Tak Komited?-juz perkongsian ilmu…

Alhamdulillah,

Program dua hari satu malam di Ulu Tiram yang ana hadiri  telah menjentik hati yang sudah tahu tapi tidak di sedari..

Ana menyukai slot permasalahan yang telah dibahgikan kepada beberapa kumpulan, ada 5 tajuk.  Tajuk-tajuknya ialah Tentang cinta, Tak komited dgn halaqah, Budaya Hedonisme, Sukar mencari mad’u dan terakhir sekali lemah dalam akademik. Kumpulan ana dapat tajuk budaya Hedonisme…mule-mule tak tahu nak bentang macam mana, Alhamdulillah adik Fatimah dan Ummu sangat peramah walaupun baru kenal membuatkan ana rasa selesa, dan artika yang pendiam tapi bukan pendiam, hurmm cmne tuh? Anyway, semua ahli kumpulan ana sgt menyenangkan termasuk kak aisyah, semoga kalian sentiasa istiqamah dalam perjuangan kalian.

Sebelum ana mencatat semula presentation kumpulan, ana tertarik untuk mencatat semula isi-isi dari kumpulan yg membicangkan “tak komited dengan halaqah” dalam bentuk forum, menarik penyampaiannya walaupun tak sesengit forum ‘cinta’.

Sebelum itu, salah seorang ahli panel mempersoalkan ape itu HALAQAH. Ade yang menjawab cirle. Circle bukan jawapan yang tepat dan dia menjawab, HALAQAH merupakan satu IKATAN HATI. Ana terfikir, betul juga halaqah itu merupakan ikatan hati, kalau hanya duduk dalam bulatan dan berbincang tanpa ada ikatan hati, halaqah yang kita  hadiri menjadi hambar, ape yg hendak disampaikan tidak dapat dan yang apa yg hendak diperolehi tidak dapat. Jadi dengan persoalan ini, mereka membincangkan faktor serta penyelesaiannya agar komited dengan Halaqah.

3 elemen penting dalam bekerja

a)     Ikatan fikrah yang sama

b)    Ikatan ukhuwah fillah

c)     Ikatan dalam berorganisasi

Punca-punca tak komited dengan halaqah yang telah dibincangkan ialah

  • Tidak arif dalam fiqh aulawiyat (keutamaan)
  • Datang halaqah hanya untuk mendengar, bukan bekerja
  • Tiada hammasa (semangat)
  • Salah gunakan kepercayaan sahabat
  • Hawa nafsu dan syaitan

Penyelesaian yang telah dibentang berdasarkan turutan di permasalahan di atas:

  • Fahami fiqh aulawiyat

i)       Segera dan penting

ii)     Segera tapi kurang penting

iii)   Tidak segera tapi penting

iv)   Tidak segera dan tidak penting

  • Membuat persediaan sebelum datang halaqah, mempersiapkan diri dengan pengetahuan agar kita sentiasa mendengar dan berfikir
  • Maksud Hammasa yang telah diperbincangkan ialah merangkumi semangat yang disulami kefahaman lalu bermujahadah dengan istiqamah, kerana hanya semangat shj kita akan mudah menyerah, ttp bila disulami kefahaman dalam penat mana pun kita tetap berusaha melakukan amanah yang dipegang…insyaAllah
  • Salah guna kepercayaan sahabat  sebagai contoh, tak pelah aku tak pergi usrah, mereka mesti ingat aku banyak kerja, tapi pada hakikatnya, tidak ada apa kerja pun yang sangat banyak…
  • Hawa nafsu dan syaitan pula yang selalu melalaikan kita, perasaan malas yang menghantui diri membuat kita mengabaikannya

Inilah sedikit sebanyak  pengisian yang saya huraikan sedikit berdasarkan perbincangan dalam program itu. Jika ada sebarang kesilapan harap dimaklumkan…W’alam

Perbincangan mengenai tajuk budaya Hedonisme akan di catatkan dalam artikel yang akan datang…insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s