We have same destination~

Towards Mardhatillah…

Madrasah Cintaku

Ada satu keajaiban dunia terhebat yang ingin saya nyatakan disini, iaitu IBU..

Dalam perjalan hidup seorang ibu, apa yang paling dinanti seorang wanita selain dari kehamilan. Meskipun berat, tiada yang lebih penting kecuali benih dalam kandungannya. Menangis, tertawa, sedih dan bahagia tak berbeza baginya, kerana dia lebih mementingkan apa yang dirasa si kecil didalam perutnya. Seringkali dia bertanya; menangiskah ia? Tertawakah ia? Sedih atau bahagiakah ia di dalam sana?

Bahkan ketika waktunya tiba, tiada yang mampu menandingi cinta yang pernah diberikannya, walau mati pun akan dipertaruhkannya asalkan generasi penerusnya itu lahir ke dunia. Rasa sakit lenyap sekejap mendengar tangisan pertama si buah hati, tak peduli darah dan keringat yang terus bercucuran. Detik itu, sebuah episod cinta baru sahaja berputar.

Tiada yang lebih membanggakan untuk dibincangkan selain anak-anak. Tak satu pun tema yang paling menarik untuk dibincangkan bersama rakan sekerja, teman sejawat, mahupun keluarga, kecuali anak-anak. Si kecil baru sahaja menyebut “Ma…” segera ibu mengangkat telefon untuk mengkhabarkan ke semua yang ada didalam list telefon.

Saat baru pertama kali berdiri, ibu berteriak histeria, antara haru, bangga dan sedikit takut si kecil terjatuh dan luka. Hari pertama sekolah adalah saat pertama kali matanya menyaksikan langkah awal kejayaannya. Meskipun disaat yang sama, fikirannya terusmelayang dan bibirnya tak lepas berdoa, berharap suami tidak terhenti rezekinya. Agar langkah kaki kecil itu pun tidak terhenti di tengah jalan.

Dia menjadi guru yang tak pernah digaji, menjadi pembantu yang tak pernah dibayar, menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai, dan menjadi babby sitter yang paling setia. Sesekali dia menjelma menjadi puteri salju yang menyanyi merdu menunggu lamaran sang putera.

Tidak satu pun yang paling ditunggu kepulangannya selain suami dan anak-anak tercinta. Serta merta kalimat, “sudah makan belum?” tak lupa dilontar saat baru saja memasuki rumah. Walaupun si kecil yang dulu yang ditimang dalam dakapannya itu sudah menjadi orang dewasa yang boleh membeli makanan sendiri

Hari ketika si anak yang telah dewasa itu mampu mengambil keputusan terpenting dalam hidupnya, untuk menentukan jalan hidup bersama pasangannya, siapa yang menangis? Siapa yang lebih dulu menitikkan air mata? Lihatlah sudut matanya, telah menjadi samudera air mata dalam sekejap.

Langkah beratnya ikhlas mengantar buah hatinya ke kerusi pelamin. Dia menangis melihat anaknya tersenyum bahagia dibalut pakaian pengantin. Di saat itu, dia pun sedar buah hati yang bertahun-tahun menjadi kubangan curahan cintanya itu tak lagi hanya miliknya. Ada satu hati lagi yang tertambat, yang dalam harapannya dia berdetik, “Masihkah kau anakku?”

Saat senja tiba. Ketika kedut di tangan dan wajah mulai berbicara tentang usianya. Dia pun sedar, bahawa sebentar lagi masanya kan berakhir. Hanya satu pinta yang sering terucap dari bibirnya, “bila ibu meninggal, ibu ingin anak-anak ibu yang memandikan. Ibu ingin dimandikan sambil dipangku kamu semua”.

Tidak hanya itu, imam solat jenazah pun diminta dari salah seorang anaknya.“Agar tidak percuma ibu mendidik kalian menjadi anak yang soleh sejak kecil,” ujarnya.

Oh ibu. Sejak dari kecil ibu telah mengajarkan erti cinta sebenarnya.

Ibulah madrasah cinta saya, sekolah yang hanya punya satu mata pelajaran: cinta. Sekolah yang hanya ada satu guru: pencinta. Sekolah yang semua murid-muridnya diberi satu nama: yang dicintai.

Maka tidak hairanlah jika Rasulullah bersabda:<em>” Syurga berada dibawah tapak kaki ibumu”.

Barakallahufikum

#hari2 adalah hari ibu…
.

Sumber: Madrasah Cintaku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/madrasah-cintaku/#ixzz1Lgl4Pwo1

No Comments »

KITA DAN IBU

• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

• APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

• MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

• KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

• BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

• SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

• APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

• MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

• KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

• BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

• APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

• MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

• KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

• BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

• MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

• KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

• BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

• SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

• APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

• MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

• KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

• PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

• KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

• APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

• DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.


Ya, aku masih ada mak..abah.. syukur ya Allah pinjaman ini.. smga aku dpt membahagiakan mereka semampunya.
Syg mak.. syg abahh jugak… =’)

No Comments »

Azam On da Way to Final Exam!

Masuk je Sem 2, aku nak azam
Result Final sem ni kene hebat
Mesti dapat!
Target 4 flat

Awal tahun 2011
Oh, ade lagi 4 bulan
Enjoy dululah la beb
Jgn jadi ‘skempos’!!! >>(skema nak mampus)
Tengok kawan nak study maut..
“Eleh, nak tayang je tuh…”

Bulan 2….
Emmm, baanyk gak buku nak kene bace
Tapi…
Tak pe kot
Masa kan sentiasa ada
Esok2 aku start study lah

Bulan 3…
Hmmm, bulan depan dah Final Exam
Isshh tak leh jadi ni
Mesti. Mesti kene study
YEah, aku nak dapat 4 flat!
Bukak page satu TITAS..
Huaarggghh…!
Ngantuk la beb,,
Ooh, my lovely tilam..empukknyeee
ZZZZZZZzzz.ZzzzzZZzzzzzzzzzz

Alamak!!
tup tup dah study week
Ala, TITAS tak abis baca lagi
Math punye tutorial tak siap lagi…
Kimia… Kimia.. Kimia!
Relaksss..
Coolll…
Perlahan-lahan, mesti boleh punye

Eh kawan, ade drama korea terbaru la..best ni
Jom tengok!
Ala sejam dua je
Tak pe punye

Oh my God
ESOK Final Exam!!
Mak Ayah…
huhuhuhuhuhu
Camne nak jawab exam nih???

Pengajarannye:
Jangan suke tangguh-tangguh!
all da best to all my frend on ur final exam (^_^)~

*editted and repost again *_*

No Comments »

Do not kill me, for I’m your youth!

I Am Your Hope

You are the hope for our globe

Don’t give up nor despair
There’s nothing you can’t repair

You can change this world to a better world
With your souls, with your souls

Do not harm me, I am your truth
Do not kill me, for I’m your youth

I am your hope, I am your truth
I’m your faith, I’m your youth

Bil-qawli wal amal, Antumul amal
(With words and action, You are the hope)

Salimhum Ya Rabb, Salimhum Ya Rabb
(Grant them peace Oh Lord, grant them peace Oh Lord)

Bil-ilmi wal-qalam, Yudfa’u al-Alam
(Through knowledge and the might of the pen, Pain will be pushed aside)

La tansani ana dhamiruk, La tu’zini ana shababuk
(Don’t forget me for I’m your conscience, Don’t harm me I’m your youth)

Composed and produced by Sami Yusuf
Lyrics by Dr. Walid A. Fitaihi

Lagu ni dibuat khas oleh SAmi yusuf utk Pemuda pemudi Mesir.
Kebangkitan anak muda mampu merobah negara
kebatilan tidak akan bertahan!
bila kebenaran sudah berada ditempatnya

Don’t forget me for I’m your conscience, Don’t harm me I’m your youth

No Comments »

-Pecah AMANAH Vs Pecah pintu & Pecah tulang-

Sume pecah-pecah ni berlaku berturut2, punca pecah pintu sbb pecah amanah, pastu pecah tulang cerita lain pula..


Aku copy poster ni kt fb pro-M , urmm…menarik sbnrnye, pecah2 ni. Ada maksud yg tersirat disebalik pecah2 ni. Korang bace la kt blog2 n media2 yg rajin cerite bnde ni, aku buat ringkasan je.

http://promahasiswaupm.wordpress.com/2011/03/02/kenapa-tnc-hep-perlu-berbohong/

http://malaysiakini.com/news/156817

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pro-mahasiswa-upm-tuntut-penjelasan-mahu-tnc-minta-maaf/

http://malaysiakini.com/news/156851

dan bnyk lg link2 yg blh dibace..
Aku melihat gelombang itu meledak setelah sekian lama mahasiswa ditindas, sesi lpas 7 org calon MPP Pro-M yg menang dibatalkn pncalonan sbb berkempen gne Fb, kali ni 2 org mahasiswa tdk layak bertnding hnye disebabkn cop-cap dekan…dan 11 org calon yg menang dibatalkn lgi pencalonan atas sbb2 yg xrelevan dan bile diminta bukti pembatalan pencalonan, *** tak dapat tunjukkn bukti yg sebenar, tp sebaliknya bukti2 palsu utk mengaburi mata mahasiswa, maaf aku cakap. Mmg bende ni btul, dan kebatilan tak akan selamat selamanya! BERANI krn BENAR dan TAKUT krn SALAH. Hanya shj org yg bersalah akan berasa takut, maka yg benar pasti mnjadi jawapannya. Ayuh mahasiswa sekalian, usah takut usah gentar!! Berjuanglah hingga yg benar itu berada di tempatnya, tetapkan prinsip bhwa keadilan adalah hak kita yg harus dirasai oleh semua orang.

“Bangkit2x mahasiswa
Bangkit2x… mahasiswa
Mahasiswa sudah bangkit..”

laungan “bangkit2x” semenjak isu pecah2 ni sudah mnjadi satu budaya dlm kalngn mahasiswa UPM, aku pergi gelanggang badminton, dngar budak2 ni sorak “bangkit2x“. lalu sebelah pertndingn kt gelanggang futsal pun dgr “bangkit2x“..hurmm, “bangkit2x” “bangkit2x” “bangkit2x” “bangkit2x” “bangkit2x” “bangkit2x
Jom! bangkit2x.


Pecah TULANG
ni pulak tulang at 2nd metacapal aku kne btulkn… spttnye dari hartu lagi, tp aku mntk postpone dgn doktor…last2, on call 28 Feb 2011 jam 1.00am mase tgh siap2 nk msuk lab buat amali, doktor call suruh dtg hspital utk preparation buat operation esk pagi. Aku patient 1st, huh! shock seketika. biar btul… mntk postpone lagi nnt kne marah plak dgn doktor. Dah solat zohor dan aku mintak dgn Allah agar ape yg buat ni btul, aku buat keputusan, ” Ok doktor, sy dtg pukul 6ptg nnt”… maka bermula lah proses2 pecah tulang.

Dipendekkan cerite

28 Feb

9.00pm-amik darah, cucuk jarum, msuk air dan kne puasa

1 Mac
7.30am-dah kne panggil utk prepare msuk OT
8.30am-kne bius dan aku pengsan x sedar
1.00pm-dgr org pggil2 nama, tp xberdaya nk celik, pening2 lg
2.00pm-kuar bilik OT, msuk balik wad
2.30pm-bru aku stabil dan ramai shbt2 yg dtg.. syukran buat semua…~~

Begtulah ceritanye dan jadinye…
last skali utk peringatan diri ini dan semua.. setiap ape yg berlaku ade hikmah dan kemanisannya. keSABARan dlm menghadapi sesuatu tu sgt2 diperlukan.. Allah menggantikan rasa sakit dgn nikmat ukhuwah yg xmampu dibeli, xternilai harganya. Terima kasih buat shbt2 yg bntu dari awal hgga kuar wad, terutama cik dayah..hu3, maaf bnyk susahkn kalian.. ayat zu, “Dalam persahabatan, klu xsusahkn shbt, bkn sahabat namanye” huhu, sekian arigato…

No Comments »

Bakat Vs. Minat

Sekadar mahu berkongsi dgn anda semua
Apakah minat dan bakat itu dua benda yg lain?

Minat
Minat diartikan sebagai kehendak, keinginan atau kesukaan (Kamisa, 1997 : 370). Minat adalah sesuatu yang pribadi dan berhubungan erat dengan sikap. Minat dan sikap merupakan dasar bagi prasangka, dan minat juga penting dalam mengambil keputusan. Minat dapat menyebabkan seseorang giat melakukan menuju ke sesuatu yang telah menarik minatnya(Gunarso,1995 : 68). Minat merupakan sumber motivasi yang mendorong orang untuk melakukan apa yang mereka inginkan bila mereka bebas memilih (Hurlock, 1995 : 144).

Bakat
Bakat adalah pola pikir, perasaan atau perilaku alami yang kita miliki. Pengetahuan adalah fakta-fakta dan pelajaran yang kita pelajari dalam hidup ini. Sedangkan ketrampilan adalah hal-hal atau langkah-langkah yang kita kuasai karena kita melatih atau melakukannya secara terus menerus.

Minat itu senang dicari
tapi bakat itu dah ada
tinggal dicuci, diasah dan mungkin juga ditekan

Bakat itu meyebabkan potensi yg ada dlm diri menjadi lebih bermakna
Maka, Jom maknakan hidup anda!
Maknakan hidup anda bersama Pro Mahasiswa UPM


.::Creating New Future With Pro-Mahasiswa UPM::.

No Comments »

Pergi Taiwan!

Indah seni2 yg dipamerkan
semua dlm hidup ini ade seninya
~~berseni2x~~
dan berpolitik itu pun berseni
belajar pun berseni
apetah lagi menari, lagi berseni
dan bersilat, lagi la mantap . seni yg menusuk!

No Comments »

True Love

Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk jiwang kan?
Cinta Sejati tu ape?

Ya, cinta sejati itu kepada Allah…

No Comments »

Bernafaslah dlm redhaNya…

Bismillah wal hamdulillah..

Ujian dan pengalaman sepatutnya membuatkan kite menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu tindakan dan lebih berhati-hati dalam pekerjaan.

Tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. Segalanya.. segalanya yg berlaku pasti ada sesuatu yg Allah tunjukkan. Jika diberi nikmat maka bersyukurlah, jika diberi kesusahan maka bersabarlah. Memang sukar untuk mempraktikalkan rasa SYUKUR dan SABAR itu..

Adakah kite bersyukur dikala senang dan adakah kite sabar dikala susah. Makanya, koreksilah diri kite selalu. Muhasabah diri.

Ya, muhasabahlah cintamu.. adakah kecintaan kamu terhadap dunia menjadikan kamu leka atau kecintaan kamu kpd dunia juga menjadikan sedih. Jadi, letaklah rasa cinta itu ditempat yg betul krn cinta itu suci… cinta agung hanya satu. cinta kepadaNya. maka, bernafaslah dalam redhaNya.

Waspadalah dgn patukan syaitan yg melobangi hati-hati manusia, Sabda Muhammad Rasullullah:”Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya”(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Peliharalah hati sebaik-baiknya.. Jangan dibiarkan nafsu menguasai hati.. Jangan jadi hamba kepada dunia.
Kerana kita adalah hamba kepada-Nya yang satu, yg maha esa.

Gunakan akal dalam memacu perbuatan. Gunakan hati dalam menghayati keadaan. Gunakan nafsu dalam kesedaran.

ya Allah, peliharalah hati ini yang mendambakan cintaMu, dakaplah aku dikala aku kesedihan, sambutlah tanganku dikala aku terkapai-kapai, jangan Kau biarkan aku terus tanpa redhaMu. Aku hanya mahu redhaMu. Aku mahu bernafas dalam redhaMu ya Allah. Maka, janganlah Kau tinggalkan aku walau seketika cuma..amin..

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,
tetapi kita harus mencuba untuk mengetahui,
kerana kita tahu Allah itu maha mengetahui,
maka, cubalah untuk menjadi yang terbaik.

Sekadar coretan tanpa contengan.
Mencetuskan sesuatu difikirkan..

No Comments »

Dah tau jatuh, BANGUNLAH!

Di suatu petang damai, selesai masak makan malam, kami bersama-sama makan. Sedap betul masakan hasil air tgn sahabat-sahabat. Lama tak makan beramai-ramai, disempatkan juga walaupun musim peperiksaan.

Lauk daging masak sambal, sayur bayam masak lemak dan sayur labu air masak bening sudah cukup buat aku terjilat jari. Memang sedap. Dah lama aku tak makan nasi tambah2x, nih sampai tiga kali time aku tambah, dahsyat btul.

Seronoknya hidup berjemaah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”

.-Riwayat Bukhari-

Bersama-sama disaat susah mahupun senang, menegur dan ditegur, memahami dan difahami

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

” SAHABAT YANG BAIK BUKAN MEMBENARKAN KATA KATA TEMANYA TAPI BERKATA BENAR UNTUK TEMANYA “

ya, itulah sahabat yang baik, berkata benar untuk kita. Menegur andai ada yang salah, bukan hanya membenarkan kata-kata kita.

Tengah riuh rendah berbual, tiba-tiba ika terjatuh makanannya dari atas pinggan ke atas lantai. “Alamak, jatuh la daging ni,”. “Eh, boleh amik cepat sebelum 7 saat, sbb bakteria tak lekat lagi,” aku berkata ala-ala Profesor tak cukup ilmu. Hehe, nak jadi Food Technologists la katakan.

…dan aku tambah lagi, kalau budak-budak kecik ambil semula makanan yang terjatuh dan dia makan, biarkan. Ya, biarkan. Kenapa? Ni fakta saintifk, bila makanan yang jatuh, akan ada bakteria yang lekat dan bila kanak-kanak yang makan makanan tu, dia akan jadi kebal dgn penyakit, sebab dlm badan kanak-kanak akan ada satu metabolisma yang akan react dgn bakteria itu utk menjadikan imun body bagi menguatkan metabolisma badan yang dapat menghalang penyakit bila dia dah besar nanti. Ni fakta betul dari Profesor kuliah aku, bkn aku sendiri tau.

Tapi, tiba-tiba aku jadi terdiam seketika bila ade sorang kak senior ni ckp, “Ha, macam tu la jugak hidup ni, dah tau jatuh, BANGUNLAH. Bukan asyik nak tunggu shbt tolong bangunkan,” Dushhh, mcm bola-bola api melantun ke muka aku. Huh, betul gak tu. Dia cakap lagi, asyik nak tolong je, jadi manja sangat lah dai’e ni. Memang benar dalam berjemaah, tolong menolong adalah diperlukan tapi cubalah kita jadi berdikari sendiri, cabaran dakwah diluar sana, di alam pekerjaan lagi mencabar, tidak semestinya kita akan berkerja dengan orang yang faham Islam dan nanti sudah pasti dugaan yang menanti lagi mencabar! Ni baru di kampus, dah lembik, nnt kat luar dah habis belajar bagaimana?

Jika anda tersenyum setelah gagal, anda sukar untuk mencari laluan lain untukk berjaya, tetapi jika anda menderita di hati setelah gagal anda ada harapan untuk muncul sebgai orang yang berbeza kemudian hari -HM Tuah Iskandar

Ya, ayuh!! bangunlah jika anda merasakan anda terjatuh.
Jadikan masalah dan halangan yang dihadapi sebagai satu batu lonjakan untuk lebih berjaya.

No Comments »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.