Menjelajah Dunia Makanan

Baru-baru ini, sy berkesempatan berbual-bual dengan Dr Mad Rofa, penuh dengan pengisian dan maklumat baru yg sy dpt. Sebenarnya sy menemani sahabat yg ingin bertanya pendapat tentang pelbagai mazhab sebab dia ade kenalan foreigner. Secara kebetulan Dr menyentuh tentang pandangan pelbagai mazhab terhadap pemakanan, huh ape lagi sy sgt teruja. Banyak ilmu baru yg sy dapat, sy akan cerita satu persatu.

Pertama sekali yg sy ingat, orang Arab makan siput babi!! wah, pelikkan? tapi itulah kenyataannya. siap ade Restoran Siput, orang Arab menganggap makanan siput itu makanan yg mewah dan sangat lazat! kita kat Malaysia ini melata-lata siput babi, tak de siape yg peduli. Ha, satu cabaran, siapa yang sanggup makan siput babi???? tapi siput babi Arab dan Malaysia lain.

Kedua, ade mazhab yang membenarkan makan tupai, reasonnya ialah tupai lagi bersih berbanding ayam, hurmm betul gak, tupai lompat-lompat atas pokok, bersih berbanding ayam yg kadang-kadang makan tahi kat tanah, tapi yg menjadi persoalannya ialah tupai ade gigi yg tajam, haiwan yg ade gigi tajam tak boleh makan. Marilah kita mengkaji! tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.
Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.‏
‏حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وإسحق بن إبراهيم ‏ ‏وابن أبي عمر ‏ ‏قال ‏ ‏إسحق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏الآخران ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏عن ‏ ‏أبي إدريس ‏ ‏عن ‏ ‏أبي ثعلبة ‏ ‏قال ‏
‏نهى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن أكل كل ذي ‏ ‏ناب من ‏ ‏السبع ‏
‏زاد ‏ ‏إسحق ‏ ‏وابن أبي عمر ‏ ‏في حديثهما قال ‏ ‏الزهري ‏ ‏ولم نسمع بهذا حتى قدمنا ‏ ‏الشام ‏
Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring
(Hadith riwayat Muslim)
Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119)
Maksudnya “dziinaab” yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).
Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I’lamul Muwaqqi’in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.
Imam Ibnu Abdil Barr juga mengatakan dalam At-Tamhid (1/127): “Saya tidak mengetahui perselisihan pendapat di kalangan ulama kaum muslimin bahawa kera tidak boleh dimakan dan tidak boleh dijual kerana tidak ada manfaatnya. Dan kami tidak mengetahui seorang ulama’ pun yang membolehkan untuk memakannya. Demikian pula anjing, gajah dan seluruh binatang buas yang bertaring. Semuanya sama saja bagiku (keharamannya). Dan hujjah adalah sabda Nabi saw bukan pendapat orang….”.

Ketiga, anda semua pernah makan ulat sagu tak? Ape ye rasenye? Sedap tak? Orang Srwk n Sabah makan. Ade seorang lecturer foreigner ni bile ditanya ape makanan yang paling sedap di Malaysia, beliau menjawab ulat sagu! wah, betul ke?? Reason kenapa ulat sagu boleh dimakan adalah kerana ulat itu bersih, dijumpai di sagu yang bersih, jadi kenapa tak boleh makan? dan siapa yang sanggup makan?? sila angkat tangan! saya orang first,,keh2

Konklusinya, setiap ape yang kita nak lakukan hendaklah mempunyai ilmu, contohnya, nak makan siput babi mcm org Arab makan, kite terlebih dahulu hendaklah mengkaji adakah ia memudaratkan? Apakah pandangan al-Quran? Apakah kebaikannya dan keburukannya? Carilah dan kajilah dari perlbagai sudut. Saya mengingati diri sendiri juga.

Wa’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s