Ramadhan 1432H + Aidilfitri 1432H + Kemerdekaan ke54 = Adunan Hebat!

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi penyayang..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jari jemari ini menari di keyboard setelah kesekian lamanya dibiar blog ini bersawang. Jadi sempena Hari Raya ni sy nk bersihkan la sawang-sawang kt sini pula setelah kepenatan bersihkan sawang di Baitul Rahman😉

*my "hero" at home😉

Ramadhan 1432H

Buat pertama kalinya setelah 3 tahun semenjak dari zaman SPM dulu sampai Ramadhan kali ini, sebulan berpuasa di tempat belajar, atau dalam erti kata lain hanya beberapa hari berpuasa di rumah bersama keluarga.

mak🙂

Alhamdulillah kali ini diberi kesempatan untuk berbakti kpd ahli keluarga tapi dalam masa yang sama gerak kerja dakwah tidak ditinggalkan. Mak yang ketika ini sakit-sakitnya menyerang menyebabkan banyak perkara di rumah harus dibuat oleh sy dan adik-adik dimana kami sedikit-dikit belajar berdikari sendiri.

Bermulalah di Lorong Takwa...

Teratak abah yang unik ini di Lorong Takwa merupakan sebuah madrasah yang banyak mengajar erti kehidupan. Disinilah bermula segala-galanya. Usrah. Tarbiyah. Kehidupan. Politik. Usrah Lrg Takwa banyak mengawal kehidupan dalam perjalanan pentarbiyahan diri, hanya sahaja kadang-kadang kami malas-malas. Tika itu mungkin kami tidak memahami kepentingan usrah itu sendiri. Sebab itu, jika anda sebagai naqib/ah terapkan dalam diri adik2 usrah akan kepentingan yang usrah itu sangat-sangat penting!🙂

Ya Allah, berkatilah Ramadhan kami…


Syawal 1432H

Smga kita semua terus Istiqamah😉

Baru 4 jam melangkah ke Syawal, takbir raya bergema dimana-mana. Deringan mesej Mohon Maaf bertubi2. Status FB update-update mengucapakn selamat hari raya. Sibuk semuanya dengan baju raya mana nk pakai esok. Sibuk juga dengan kuih raya. Tapi berapa ramai kah yang terus istiqamah melafazkan, menzahirkan rasa kesyukurannya dalam meraikan kemenangan di bulan Syawal ini? Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan untuk memproses melatih diri supaya lebih baik, maka jgnlah sia-siakan usaha-usaha itu..jom sama2 semua terus istiqamah dalam amalan2 kita, bukan setakat istiqamah. Tetapi penambahbaikkan harus dilakukan. Ya, ISTIQAMAH dan ILTIZAM!

Sambutlah raya dengan penuh tanda kesyukuran dengan nikmat-nikmat yang Allah hidangkan.

Ya Allah ya latif, lembutkanlah dan tetapkanlah hati-hati ini dalam terus melaksanakan perintahMu dan terus meninggalkan laranganMu.. sambutlah tangan kami, jangan Kau biarkan kami terkapai-kapai dalam dunia fana ini..

Kemerdekaan Malaysia ke-54

Bebas bagimanakah yang dimahukan?

Kebebasan. Freedom. atau seumpamanya. Semua orang mahu bebas. Mahu keseronokan. Tahu dosa tahu pahala, tapi masih terus melakukan dosa. Nauzubillah… ramai yang belum bebas dari menjadi hamba kepada dirinya dan dunianya. Iman dihati wajib diperbaharui setiap masa, takutlah kita akan azab Allah..

Kemerdekaan adalah satu nikmat, maka ramai yang hanyut dengan nikmat. Tidak mampu untuk terus bersyukur dengan nikmat. Selalu sahaja manusia mudah lupa. Lupa Diri. Lupa asal usul yang hanyalah dari air yang tidak punyai erti apa, manusia lupa yang dia hanyalah dari sekumpal tanah lalu ditiupkan roh..tanah yang dia pijak hari-hari.

Ya, dari situlah kau berasal..Allahu rakbi, aku sedih dengan apa yang telah ditinggalkan, aku sedih meninggalkan Ramadhan. Tapi! aku lagi sedih andai Kau tidak mengampuni kami… aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang sia-sia.

* * * * * * *
Janganlah rasa kau sudah hebat, kau sudah besar. Heh, hebat sangat kah? Makan minum tempat tinggal pun masih ditanggung mak ayah, hebatkah kau hidup didunia ini, jika Allah tidak mengizinkan kau bernafas di ruang udara ini, tak ada maknanya kau boleh terus bernafas? Ha, terdiam kau. Kau tau perkara itu salah, kau dah janji pada ayah yang kau akan jadi anak yang baik. Tapi, mengapakah kau mengingkarinya? Tak takut kah? Tak takut kah? Tak takut kah? dengan azab Allah?

“Ya, aku tak takut pun! Yang kau sibuk kacau hidup aku kenapa?”…..pergi lah!! sibuk je!

Hey2, kau ingat aku tak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kau buat? Kau saudara seislam aku, aku bakal disoal nanti! Andai aku tidak masuk campur terhadap kemaksiatan yang kau buat, kau akan menarik aku masuk neraka! Kau nk bertaubat tak? Cepat! Bangun sekarang!!

* * * * * * *

Nah, Janganlah rasa kebebasan dalam melakukan maksiat
janganlah rasa kebebasan dalam perkara larangan
Inilah kebebasan untuk anda BEBAS..BEBAS menemui jalan ke neraka jahaman..
Nauzubillah..

Ambillah, ambillah nikmat kebebasan ini dalam syaritNya.
Kemanisan abadi dan hakikat fitrah sebenar manusia pasti kau kecapi..
Maka kau akan BEBAS..BEBAS dari dikawal, dijajah oleh apa-apa sahaja yang menganggumu untuk mencari ke jalan-jalan ke syurgamu…

Sudah-sudahlah kemerdekaan Malaysia kali ke-54,
jangan ada yang terus berselindung disebalik kecanggihan teknologi,
jangan ada yang terus berselindung disebalik kehebatan media!
Muak sudah aku.

Hanya sahaja mereka yang masih tidak membutakan mata hati mampu untuk menilai semua yang berlaku..
Marilah semua, kita menjadi orang yang beruntung hasil Ramadhan, orang yang berjaya di bulan Syawal dan orang yang merdeka jiwa dan raga dari dijajah dan dikawal oleh anasir-anasir yang menghalang kau untuk terus bebas dalam mencari keredhaanNya…

Semoga adunan Ramadhan 1432H + Aidilfitri 1432H + Kemerdekaan ke54 mampu menjana diri kita semua ke arah yang lebih baik! -Creating New Future With This Formulae!-

Allah..Allah, hanyalah Dia yang berhak kau sembah. Dia sahajalah yang berhak atas segalanya..

Aku hamba Allah
Yang sentiasa mencari keredhaan Allah
-kubin ulul albab…
-1.40am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s