MATLAMAT YANG TERSASAR.

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, rosak segalanya. Pohon yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi buruk tuaiannya. Kerap kali saya lari dari matlamat Mardhatillah. Datang kelas bukan mencari hambatan redha ilahi, tapi kerana nak jumpa si dia. Selak buku bukan kerana Allah, tapi dek sibuk kejar silibus.

Gagal jawabnya. Sia-sia.

Penat yang kerugian. Hasilnya tiada berkah.

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kitab-kitab, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.
ALLAH!

http://kalam-puncak.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s