Berita baik : Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI) telah ditubuhkan

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca.

Baru-baru ini, ana ada attend satu Kongres Perubatan Komplimentari Islam 2009 di UTM, Skudai dengan bertemakan “Islam sesuai Sepanjang Zaman” anjuran Institut Komplimentari Islam (IP-KI) dan Koperasi Usahawan Komplimentari Muslim Johor (KUSKOM). Niat dihati memang hendak pergi, akhirnya Allah permudahkan jalannya. Mula-mula ana tau ada rawatan ini melalui Ustaz Kamal, pengetua SMA(Arab) Kluang, Johor sebab temankan mak cik yang pergi buat rawatan.

Nak dipendekkan cerita, melalui cara perubatan komplimentari ini, kita mempelajari cara merawat sakit sekali gus mengetahui perkaitan setiap sesuatu kejadian dengan diri kita sendiri seperti rahsia disebalik warna spektrum alam dalam mengubat penyakit, rahsia pemakanan dengan tubuh badan kita dan macam-macam lagi, ana melihat inisiatif menubuhkan Institusi Perubatan Komplimentari ini merupakan satu perkembangan yang bagus kerana kita sering mendengar rawatan komplimentari Cina dan India, memang tidak dinafikan rawatan komplimentari Islam juga popular tapi kebanyakkan masyarakat hanya mengamalkannya untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir dsgnya, tanpa menyedari bahawa Islam juga mengajar umatnya untuk mengubat penyakit luaran menggunakan al-Quran dan Sunnah serta rahsia alam ciptaan Allah yang sangat luas ini. Maka, Rawatan Komplimentari Islam ini memulakan inisiatifnya untuk membuka mata masyarakat tentang cara rawatan sakit dengan cara Islam yang merangkumi seluruh cara keidupan kita. InsyaAllah

Salah satu matlamat Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i ) ialah Melahirkan masyarakat/ummah yang mempunyai kefahaman tentang kehidupan melalui Siri Pengajaran dan Pembelajaran yang sistematik berdasarkan kepada Seni Sains Insaniah melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi yang berkonsepkan praktisi Islamik. Berdasarkan matlamat ini, pengasasnya Dr NorHissam Mustafa berkata kita bukan sahaja merawat pesakit secara luaran atau fizikal, tapi kita juga merawat secara dalaman atau rohaniah pesakit

Dengan visi untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan mengaktifkan dan menggabungjalinkan keilmuan dalam satu aplikasi kehidupan kepada masyarakat awam dalam serba-serbi urusan ummah, mengasuh, mengasah dan mendidik peribadi umat yang mantap iman, tinggi akhlak, manfaat ilmunya, taat beribadah termasuk membentuk sistem kesihatan yang mencakupi aspek kerohanian serta jasmani sebagaimana munculnya tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam terdahulu seperti Ibnu Sina (Ahli Perubatan dan Falsafah), Ibnu Rushd (Ahli Fiqh, Perubatan, Falsafah, Falak dan Nahu), At-Tabari (Ahli Perubatan, Falsafah, Astronomi dan Matematik) serta lain-lain lagi. Sila layari web site rawatan ini http://www.kuskom.net/ untuk penerangan lagi lanjut

~~my role model avicenna~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s