Sedikit catatan semasa Konvensyen Pendakwah Muda ( WEHDA H’ 09)

Alhamdulillah pd 22-25 November yg lalu, ana dan beberapa orang sahabat dapat menghadiri WEHDAH’ yang dibuat di USIM, ana akan meringkaskan pengisian yang diperolehi dari konvensyen ini supaya sahabat semua yang tak dapat hadir tahu serba ringkas tentang pengetahuan hasil pembentangan dari pendakwah-pendakwah yang hebat dan pekembangan dakwah di alam kampus berdasarkan bengkel-bengkel yang disediakan.
Pada pagi 23 November ada satu ucaptama konvensyen, tapi ana tak dapat hadir sebab baru bertolak ke sana, sampai-sampai je dah nak masuk slot wacana satu bertajuk ‘Sikap sosial’ di sidang pleno 2, ada tiga orang pembentang untuk perbincangan ini, Ust Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed dari pendakwah JAIS, membawa tajuk ‘Kesedaran Berdakwah kepada Yang Belum Islam’. Pembentang Kedua ialah Pn Romawati Zainal, pengurus Raudhatus Sakinah membawa tajuk ‘cabaran : Mehnah & Tribulasi Dakwah’. Pembentang ketiga pula ialah Ust Abd Haris Bain, pengarah World Assembly of Muslim Youth ( WAMY) membawa tajuk ‘Persiapan para pendakwah muda’.
Sebenarnya, dakwah dan islah mempunyai takrifan yang berbeza, dakwah ialah seruan al-Haq kpd yg belum Islam, mengajak orang masuk Islam, manakala Islah adalah memperbaiki diri dan masyarakat menjadi muslim sejati, membentuk insan kearah soleh wa musleh. Kewajipan berdakwah itu jatuh wajib dari sudut prinsip ( al-Hasyr:7) Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Wajib juga disebabkan perintah nas syarak ( Al-maidah 5 : 67) Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. Berdakwah dan Islah jatuh wajib atas dasar darurat kerana umat Islam hari ini terlalu kritikal dan mendesak kedua-dua kegiatan ini dilakukan. WAKE UP OH UMMAH! keadaan umat mengikut statistik dari 1999-2001 menunjukkan sejumlah 53 309 org anak luar nikah menjadi rebutan pihak gereja. Bangunlah dari tidur yang mamai-mamai wahai ummah!

Ketahuilah sahabat semua, ganjaran berdakwah itu sangat besar, rujuk surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai terdapat 100 biji. Mari kita buat kira-kira,
1 biji benih = 7 tangkai = 700 biji
RM 1 = cukup haul = RM 700
% Keuntungan = 700 x 100 % = 70 000 %
Maka, JOM HEBOH!!! HEBOH BERDAKWAH.
blum habis lagi,, bersambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s