Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya….

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong kh abarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana Allah
tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia
menjaga hubungan dengan
Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri…

tolong smpaikan kpd si dia

ditujukan buat sahabatku yg dlm dilema,
buat insan yg menyintai sahabatku ini……
jgn menjadikan alansan, enta menyukai seseorang menjadikan enta sentiasa bersemangat…                  nawaitulah kerana Allah
buat sahabat yg disayangi…..
jagalah hati enti,
ujian ini insyaAllah akan mendekatkan diri enti kpd Allah
itulah yg diri ini mengharapkan…

dari sahabat yang menyangimu…
~~~persahabatn ini kerana Allah~~~

2 thoughts on “Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya….

    • time kasih kak….
      same2 kite truskan perjuangn ini.
      ti akak pun buat gak tau blog
      ini adalah salah satu method dakwah kita
      wlapun x bnyk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s