Pengalaman berharga….

Dengan nama Allah yang maha pengasih,
Terima kasih saya ucapkan….

Alhamdulillah, syukurku kpdMu. Pada 8/9hb Ogos 2009, debat antara kolej tlh berlangsung.
Dah sekian lama jari-jemari ini tak menari-nari di keyboard ni…rindu rasenyer
Kali ni  saya nak berkongsi dgn anda semua sepanjang prgm berlangsung.

Sebelum ini, saya
1. Tak pernah masuk debat
2. Hanya suka tengok orang lain berdebat
3. Dalam hati, bleh ke aku berbahas depan orang ramai??
4. Iksh, aku tak boleh la, nanti tergagap-gagap.

Tapi saya cuba juga melibatkan diri, terima kasih pada sahabat saya, fara yg banyak membantu…

Kronologi sepanjang 2 hari tu
1. Siang sabtu buat last preparation
2. Malam, pusingan pertama-menang
3. Siang Ahad, pusingan kedua-kalah
4. Pusingan ketiga-menang
5. Pusingan Keempat-menang
6. Pusingan Kelima-Kalah😦

Apa yang saya cube sampaikan ialah

1. Masa preparation, macam nak tarik diri, haha. Tapi kite sebagai umat Islam harus istiqamah dan bermujahadah dalam melakukan sesuatu. JANGAN MELEPASKAN BATUK DITANGGA dan JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM! serta Hammasa dan pasakkan niat hanya kerana Allah, dari situlah saya mempunyai kekuatan untuk terus berjuang.

2. Pada malam untuk pusingan pertama, segala persediaan dah selasai. Team kami mengharapkan kami mendapat posisi kerajaan, sbb kalau kerajaan, kami rasa boleh bawa. Tapi ape yang berlaku adalah sebaliknya dan semua perkara yang kami tak suka semua dapat pada kami..memang menguji ketabahan hati! Pertama, kami tak suka bertanding di Blok Lelaki. Kedua, tak dapat posisi kerajaan….semua tu kami tak nak, tapi semua tu lah yang kami dapat. Saya cepat-cepat mengigatkn sahabat2 team n diri dgn revise semula janji Allah iaitu “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bg kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” ( Surah al-Baqarah : 216). Maka, dengan yakinnya saya dengan janji Allah tersebut, melangkah masuklah ke ruang pertandingan. Walaupun ade rase debar2, biaselah tu. Dan tak dapat dijangkakan, seoarang sahabat team kami jadi debater terbaik ! MasyaAllah..dan tak terjangka juga, team kami menang, UNEXPECTED! dah la kami berlawan dgn senior! Team kami semuanyer junior.MasyaAllah… Allah Maha mengetahui

3. Pusingan Kedua-Tajuk perdebatan ialah Nisbah Lagu Tempatan dan Antarabangsa adalah wajar-kalah.   Tajuk lagu! hurm, kami buat je lah..Pertandingan memang sengit, hakim kata memang susah nak menentukan kemenangan,  kami redha dengan kekalahan itu.  Tak pe, lepas ni ada lagu 3 pusingan. Boleh cuba, kami tak putus asa..dan sebenarnya, pertandingan debat telah membawa saya seperti dlm prgm Jejak Kasih! Ade kawan dari tingkatan 3, dan ade senior mase di SMK Dato Onn, dan ade kawan dari matrik…sungguh terancang perjalanan hidup ini. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

4. Pusingan kedua-menang, sahabat baik saya yang selalu menjadi penguat semangat tak ikut serta sbb dia nak prepare utk pusingan seterusnya , jadi debater simpanan yang menggantikan tempat dia. Saya terus menguatkan diri bahawa  AKU BOLEH !!! dan aku memang boleh! Dengan membentang tugas sebagai Perdana Menteri wanita yang pertama, saya terus berusaha supaya yakin pada diri serta saya mengingatkan diri dengan janji Allah “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membantu agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad:7 ) dan sekali lagi tak dapat dijangkakan team kami menang dengan margin 7! masyaAllah..dan saya jadi debater terbaik utk pusingan tu…Alhamdulillah. Apa yang sy nak sampaikan sekali lagi  ialah kita tak perlu takut2 utk mengutarakan hujah kita + berpendirian teguh!+ YAKIN!! bergantunglah segalanya kepada Allah…Allah tempat kita bergantung

5. Pusingan Keempat-menang. Alhamdulillah, kekuatan yang Allah berikan kepada kami ialah sahbat sy yg lagi dua org  pandai buat menarik perhatian hakim. Sy pada kali ni biasa sahaja, sebab dah letih skit. Pada kali ini pula, sahabat sy, Fara jadi debater terbaik..Alhamdulillah..Takbir!

6. Pusingan Kelima-kalah :(…tapi kekalahan kami tak teruk, memberi kemenangan pihak lawan dengan margin satu…nway, apa yang saya nak sampaikan kali ni, kita kene bertenang dan yakinlah dengan apa yang hendak di sampaikan. Pd pusingan tu, tak tahu kenapa kepala tibe2 sakit, pening2 gtu. Tapi sy cube bertahan, alhamdulillah pembentangn tugas berjalan dgn lancar juga. Tapi bila sesi pengulungan, jadi tak teratur. Nak tahu kenapa? sebab saya ckp dgn lajunyer + membaca teks +  sy kurang analisis kronologi hujah + otak dah panas + terlupa bace idea yg kwn tuliskan +  sampai satu tahap sy terberhenti , tapi mase masih ade..astarfirullah. saya teruskan dengan merapu je..jadi sahabat-sahabat semua bersikap tenanglah dalam menghadapi sesuatu tekanan, yakin dengan pendirian kita, ingat semula dengan janji2 Allah, jangan sembrono je…

Pipit sama pipit, enggang sama enggang, hujah saja panjang, isinya sedikit…

Semoga kita semua sentiasa berjuang mancari kebenaran, mencuba sesuatu yg baru utk melihat kebolehan diri agar mata terbuka, minda dijana..rasa manis gula tak dapat ditafsirkan bagaimana manisnya, hanya apabila kita sendiri yang merasai manis gula tersebut, baru kita dpt menggambarkan bagaimana  rasa manis itu yg sebenar-benarnya….

Sekian dulu perkongsian kali ini, segala yang baik amiklah ia sebagai pedoman, segala yg burk jadikanlah ia sebagai sempadan.

kebenaran

6 thoughts on “Pengalaman berharga….

    • to Si peniup ney

      syukran….
      tapi kurang bernasib baik
      kedudukn rangking team kami ialah 9
      yg layak masuk final rangking 1-8 drpd 32 team
      jadi, kami redha dgn ketentuanNya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s