Ikan Oh Ikan…


Nampak saya tak? Tolong keluarkan saya dari sini! Saya tak nak berada dalam genggaman ini!!


Alhamdulillah, saya dah lepas. Saya tak nak jadi hamba kepada manusia, tak nak juga jadi hamba kepada dunia, sbb saya tgk ramai manusia kt luar sana secara tak sedar jadi hamba kepada manusia, hamba kepada dunia hanya disebabkan nafsu menjadi Raja. Sebab saya tau, saya adalah hamba abdi hanya kepada Allah

#saya sedang melihat diri saya dihadapan cermin,, saya sentiasa mahu muhasabah diri agar hari ini lebih baik dari semalam🙂


Adakah saya mampu menjadi seperti sekumtum bunga yang kembang mekar dengan cantik sehingga mampu menghiasi alam ini? Kembangnya tersusun, baunya wangi harum, cantiknya mendamaikan dan tumbuh besarnya menyenangkan? *_*


Kesilapan pada hari ini, kejahilan pada hari ini dan kegelapan serta kemalapan pada hari ini mesti diperbetulkan. Saya harus sentiasa belajar dan terus belajar utk memperbaiki kejahilan dan saya harus menyinari hidup saya dengan Nur dari Allah…


Ya, jika kita sentiasa berusaha tanpa putus asa walaupun kadang-kadang lelah..letih dan penat tapi yakin dan percayalah bahawasanya Allah tidak akan mengaturkan hidup kita ini dengan sia-sia. Pasti ada hikmah yg tersirat,,maka belajarlah lagi utk memahami supaya yg tersirat jadi yg tersurat =)

# Perhatikan! Saya sekarang disinari Nur…bercahaya dan bersinar berbanding gambar saya sebelum ini..syukur alhamdulillah


Eh, ada panggilan disana! Saya kene bertindak sekarang. Orang yang berjaya tidak pernah menangguhkan kerja-kerjanya. Tiada istilah m.a.l.a.s dalam kamus kehidupannya.. tibe2 teringat kata-kata seorang adik ni, “kak, orang Islam mane boleh cakap ‘eee, malasnye’ kan kak?”, Ya, orang Islam itu tak boleh malas, orang Islam harus rajin. Bukan setakat rajin, tapi orang Islam itu harus pandai, bijak dan cerdik supaya tidak ditindas.


Okey, jadi ape saya nak buat sekarang?


Ha, nampak tak buku depan mata tuh? Ape lagi, buka dan baca. Jangan lupa berguru dengan guru yang sahih. Kalau kita berguru dengan buku sahaja ia ditakuti berguru dengan Syaitan. Okey la, tp sy nak baca dulu..

Alhamdulillah..Saya bersyukur sbb saya masih hidup dlm penjagaan Allah. Saya masih lagi boleh membaca, menulis dan yang paling penting sy masih boleh mengingati siapa saya, dari mana saya dilahirkan dan dari mana saya dihidupkan .. dan tujuan hidup saya > MARDHATILLAH

Tukang Karut: Azizah Qosamah
Lokasi: Kubin ulul albab
Masa: ..yang tlh berlalu..
Gambar: ..it’s juz testing using Nikon D3100~

*Ikan ini tidak mengutuk dan tidak memceritakan sesiapa pun, ia tidak ada kene mengena yang masih hidup atau pun yang telah mati. Di terbitkan hanya utk dijadikan pengajaran. Semoga ia bermanfaat! (^_^)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s