Terowong Hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Dah lama tak update entry,  dek kepadatan minggu orentasi pelajar baharu,

then sekarang ni bersambung plak minggu ramah mesra…

rase malas, tapi layan je lah

pastu kene buat persembahan opera..

ni sdikit sebnyk ttng opera

“Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikandi dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600dan kebiasaannya dihubungkaitkan dengan muzik klasikal tradisi Eropah ataupun dikenalisebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti permandangan(untuk pentas dan latar belakangnya), kostum yang bersesuaian dengan tajuk opera, dan juga seni lakonan. Walau bagaimanapun, dibandingkan dengan pementasan drama biasa, opera pada secara umumnya dikenali ramai dengan kepentingan lagu-lagunya dan teknik nyanyian vokal.Penyanyi opera menyanyi bersama kumpulan muzik yang boleh merangkumi kumpulan muzik yangsederhana besar sehingga ke kumpulan muzik yang besar seperti simfoni penuh ataupun lebihdikenali sebagai orkestra. Opera juga disampaikan dalam bentuk tarian

Kirenyer opera ni macam koir, agaknyer lah..

sebenarnya diri ini memang teramat sangat2 tak suka buat benda2 macam ni…

tapi bile difikirrkan semula, dengan aktiviti ini kite boleh mengenal kawan-kawan dan membuat terowong hati dengan mereka supaya senang utk berdakwah, bak kata dalam Saifulislam.com, Jiwa dai’e, otak faqih. Kalau tak bile lagi nak merapatkan ukhuwah antara kawan-kawan dalam kolej kita. Jadi dai’e kenalah fleksibel, dan yang paling penting niat kita untuk menyebarkan islam perlulah ikhlas kerana Allah, bacalah dalam artikel yg ditulis dalam blog al-Zikr bertajuk Dai’e Tidak Perlu Memilih mad’u, pandang yg bernas!

Sebab sebnyak 40 jiran kiri kanan atas bawah bilik kita adalah JIRAN kita, dan kita ada tanggungjwb

terhadap mereka, lebih-lebih lagi tggjwb terhadap saudara semuslim.

Lirik lagu mustika

Tidak sempurna iman jika kau tidur dlm kekenyangan,

sedang jiran tetangga mu menangis dlm kelaparan……..

Adakah kau tahu siapa jiran tentangga mu,

pernah kah kau melihat apakah dalam sendu atau sendawa

kenalilah dan bertegurlah sapa dgn akhlak yg mulia

hidup berjiran susah dan senang, suka dan duka dirasa bersama

Jadi diri ini berusaha memberi kerjasama agar saling kenal antara kawan2 dan senior kolej….

Sahabat ana yang sentiasa cool ada berpesan, “enti, tak baik merungut-rungut, mugkin ada hikmahnya Allah mencampakkan kita dalam situasi sebegini, ia menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan hati kita dalam memperjuangkan Islam, minggu orentasi ini kite untuk  menyesuaikan diri kita dengan mad’u kite”, ana terfikir….betul juga ye..

P/S dari ulul albab: Ikhlas kepada Allah, dari situ kita akan menemui betapa bahagianya hidup ini……Selamat brjuang sahabat-sahabatku yang sedang bertebaran di bumi Allah ini… Salam Perjuangan dari hamba yang hina ini.

~~~~~Sabar itu indah dan sangat beruntug kpd yg bersabar~~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s