Kasih itu mematikan langkah??

Salam mahabbah buat semua,
Tiada kasih sayang yang abadi melainkan kasih dan sayang kepada Allah,
Dan kasih sayang mak abah adalah yang tidak ternilai harganya, syg mak, syg abah…

Bukan nak buat satu kontroversi, tetapi ingin berkongsi pendapat.

Mengapa KASIH SAYANG itu mematikan langkah, menghauskan semangat perjuangan dan membina jurang yang sangat dalam?
Terkena secebis pada diri ini…

“ Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak mau mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari” ( Saidina Ali)

Kite memang tidak lari dari masalah-masalah yang melanda dalam persahabatan…rasa terpinggir…rasa tak berguna….rasa menyampah…rasa letih bile berjumpa…rasa sakit hati..dan macam2 lagi. Dan yang paling parah sekali, bile anda mendengar kata-kata belakang org berkata tentang keburukan sahabat anda, lalu anda terus percaya tanpa bertanya dulu pada sahabat anda tentang perkara sebenar…

Ana sangat sedih bile ada sahabat yang begini, EMOSI yang melampau…call-call trus marah2. Tapi ana melihat dari sudut positifnya, mungkin dia juga dalam keadaan tertekan time tu, Marilah kite cube ber’husnazon’..urm, kadang-kadang masa yang menjadi penawarnya…dan yang paling penting, berdoa agar Allah membuka hatinya untuk lebih memahami diri kite dan anda juga harus berusaha untuk memahami dia, berusaha menjalinkan kemesraan yang disulami ketaqwaan.

Tapi jika anda sudah puas berusaha kearah itu, tetapi tidak berhasil juga…jgn putus asa..
Sebab nak memahami seseorang itu bukan senang, walaupun kite dah lame mengenalinya.
Berlapang dada adalah cara ‘mee segera’ dan cara yg paling senang utk mengelakkn masalah lagi besar, tapi dgn hanya berlapang dada masalah tidak akan selesai. Jadi, cuba lah utk mencari jalan penyelesaiannya.
Jangan terlalu ber’uzlah’, jauh dan lari terus dari sahabat-sahabat.. Maaf jika ana berkata, anda tidak bijak dengan menjauhkan diri dengan sahabat bila anda diuji. Langkah yang paling tidak bijak apabila anda terus menerus menjauhkan diri dari sahabat. Cubelah cari orang yang mampu kite berbincang untuk membantu kite menyelesaikan masalah…

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
-Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya

Dan bila mana, kite rasa menyampah…rasa asyik tak puas hati, muhasabah diri balik. Kadang-kadang Allah menegur kite dengan cara menguji persahabatan kite dengan sahabat..w’alam..mohon maaf jika ade yang terasa, tapi isu ni jika anda tidak kawal dan tidak berusaha untuk memahami, ia akan menjadi lebih parah dan serious.

-Memahami masalah juga merupakan jalan penyelesaian-Dr Dzul

jika ana tak silap, Dr Dzul bagi tips. Dan dalam usaha memahami masalah, lontarkan segala ape yang berserabut dalam minda, mintak pendapat dan buah idea dari orang-orang yang boleh dipercayai… dan satu perkara yg paling penting ialah bacalah doa rabitah selalu dan membayangkan wajah sahabat anda. InsyaAllah, Allah selalu membantu hambaNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s