Sedikit tentang GHULU

“O People of the Kitaab! Do not commit ghulu’ (excess) in
your Deen and do not speak about Allah, except the Haqq (truth).”
(Surah Nisaa, aayat 171)


APAKAH ITU GHULU?

Daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Pada Hari ‘Aqabah, Rasulullah s.a.w bersabda kpdku ketika
baginda berada diatas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah
al-‘Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil utk baginda yg kesemuanya sebesar biji kacang.
Apabila aku meletakkannya ke tangan baginda, baginda pun bersabda: ‘Ya sebesar ini! Jauhilah
kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnyaal-Ghulu telah membinasakan mereka
yang sebelum kamu (diriwayatkan oleh al-Nasai, Ibn Majah dan Ahamd)

MAKSUD GHULU

Perkataan ghulu dalam bahasa arab bermaksud melebihi kadar dalam setiap sesuatu. Adapun ghulu
dalam beragama sprt kata Ibn Athir (w.606H) bermaksud at-Tasyaddud fiihi wa mujawazatul had,
iaitu terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas.

GHULU ADALAH JALAN KESESATAN

Islam adalah agama yang bersifat sederhana, hendaklah dipegang dgn kuat dan kukuh tetapi
yang dilarang ialah beramal dgn Islam secara melampaui batasan yang diperintahkan oleh Allah dan
Rasul-Nya sprt berkeras bukan pada tempatnya atau melebihi kadar yang disuruh. Ini adalah punca
kebinasaan.

Termasuk dalam ghulu ialah cuba menyelidiki sesuatu yang tidak patut sprt mencari illah sesuatu dalam
ibadah. Sikap yang dituntut dalam berpegang kepada Islam ialah al-I’tidal iaitu sederhana dengan
memenuhi tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak terlalu melampau dan tidak pula cuai.
Sikap yang melampau mahupun cuai adalah ajaran syaitan.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (w: 728H) berkata:
‘Sesungguhnya agama Allah ini adalam pertengahan antara yang melampau dan meninggalkannya. Allah
tidak memerintahkan hamba-hambaNya sesuatu melainkan Syaitan akan menggangunya dengan dua cara.
Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat(melampaui batasan yang
sepatutnya dalam beragama ) atau tafrit (cuai terhadap agama)

Pengajaran Semasa

1. Sikap melampaui batas dalam beragama menjadikan amalan Islam seseorang tidak seimbang. Seseorang yang melampau dalam ibadat individu akan menyebabkan tanggungjawab kekeluarga dan masyarakat terabai. Ini yang kita saksikan pada sesetengah kumpulan agama.

Demikian melampau dalam berakidah boleh menyebabkan timbul persoalan mengkafirkan golongan lain dengan mudah seperti Khawarij. Juga sikap melampau dalam berpolitik sekalipun dengan nama Islam boleh membawa seseorang menafsirkan semua urusan kaum muslimin dengan nada politik, sedangkan Islam luas, merangkumi akhlak, ibadah khususiah, keruhanian, hubungan silaturahim dan lain-lain. Inilah yang dinasihati oleh Salman kepada Abu Darda apabila isteri Abu Darda memberitahu bahawa Abu Darda hanya mementingkan akhirat dan melupai isterinya. Kata Salman kepada Abu Darda:

(maksudnya): Sesungguhnya bagi tuhanmu ada hak yang mesti kau tunaikan, bagi dirimu ada hak yang mesti engkau tunaikan dan bagi keluargamu ada hak yang mesti engkau tunaikan. Maka berikanlah setiap yang berhak itu haknya.” *10

2. Antara ghulu yang mesti dielakkan ialah sikap melampau dalam menghadapi musuh, sekalipun musuh itu menentang Allah dan RasulNya. Apabila Rasulullah menghantar Abdullah bin Rawahah untuk menilai hasil buah-buahan Yahudi Khaibar maka kaum Yahudi cuba merasuahnya agar berbelas simpati kepada mereka. Kata Abdullah bin Rawahah:

Adakah kamu semua ingin merasuahkanku wahai musuh-musuh Allah. Demi Allah kamu lebih aku benci dari kera dan khinzir dan Muhammad lebih aku kasih dari nyawa yang berada dalam tubuhku. Namun kebencianku kepada kamu dan kasihku kepada Muhammad tidak menghalangku untuk berlaku adil kerana Allah berfirman: alu dia membaca surah Maidah ayat 8 yg bermaksud

Wahai org-org yg beriman ! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana adil itu lebih dekat kepada Taqwa. Dan bertaqwalah kpd Allah, sungguh, Allah Maha teliti apa yg kamu kerjakan”

Justeru itu hendaklah kita adil dalam menilai golongan yang kita suka atau kita benci, individu yang kita suka atau yang kita benci. Janganlah sikap berpuak boleh membawa kita tersalah menilai mengukur diri dan pihak yang lain. Kasih kepada golongan agama juga tidak boleh melampaui batas. Golongan tarekat ramai yang tersesat menjadikan tokoh-tokoh agama sebagai perantaraan mereka dengan Allah kerana terlalu kasihkan mereka. Kasih kepada pimpinan umat Islam atau gerakan Islam juga tidak melampaui sehingga membenar semua kesilapannya. Benci kepada musuh juga tidak membolehkan kita menafikan kebenaran atau kebaikan jika mereka lakukan.

3. Golongan yang memegang agama melebihi apa yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya tidak berada di atas petunjuk Rasulullah S.A.W. Walaupun pada zahirnya nampak mereka ini kuat agama namun pada hakikatnya menyimpang daripada petunjuk Nabi S.A.W.


Baca lagi tentang GHULU

http://www.themajlis.net/Sections-article282-p1.html
http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/13/bahaya-al-ghulu/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s