Pemberian kawan, hargailah..

Sebotol Air Tebu…

Kali ini, ana nak bawa satu cerita seorang sahabat di bulan puasa ini

Bermulalah ceritanya

Aku pergi ke Bazar Ramadhan, dalam hati teringat kawan yang teringin minum air tebu @ kelapa dan alhamdulillah jalan punye jalan terjumpalah satu gerai yang ramai pengunjungnya. Aku menjenguk-jenguk
lihat, ada air tebu yang dijual dalam botol dan palstik, tapi aku prefer nak beli dalam botol, sebab senang nak dibawa.

Note lima ringgit diulur, baki dua ringgit setengah dikembalikan. Alhamdulillah dapat jugaku menunaikan hasrat kawan yang teringin minum air tebu.Pasti dia suka, aku pun sebenarnya berhasrat air tebu tuh gak, tapi tak pe lah duit cukup-cukup untuk beli laksa kegemaranku.

Usai taraweh di masjid, aku bergegas balik.
“Assalamualaikum, awk kat mana?”,aku bertanya
“Waalaikumsalam, Saya kat bilik” ain manjawab
“awak macam tak sihat je?”
“a’ah, sangat letih hari ini”
“kalau gitu saya pergi bilik awak ye”
“ok, datanglah”

Berbual-bual sikit, aku pun mengeluarkan air tebu dari beg.
“wah, awak belikan saya air tebu! bestnyer, terima kasih banyak2”
Hatiku berasa sangat senang bila melihat kawan berasa gembira dgn pemberian aku. Tapi air tu dah tak sejuk, kurang sedap
jadi aku bagi cadangan “Jom kite pergi kedai depan, beli air batu sedap sikit tapi ade meeting plak ni, tak pelah after ni kita
beli, ain bagi cadanagn. Dalam meeting ain kelihatan sangat sedih tiba-tiba sahaja, aku buntu kenapa. Tak ape lah, dia mungkin nak ber’uzlah. Aku tanye pun dia tak pandang muka aku, aku pula jadi terasa. Iskh2, aku tak boleh cmni, memujuk hati…huhuhuhu

Habis meeting, aku turun sekajap nak hantar e-mail. Naik semula, ade perbincangan. Habis perbincangan, aku tengok air tebu itu berada di tempat orang lain, hati berkata tak apa lah,mungkin dia akan ambil bali. Tapi, balik dari meeting aku tengok air itu dibiarkan jatuh dari meja, dia tak amik pun walaupun nampak. Sedikit kekecewaan di hati, tapi aku berlagak selamba.

Ha, dah bace?
Moral story yang sahabat saya nak sampaikan ialah Hargailah pemberian kawan kita, kerana dia mungkin dah bersusah payah menadapatkannya, tapi kite tak menghargainya, kalu tak nak sekali pun ketika itu, cakaplah dengan cara baik.
Kedua, jangan membiarkan kesedihan mengusai diri
Ketiga, jangan biarkan kawan berada dalam kebuntuan dengan sikap kita yang unpredictable
Keempat, dalam persahabatan, ikhlas adalah segalanya agar persahabatan yang sudah terjalin tidak dicemari dengan prasangka buruk
jika terdapat prasangka buruk dengan kawan, istifar banyak2 sahabat sekalian….

Sekian cerita buat hari ini. yang baik di ambil pengajaran, yg buruk dijadikan sempadan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s