Tabahlah…

Alihkan matamu ke laut,
airnya catik membiru dan penuh ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya,
begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa…..
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya,
jika kau rasa kecewa,
pandanglah pandanglah ke arah sungai,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
jika kau rasa sedih,
pandanglah langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu…

p/s: kadang-kadang kita melihat sahabat kita itu ceria dan riang sentiasa, tetapi jauh dalam lubuk hatinya tersimpan kesedihan dan kedukaan…hanya instict seorang sahabt yang memahami saja yang dapat mengetahui masalah apa yang dia alami. Ukhuwah itu tidak dapat diungkap melalui kata-kata, ia tidak dapat dinilai melalui pandangan mata, tidak dapat dirasai dengan hanya berjumpa, ia hanya dapat diungkap, dinilai dan dirasai melalui kasih sayang dalam bersahabat bertunjangkan keikhlasan berjuang kerana Allah…semoga Nad sentiasa dalam linkungan penjagaan Allah dalam menempuh cabaran kehidupan ini…

Leave a comment