Kenapa dia ucapkan Takziah plak bile ko pegang jawatan??

Bismillah..

Berebutlah minggu ini pelbagai persatuan untuk membuat AGM bagi melantik kepimpinan baru. Semoga amanah itu dilaksanakan sebaiknya.

Point utama yg sy nak sentuh disini adalah
TAHNIAH dan TAKZIAH

“Kenapa dia ucapkan Takziah plak bile ko pegang jawatan??” kata A kpd B. Si B kawan baik saya ditanya oleh kawan-kawan yg lain bila sy mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kpd B.

ya, kenapa ye?
hurrm, bkn nye tu ucapan utk org yg sakit atau dapat musibah je…ape la, bagi ucapan takziah plak..orang ckp tahniah la

Ok, jom kita fahami erti sebenar takziah.

Mmg kelaziman org akan mengucapkan takziah ketika sesuatu musibah menimpa saudara yang lain, Takziah adalah salah satu contoh akhlak yang mulia yang dapat menzahirkan kasih sayang seorang muslim terhadap saudaranya yang lain. Ianya merupakan satu amalan untuk menenangkan perasaan seseorang yang ditimpa musibah kematian dan meringankan kesedihannya iaitu dengan menyebut-nyebut sesuatu yang boleh menghiburkan hatinya.

Tapi, ketahuilah kenapa dpt jawatan juga boleh dikatakan musibah, musibah itu sudah menanti anda..
Kenapa??? sbb bila anda tidaK amanah, nerakalah tmptnya, munafiq jwpannya. Jadi. buatlah sehabis baik amanah yg tlh diberikan.

“Tidaklah seseorang lelaki memimpin sepuluh orang, kecuali ia akan didatangkan
dalam keadaan tangan yang terbelenggu pada hari Kiamat. Keadilan yang ia
lakukan akan melepaskannya dari ikatan,
atau kezalimannya akan menjadikannya celaka.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra, 10/96)

Mengucapkan takziah hukumnya adalah sunat, kerana ia termasuk di antara perkara menyuruh kepada kebaikan dan menegah daripada kemungkaran. Sebagaimana juga, ianya adalah termasuk di antara perkara bertolong-tolongan dalam kebajikan dan taqwa.

W’alam…buat yg tertanya-tanya,,,smoga dpt membantu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s