‘Couple’ & Makanan halal

Couple dan Makanan Halal

Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal.

Tetapi adakah batas halal dan haram hanya sekadar terhadap makanan dan minuman?

Ini merupakan persoalan yang penting untuk kita jawab kerana inilah bentuk berfikir yang ada dalam masyarakat kita.

Umum mengetahui rahsia di sebalik perintah Allah terhadap Babi yang hukumnya memang jelas haram di makan. Dan banyak lagi rahsia yang terdapat dalam perintah Allah ini contohnya haram memakan makanan hasil curian atau yang bukannya bukan milik kita.

Dan sesungguhnya ruang lingkup halal dan haram ini juga terdapat di dalam pelbagai lagi sudut dalam kehidupan kita seorang muslim. Dalam komik kali ini kita bercerita tentang couple – halal @ haram. Ada yang halal dan ada yang haram. Dan sememangnya hakikat pengabdian kepada Allah ini semestinya ada rahsia-rahsianya yang melindungi manusia daripada kerosakan.

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

diambil dari http://komik.dakwah.info/

One thought on “‘Couple’ & Makanan halal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s