-pendakwah yang hebat dan pekembangan dakwah di alam kampus berdasarkan bengkel-bengkel yang disediakan.
Pada pagi 23 November ada satu ucaptama konvensyen, tapi ana tak dapat hadir sebab baru bertolak ke sana, sampai-sampai je dah nak masuk slot wacana satu bertajuk ‘Sikap sosial’ di sidang pleno 2, ada tiga orang pembentang untuk perbincangan ini, Ust Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed dari pendakwah JAIS, membawa tajuk ‘Kesedaran Berdakwah kepada Yang Belum Islam’. Pembentang Kedua ialah Pn Romawati Zainal, pengurus Raudhatus Sakinah membawa tajuk ‘cabaran : Mehnah & Tribulasi Dakwah’. Pembentang ketiga pula ialah Ust Abd Haris Bain, pengarah World Assembly of Muslim Youth ( WAMY) membawa tajuk ‘Persiapan para pendakwah muda’.
Sebenarnya, dakwah dan islah mempunyai takrifan yang berbeza, dakwah ialah seruan al-Haq kpd yg belum Islam, mengajak orang masuk Islam, manakala Islah adalah memperbaiki diri dan masyarakat menjadi muslim sejati, membentuk insan kearah soleh wa musleh. Kewajipan berdakwah itu jatuh wajib dari sudut prinsip ( al-Hasyr:7) Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Wajib juga disebabkan perintah nas syarak ( Al-maidah 5 : 67) Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. Berdakwah dan Islah jatuh wajib atas dasar darurat kerana umat Islam hari ini terlalu kritikal dan mendesak kedua-dua kegiatan ini dilakukan. WAKE UP OH UMMAH! keadaan umat mengikut statistik dari 1999-2001 menunjukkan sejumlah 53 309 org anak luar nikah menjadi rebutan pihak gereja. Bangunlah dari tidur yang mamai-mamai wahai ummah!

Ketahuilah sahabat semua, ganjaran berdakwah itu sangat besar, rujuk surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Mari kita buat kira-kira,
1 biji benih = 7 tangkai = 700 biji
RM 1 = cukup haul = RM 700
% Keuntungan = 700 x 100 % = 70 000 %
Maka, JOM HEBOH!!! HEBOH BERDAKWAH.
blum habis lagi,, bersambung

Dekatilah adik-adik anda…

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesibukan dengan kehidupan seharian di kampus seringkali membuatkan kita terlupa seketika perihal adik-adik dirumah. Membahagi masa utk mereka merupakan satu kepentingan, kenapa?? seringkali sy terfirkir, aku dok buat keje kat luar, tapi adik2 kat rumah ape nak jadi?? Jadi, sy menyeru kepada kakak dan abang yang mempunyai adik-adik dirumah, selidiklah ape yang mereka buat, dengan siapa mereka berkawan, bukan niat untuk menyibukkan diri, tapi itu merupakan peranan kita terhadap mereka.

Mereka merupakan aset yang berharga utk Islam, kita sebagai kakak/abang harus mendekati mereka dengan cara yang paling sesuai dengan cara dan gaya mereka. Jika adik kita itu jenis yang otai-otai, kite buat otak gile-gile skit, bak kata kawan sy, jadilah ikan dilautan yg masin, tp isinya tidak masin. Cubalah cari jalan, terowong hati yang membolehkan kita masuk dgn mereka, cubalah korek seberapa banyak yang mungkin rahsia mereka, pasti anda akan mendengar cerita-cerita yang diluar jangkaan kita. Contoh pengalaman sy sendiri, ada adik sy pernah bercerita pd sy yg dia pernah join budak-budak gengster sekolah. huh, terperanjat gak. Dia ckp, “aq dulu ikut budak-budak gengster kat sekolah, tp sekarang aq dah baik lah,”
“Kalau ade budak2 cari gaduh dgn geng korang, korang buat ape?” sy bertanya
“kiteorg larilah!”
Tapi alhamdulilllah, sekarang dia dah makin ok..macam-macam lagi cerita yg sy dgr, cubalah anda korek2 rahsia dan cerita-cerita mereka, yg lucu pun ade..
yang penting apa yg sy nak sampaikan kat sini, betapa pentingnya kita mengetahui rahsia dan cerita hidup mereka, sbb kalau mereka dah masuk dgn kita dan mereka mempunyai rasa kepercayaan terhadap kita utk meluahkan masalah mereka secara tdk langsung, kita dpt mengawal mereka. Jadikan adik2 kita sebagai sahabat yg dlm susah dan senang.

w’alam