Hasil Perjanjian Hamas-Fatah Berkuat Kuasa 10 Hari Lagi

Pemimpin kanan Fatah, Nabeel Sha’at berkata hasil perjanjian damai antara dua kumpulan Palestin yang bertelagah, Fatah dan Hamas pada 4 Mei lepas, akan berkuat kuasa dalam masa 10 hari lagi.

Anggota Jawatankuasa Pusat Fatah itu berkata usaha untuk menghidupkan semula perjanjian damai itu adalah inisiatif Mesir.

Kedua-dua puak Palestin tidak pernah mengadakan rundingan sebelum persetujuan damai itu, sekali gus menamatkan perselisehan selama empat tahun antara kedua-dua puak utama Palestin itu.

Beliau berkata tiga langkah, yang dipersetujui kedua-dua puak yang menandatangani perjanjian damai itu di Kaherah, akan dilaksanakan dalam masa 10 hari atau lebih cepat.

Ia antara lain meliputi pembentukan sebuah kerajaan baru, menamakan pucuk pimpinan sementara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan membebaskan tawanan Hamas dan Fatah daripada kedua-dua belah pihak.

Bercakap kepada petugas media di Tebing Barat, Sha’at turut menjelaskan tentang senario perubahan yang berlaku di rantau Timur Tengah telah mempercepatkan perdamaian di antara kedua-dua kumpulan itu.

“Hari ini bukan seperti semalam. Konflik ketenteraan antara Hamas dan Fatah telah berakhir. Setiap orang kini menyedari akan akibat buruk perpecahan ini. Perceraian ini menyedarkan kami akan kebaikan perkahwinan,” katanya.

Sha’at berkata beliau tidak bimbang sama ada Pihak Berkuasa Palestin (PBP) akan dapat menseimbangkan kewajiban pematuhan keselamatanya kepada Israel, iaitu menghadapi serangan ketenteraan Palestin terhadap Israel dengan kewajbannya kepada Hamas untuk menghentikan penyelarasan keselamatan bersama Israel.

Beliau menjelaskan bahawa perjanjian politik antara Hamas dan Fatah melarang penggunaan kekerasan, dan pada masa sama membenarkan perjuangan lazim mereka.

Sha’at turut berbicara tentang langkah untuk membuka sempadan Rafah untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Beliau berkata lintasan itu akan dibuka dengan kerjasama pihak berkuasa Mesir, Hamas dan PBP.

“Langkah ini akan meringankan penderitaan mereka kerana ia akan membolehkan bekalan makanan dan ubat-ubatan dibawa masuk,” kata pemimpin sekular itu.

Sha’at, 73, meninggalkan Gaza selepas Hamas merampasnya daripada puak bertentangan pada 2007. Namun, beliau melawat semenanjung itu pada 2009, satu-satunya pemimpin daripada Fatah yang berbuat demikian ketika ia masih dalam kawalan Hamas. Beliau merupakan Menteri Luar Palestin pada 2003.

– Semenanjung Gaza, 10 Mei 2011

dari: Iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s